Mata aku buka . aku bangun dan lihat ke arah jam dinding unicorn aku , 5:35 pagi . terus aku berjalan ke arah tandas dan mengambil wuduk . yas untuk solat subuh . takkan la solat isyak pulak kan haih .Telekung kain licra pink aku sarung . sejadah aku bentang .
'Allahuakbar'
————————
"Helo , puteri ku alisyah . dah siap belum huh ? Pukul 11 aku amik kau tau"
Aku lihat jam . baru sahaja pukul 9 pagi .
"Haa ok . nak pergi mana je ?" Tanya aku . yalah kalau dia bawak aku pergi water park kang aku pakai baju kurung naya je ha .
"kita pergi bercuti dekat oversea"
WHAT ?!!
"EHH SRSLY ?"
"Kenapa kena tipu pulak adoo"
"Kenapa tak bagitau awal awal ? aku cakap dengan mama kau ajak keluar je wei"
"Ha bagi phone dekat mama . sini aku cakap"
Gila ke mamat ni ? Terkejut aku . apa dia ni ? Aku terus turun bawah dan bagi phone dekat mama .
"Rayyan nak cakap" aku terus pergi ke ruang tamu . taknak la kalau apa apa aku kena tempias nanti kan . risau la adooo
Dalam 15 minit lepastu mama ke depan dan hulur iphone aku dan terus duduk .
"Isya nak pergi ke ?" Tanya mama
"Err isya ikut mama je . ka..kalau mama kasi isya pergi la" jawab aku . iler ke tak gagap .
"Pergilah . dia bawak dua orang bodyguard dia . seorang perempuan sorang lelaki . tapi tula , isya kena pandai jaga diri and jangan buat malu keluarga . tu je"
"Yeayyy sayang mama sangat" aku peluk mama erat sangat . satu kucupan singgah di pipi mama yang lembut tu .
Bukannya jakun guys . tapi aku dua tahun sekali je boleh pergi oversea . papa dengan mama selalu busy kerja . tapi aku tak kesah sangat sebab papa dengan mama kerja sungguh² pun untuk kesenangan aku jugak .
Eh tapi kejap ,
"Mama , dia ada cakap tak nak pergi bercuti dekat mana ?"
kang nanti aku pakai baju tebal bagai lah lah pergi Australia tak terbakar aku gitu ?
"Dia kata pergi Jepun and dia kata kalau takde baju semua jangan risau , sebab flight pukul 5 , so dari pukul 11 sampai pukul 3 petang dia akan bawak isya pergi shopping mall untuk beli baju and semua barang . dia belanja . tapi isya bawak je duit . nanti mama bagi RM13000 and then pergi ajak Rayyan tukar and then dia cakap bercuti selama 3 minggu ok?"
OMG !!!!!! MACAM TENGAH MIMPI !
———————————
Tepat pukul 11:05 minit pagi , Rayyan dan dua orang bodyguard nya sampai di depan rumah . aku salam mama , peluk , cium . papa takde dia dekat DeDiamond sebab ada urusan . tapi sempat la video call dengan papa sekejap .
"Assalamualaikum aunty" rayyan salam mama .
"Waalaikumsalam, jaga anak aunty elok² tau"
"Hehe of course la . puteri rayyan ni hihi"
Adu dia ni gedik sangat la . geli aku dengar ayat dia .
Aku naik kereta alphard dia . ada 5 orang dalam tu termasuka aku . mana datang lagi sorang ? Ohh dia driver rayyan . nanti siapa nak bawak balik kereta ni bila dah sampai ? Nak tinggal depan airport sampai dia berlumut , tumbuh pokok jambu semua ?
YOU ARE READING
Hati Alisya
RandomAlisya Maisarah The Cutest Girl . pindah ke Marl's High School . Ala malas la nak buat ni ha . baca jela ya ? Byebye 💘