Apron dipakai dan rambut panjangnya diikat. Dia menuju ke kaunter dan mengantikan tempat Vinny yang sudah tamat syifnya.
Kling! kling!
Bunyi gemercing loceng tandanya ada pelanggan masuk ke dalam cafe Arysmatic itu. Ramai yang sudah menunggu untuk mengambil order.
"Selamat datang, encik nak order apa?" Soal Miyuki tanpa memandang wajah lelaki itu.
Dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap air yang sedang di buatnya.
"Dekat sini ada tak jual hati budak pendek bernama Miyuki? Sebab saya nak masuk dalam hati dia." Soal lelaki itu.
Pantas Miyuki memandangnya.
Jungkook?????!
Apa dia buat dekat sini..urghhhhhhh
Sibuk je. Kat sekolah tadi dah kacau aku, takkan dekat sini pun dia nak cari pasal juga -..-
"Maaf. Ni cafe dan bukannya tempat jual organ. Kalau tak ada apa-apa sila keluar. Ramai lagi pelanggan yang beratur dekat belakang tu." Kata Miyuki lalu meneruskan kerjanya.
"Tapi aku nak order betullah.." Balas Jungkook.
"Ish sudahlah, tepi. Aku nak ambil order." Miyuki menolak Jungkook dari depan kaunter.
Jungkook beralih ke kaunter sebelah.
"Ye encik, nak apa?" Miyuki mengambil order sambil tersenyum.
"Bagi saya Americano dan latte ais."
"Nae. Sila tunggu sekejap di sebelah ye." Butang bayaran ditekan laju.
Jungkook yang berada di sebelah cemberut.
"Kenapa tak bla lagi?"
"Fine, aku bla. PENDEK!"
Jungkook melangkah pergi meninggalkan situ.
Miyuki tidak ada masa nak layan. Dia sibuk. Tahu tak, dia sibuk!
YOU ARE READING
[C] pendek + jeon.jk
FanficBacalah sendiri. Aku terlalu malas nak menaip description. Start: 30 Jan 2017 End: 12 feb 2017 + cerita ni idea saya sendiri. Don't copycat + ⓒ Jeonlist_ ; 2017 Cover by ; @joonzgal