12. Cahaya

29 4 0
                                    

Dalam alunan senyum,
Sendu terus tersimpan,
Jauh, tersudut paling dalam,
Mahukan cahaya, yang dapat menyinari kelam.

Cahaya, takkan pernah berguna,
Jika kau terus berdiri,
Tak mahu mengejar,
Tak akan pernah berganjak walau seinci,
Takkan pernah datang tanpa usaha.

Dan aku,
Sedang berusaha mengejar,
Mengejar untuk memperbaiki,
Mengejar untuk peluang,
Mengejar untuk secebis ruang.

Februari 25, 2017

Biar Tangan Berbicara - InfinitiWhere stories live. Discover now