4

0 0 0
                                    

Semalam rakan sekerja mengajaknya turut serta makan-makan di sebuah restoran yang baru dibuka, namun dia menolak. Bulan sudah dia ada ikut serta makan-makan dengan mereka, staf bawahannya, yang kebanyakannya lebih senior darinya. Bersama mereka, perasaannya lebih santai berbanding teman-teman yang sepangkat dengannya. Namun bulan ini bulan sibuk untuknya. Kerja-kerja tertunggak perlu dibereskan segera. Bebanan kian terasa, belum dicampur tekanan dari pihak atasan. Ada saja yang tidak kena. Rasa hati disimpan, tidak tahu pada siapa harus diluah. Dia tidak punya banyak teman yg sebenar-benar teman. Yang boleh dikongsi rahsia hati. Lalu semuanya disimpan sendiri. Kalau ditanya pada diri sendiri, sampai bila dia harus menyendiri. Cepat saja hatinya menjawab, mahu segera berdua. Namun, apa dayanya jika jodoh itu tak kunjung-kunjung tiba. Siapa dia untuk menentang takdir ilahi.

PenantianWhere stories live. Discover now