Part 05

38 6 2
                                    

Jimin merenung siling putih di hadapannya. Jam di dinding dia kerling.

1:27 a.m.

Matanya masih belum lagi ada tanda-tanda untuk katup. Dia toleh kiri. Taehyung yang sebilik dengan dia malam ni sudah tidur dengan nyenyak.

Telefon bimbit hitam miliknya di atas kabinet dicapai. Punat on ditekan dan skrin telefon yang menyala menyilaukan matanya.

Dia membuka contact telefonnya dan mencari nama Jun. BTS dengan Jun sudahpun lama kenal melalui Baekhyun.

Nombor Jun didail. Beberapa deringan kemudian panggilannya dijawab.

' Yoebosaeyo Jun'Suara Jimin mencecah kehingan malam di dalam bilik

' Jimin oppa?' Suara Jun disebelah mendapat tawa daripada Jimin.

'Jun tak save nombor oppa?' Tanya Jimin. Dia pula yang tengah tersengih sengsorang.

'Terkejut oppa call'

'Esok nak jumpa Jun dengan kawan Jun dekat Lie Cafe boleh?' Jimin terus kepada tujuannya. Malas nak berbasa basi. Mata pun tiba-tiba menjadi berat.

'Err... Kawan Jun yang mana?'

'Masa dekat majlis tadi'

' Ouhhh. Okay. Tapi kenapa?'

'Esok oppa cerita la. Okay? ' Jimin menunggu Jun yang diam.

'Jun? Dah tidur?'

' Eh takla oppa. Okay2 kita jumpa esok. Jun pergi dulu. Selamat malam' Belum sempat Jimin membalas ucapan selamat malam,Jun telefon diletakkan. Dia merenung skrin telefon yang sudah menjadi hitam. Bibir dia mengukir senyum. Wajah Taehyung dia pandang... V aku janji yang aku akan bantu kau, sebab aku sayang kau. Guman hati Jimin.

***~

"Y/n~~" Jun memandang Y/n yang menemani dia malam ni di rumahnya. Omma appa dia ada honeymoon. Taeyeon unnie nak pergi honeymoon diorang pun nak pergi jugak.

"Ish kau ni. Kenapa tak tidur lagi. Dah pagi ni Jun. Esok bukannya kau ada kelas" Y/n masih tak berhenti melenyek doh yang dibuatnya menggunakan penggelek. Jun dipandangnya pelik.

"Esok Jimin oppa ajak jumpa" Jun duduk merenung Y/n. Hatinya jadi tak senang duduk.

"Pergilah. Kau kan memang dah lama ada hati dengan dia" Y/n merenung Jun yang sugul.

"Yang kau masam kenapa? Crush ajak jumpa. Takkan tak happy " Doh yang telah dilenyek tadi dia tekap dengan acuan pelbagai bentuk.

"Dia ajak kau sekali. Jadi kesimpulan yang aku boleh buat dia nak jumpa dengan kau sebenarnya tapi jadikan aku sebagai pengantara sebab dia tak kenal kau lagi" Jun memeluk tubuh. Keluhan berat dilepaskan tiba-tiba. Rasa bersalah menyerang dalam diri bila dia meninggikan sedikit suara kepada Y/n tadi. Tapi hanya dibalas dengan senyuman oleh Y/n.

"Takkan dengan aku pun nak cemburu. Aku tak minat Jimin kau tu. Aku minat yang seorang lagi" Y/n menjungkit kening ke arah Jun. Mata dia bersinar.

"Siapa?! " Bahu Y/n digoncang berkali-kali.

"Adik ipar Taeyeon unnie. " Y/n menepis tangan Jun. Berbirat aku rasa.

"Wahh! Tinggi juga taste kau. Aku tahu dia memang hensem macam oppa dia! " Melompat Jun bila mendengar nama lelaki yang menjadi pilihan Y/n.

Dia gembira sebab Jimin bukan pilihan hati dia. Pasal esok letak belakang dulu yang pentingn Y/n di hadapannya.

"Kau bahagia sebab aku bukannya suka dekat crush pendek kau tu kan? "

"Ish kau apa kata dia pendek. " Bahu Y/n ditolak lembut.

"Eleh malu-malu kucing pulak. Dah pergi tidur. Kerja aku pun dah habis" Badan Jun dia tolak keluar dari dapur.

"Kejap lagi aku naik atas" Jun mencebik dan berjalan dengan longlai menuju ke bilik yang bakal mereka beradu.

Y/n menggeleng kepala perlahan sambil tersenyum nipis. Macam-macam, guman hati dia.

Dapur yang bersepah dia kemas dengan teliti baru dia naik ke atas untuk tidur.

Pintu bilik dikuak. Y/n tergelak kecil melihat Jun yang sudahpun terbongkang atas katil.

Dia menghampiri katil dan meletakkan badannya di sebelah Jun. Matanya mulai terkatup. Benda terakhir dia nampak jam dinding yang menunjukkan pukul 2:00 a.m.

*[ Pagi ]*

Y/n menggosok matanya. Deringan jam loceng yang menganggu tidurnya dimatikan.

Kertas di atas kabinet dia ambil.

_To: Stupid Girl_

_Aku malas nak kejut kau sebab nyenyak sangat. Jadi aku pergi kelas dulu. Petang karang aku jemput kau jumpa abang mochi aku. Satu lagi maaf tinggi suara dekat kau semalam. Aku ni sebab namja ja pun. Bianei *puppy eyes*_

Y/n tergelak.

"Aku maafkan kau" Dia bangun lalu pergi membersihkan dirinya.  Selepas ni dia akan pergi menjual kek dan roti yang dibuatnya. Seperti hari-hari sebelum ni. Nak cari kerja, sapa ja yang nak ambil dia sebab semuanya menganggap dia ni pembawa malang. Mula2 parents dia pergi kemudian unnie dia yang menghilang.

Sebab itu dia dianggap sebegitu. Nasib baik juga masih ada yang menerima dia di sini. Dia bertekad dengan hasil dari jualan... Dia akan berjaya ke universiti macam Jun.

#TBC

#Sorrylaa lama tk update...Idea tkde..ni pun si ariesx_ pnya Ff 🌚💕
#typo abaikan..Keling abaikan.😂

[✔]||GUILTY||K.T.H Where stories live. Discover now