Chapter ♡1

61 2 1
                                    


Eunha melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa yang panjang di sudut ruang tamu sambil memeluk tubuh dan menyilangkan kakinya. Eunha berasa lega kerana 3 anak kembarnya sedang tidur dengan nyenyak selepas seharian bersama omma mereka yang tersayang. Eunha memandang ke arah jam dinding yang berada di depan matanya dan jam sekarang menunjukkan angka 10:30 malam.

Tiba-tiba tombol pintu rumah mereka dipulas perlahan dan ditolak dengan laju. Jeon Jungkook iaitu suami kepada Eunha menutup pintu rumah dengan perlahan dan tidak sempat Jungkook melangkah anak tangga, dia telah ditegur dengan seseorang yang dinampakinya.

Eunha : Sekarang jam tu tunjuk pukul 10:30 malam ke pagi atau mata saye yang sakit?

Eunha menyindir Jungkook yang terdiam dan terkejut mendengar suara yang sangat seiras dengan suara yang selalu bergemar di dalam rumahnya. Eunha memusingkan mukanya dan sekarang matanya tepat pada mata Jungkook.

Eunha : Lambat sangat balik? Dah tak tahu mane jalan balik rumah, sesat?

Jungkook : Awak ni dah kenape? Terkejut saye, kalau saye ade 'heart attack' tadi awak jugak yang susah. Saye baru jer balik, awak dah membebel panjang.

Eunha berjalan ke arah Jungkook ran menjeling suaminya lalu, dia terus naik ke biliknya. Jungkook berasa bersalah dan berjalan mengikut rentak isterinya ke bilik mereka.

Eunha masuk ke dalam bilik dan duduk menghadap cermin yang bersebelahan dengan almari baju mereka. Jungkook menyangkutkan baju kot kemejanya yang berwarna hitam dan terus duduk di atas katil.

Jungkook : Mianhae. Tadi ramai sangat client lagipun, tadi jalan sesak sangat.

Jungkook cuba untuk memberi penjelasan tetapi, Eunha langsung tidak memberikan sedikit 'respond' kepada Jungkook. Eunha melapangkan badannya di atas katil dan ditarik selimut yang empuk berwarna putih itu lalu diletakkan di atas badannya. Akhirnya, Eunha mahu untuk membuka mulutnya yang dikunci dan bercakap dengan Jungkook.

Eunha : Esok saye ade 'outstation' dekat Jepun for 1 week, tolong jaga anak-anak.

Eunha melelapkan matanya selepas berpesan kepada suaminya itu. Jungkook hanya diam, dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Eunha dengan 'Jaga anak-anak'? Mungkin disebabkan Eunha bercakap dengan nada suara yang perlahan. Jungkook berasa pelik dengan kata-kata Eunha dna tidak dihiraukan lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

To be continued...



Wife 💕 + 3 Twin's 💓 ( BangFriend Fanfic ) Where stories live. Discover now