11. Manusia

21 4 0
                                    

Manusia,
Kau lupa,
Hanya kerana nilai sekeping kertas,
Kau halalkan segala cara.

Manusia,
Kau lupa,
Kau dibawah,
Masih ada yang lebih tinggi,
Berkuasa,
Tapi kau tetap mendabik dada.

Manusia,
Kau lupa,
Tujuan asal kau di dunia,
Yang sepatutnya kau kejar kau lemparkan,
Terbiar.

Manusia,
Kau lupa,
Satu ketika nanti kita semua sama,
Kau, aku, dia,
Pengakhiran kita serupa.

Manusia,
Dunia hanya persinggahan sementara,
Dipinjamkan oleh sang Pencipta,
Untuk kau mengejar Syurga,
Bukan kaya matlamat kita tapi Syurga tujuan utama.

Februari 11, 2017

Biar Tangan Berbicara - InfinitiWhere stories live. Discover now