Mengapa
mendung hitam tak berlalu
Memayungkan aku
Ke mana pergi garisan pelangi
Yang dulu sering dijadikan saksi
Terlindung tidak kelihatan lagi
Mengapa aku tewas kemudikan
Bahtera kehidupan
Sungguh terasa semenjak Kau pergi
Sungguh terharu sikap dan caramu
Hanyalah kerana khabar keburukanku
Kau ketepikan aku.
Aku bisa mengalahkan kerinduan yang mendatang
Cuma aku kegagalan melupakan kisah silam
Ingat lagi janjimu dulu
Amat teguh tugu kasihmu
Tetap sehati biar apapun yg terjadi
Hingga hilang pedih lama
Kukira akan selamanya
Kau berubah jua kerna hasutan diaAku tetap menafikan
Sememangnya Ku tak curang
Mudah benar kau termakan
Khabar buta tanpa periksa
Dan sudahnya kau mengakhirinya
Terpaksa aku menunduk kalah
Pada kehendakmu.Lagu itu diulang berkali-kali olehnya. Menghayati benar. Kenakah lagu itu dengannya? Sipi-sipi saja. Hanya pada rangkap gagal melupakan kisah silam saja. Semacam berkait dengannya. Ayunie soal diri sendiri, benarkah dia gagal melupakan kisah silam? Belum move on kata budak-budak sekarang. Bukankah lumrah, kisah silam itu kenangan. Tentu saja tak dilupa. Dia belum nyanyuk hingga lupa semuanya. Kalau nak dikata belum move on, dia masih meneruskan hidupnya seperti biasa. Dia tidak terperuk mengenang nasib. Life goes on. Tetapi kenapa ramai yang menuduhnya tidak mahu menerima kenyataan. Adakah hanya kerana dia masih menyendiri? Salahkah dia bila tiada lelaki berkenan dengan dirinya?
Atau salahkah dia bila hatinya tidak terbuka pada sesiapa?
Teringat bicaranya dengan kawan karibnya,Alin tidak lama dulu.
" yunie... Betul ke kau xde boyfriend?"
"Xde... Xde orang pun berkenan kat aku ni "
"Mmmm..... Ke kau yang tolak diorg kot?" Tanya Alin lagi
" Lin.... Kalau ada orang betul-betul berkenan kat aku... Dah tentu-tentu lah dia masuk meminang aku... Jumpa mak Abah aku... Approach aku.... Kau ada nampak? Takde kan..kan? Contoh macam kau dengan firdaus.... Dia gigih tackle kau.... Tackle hati ibu ayah kau...pastu cepat-cepat pinang kau... Sebab takut melepas... Malangnya, aku ni takde pun yang berminat. Nak tolak macam mana kalau calonnya pun takde alin oiii... "
" dulu... Razif usha kau.... Kau buat derk je.... Tu kau kata takde orang berkenan kat kau....?"
" ala...razif tu bukan betul-betul pun nak aku.... Kalau betul-betul, mesti dia usaha lebihla...."
" .... Apa dia tak usaha yunie...Cuba kau bagitau aku... Sakit demam kau...makan kau...semua dia ambil tau... Risaukan kau.... Tapi apa yang kau buat? Kau buat bodoh je kat dia...kau yang buat dia mengalah dan putus asa..."
" dah memang aku dengan dia takde jodohla Lin... Nak buat macam mana... Entah-entah sekarang ni dah berdozen anaknya.." Ayunie ketawa.
" andai kata ada orang pinang kau esok.... Kau terima tak?"
"Ishhh... Mana ada orang nak pinang aku la Lin... Nak bergurau pun..agak-agakla Lin.... "
"Kalau ada, Kau terima tak?"
" xde orang nak pinang aku pun Lin...lagipun diorang bukan Kenal aku pun"
"Yunie... Soalan aku yang simple tu pun kau tak boleh jawab...pastu macam- macam alasan Kau bagi... Kalau esok razif dtg minang...kau terima tak?
" kau ni....apa mengarut ni."
" yunie.... Itulah masalahnya. Kau mengelak. Kau menolak lelaki yang cuba dampingi Kau. Kau masih ingat dia kan?" Soalan itu membuat dia terkedu, kelu.