SAYA TAK NAK KAMU JADI MACAM SAYA!!!

9 2 0
                                    

"Lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Cikgu Zaim ke Hospital Kubang itu pasti membosankan" kata Anna kepada Rita dan Amy.

"Eh! Mana boleh bosan kalau ada Cikgu Zaim, Cikgu Zaim tu kan kacak. Mesti tak bosan." Sahut Amy yang tergila gilakan Cikgu Zaim kerana ketampanannya. "Itu bukan lawatan sambil belajar namanya, itu lawatan sambil mengorat!" Kata Rita kepada Amy. Mereka semua ketawa terbahak bahak dan loceng untuk waktu yang pertama pun berbunyi.

Mereka bertiga masuk ke dewan kuliah dan terlihat Cikgu Zaim di dalam dewan tersebut. Cikgu Zaim hanya ingin memberikan sedikit taklimat tentang persediaan untuk lawatan sambil belajar esok hari.

Keesokan harinya, mereka semua tiba di Hospital itu dan dijemput oleh ketua doktor di sana iaitu Dr. Othman. "Hai, saya Dr. Othman saya ketua doktor di sini. Silakan masuk dan ikut Dr. Amin." Pelawa Dr. Othman kepada pelajar pelajar.

Sesampainya di tempat permulaan lawatan, mereka pun masuk ke kawasan pertama iaitu Bilik Jantung. Semua pelajar perempuan berasa takut kecuali Anna kerana Anna seorang yang agak kasar dan berani.

Dr. Othman melihat Anna yang kelihatan berani dari tadi dan bertanya. "Kamu tak takut ke? Ataupun kamu nak cakap sesuatu? Sebab dari tadi kamu kelihatan lain daripada pelajar perempuan yang lain." Anna menjawab soalan Dr. Othman dengan selamba. "Saya memang macam ni doktor. Saya tak sama macam perempuan yang nak minta simpati je kat Cikgu Zaim tu."

Setelah hampir setengah jam berjalan, Anna meminta kebenaran Cikgu Zaim untuk ke tandas. Setelah siap, Anna terus mencari rombongan lawatan. Dalam perjalanan, dia terlihat satu bilik yang menarik, ianya BILIK MAYAT. Anna melihat semua badan yang tidak bernyawa di dalam bilik itu.

Anna ternampak satu mayat perempuan yang sedang terbaring d atas sebuah katil. Mayat itu pucat dan sejuk. Anna terlihat penanda yang tergantung di tangan mayat perempuan itu. Penanda itu bertulis

SEBAB KEMATIAN: PENYAKIT JANTUNG.

Belum sempat Anna memegang tangan mayat itu, mayat tersebut bangun dan menggenggam pergelangan tangan Anna dengan kuat lalu mayat tadi menjerit "LARI!!! SAYA TAK NAK KAMU JADI MACAM SAYA" dengan sangat kuat.

Anna menggoncangkan tangannya dan lari keluar dari bilik itu dengan kelajuan maksima. Anna lari dan lari sehingga terlanggar dengan Dr. Othman. "Dok... Doktor... mayat itu bercakap!!!" Pekik Anna sekuat hati. Doktor itu melihat ke dalam bilik mayat dan tiada mayat pun yang bergerak atau digerakkan. Anna lari menuju ke arah Cikgu Zaim dan memekik perkara yang sama seperti yang dipekikkan ke arah Dr. Othman tadi.Semua pelajar mentertawakan Anna.

Tiba tiba...

Semua pintu masuk dan keluar hospital itu ditutup

Lampu juga dipadam

"Diminta semua pengunjung hospital duduk diam diam dan jangan buat bising. Kami mendapat tahu seorang pesakit sakit jiwa yang ingin membunuh orang berada di kawasan ini."

Ianya suara Dr. Amin di pembesar suara di seluruh hospital.

Selepas beberapa minit Hospital Kubang menjadi terang benderang. Lalu kedengaran suara Dr. Amin di pembesar suara sekali lagi mengatakan...

"Pesakit tadi telah ditangkap. Pengunjung kini diminta untuk keluar dari kawasan hospital untuk pemeriksaan yang lebih teliti."

Semua pelajar keluar namun tiada seorang pun yang mengetahui dimana kah Anna dan Cikgu Zaim. Rita dan Amy juga tidak tahu di mana mereka berada.

Anna membuka matanya dan terlihat Dr. Othman, Dr. Amin, dan Cikgu Zaim sedang merenung ke arah Anna. Anna bertanya kepada Dr. Othman. "Saya di mana? Orang gila itu di mana?" Dr. Othman, Dr. Amin, dan Cikgu Zaim mentertawakan Anna.

Dr. Othman berbisik di telinga Anna. "KAMU SUDAH TAHU BANYAK. KAMI PERLU MENGHAPUSKAN SEGALA BUKTI. KAMU SEKARANG DI DALAM BILIK BEDAH. MANA ADA ORANG GILA, KAMI HANYA MAHU MENANGKAP KAMU. HAHAHAHAH. DAN YANG PALING PENTING, KAMI AKAN MENGAMBIL JANTUNG KAMU, KAMU AKAN MENJADI SEPERTI MAYAT YANG KAMU NAMPAK TADI. " Mereka bertiga tertawa lagi.

Anna mengeluarkan kata katanya yang terakhir. "KAMU SEMUA KEJAM. KAMU TAK AKAN TERLEPAS." Tiba tiba ubat penenang yang amat kuat disuntik ke leher Anna. Dr. Othman melanjutkan pembedahan. Mayat Anna disimpan di dalam Bilik Mayat dan ditanda dengan penanda yang bertulis

SEBAB KEMATIAN: PENYAKIT JANTUNG.

Ramai Jururawat yang masuk ke dalam Bilik Mayat itu dikacau oleh Anna dengan cara tangan mereka dipegang dan Anna akan menjerit pada mereka "LARI!!! SAYA TIDAK MAHU KAMU JADI MACAM SAYA!!!" Ada jururawat yang sudah biasa dan tidak mengendahkan perkara itu dan ada juga yang berhenti kerja.

Selang beberapa tahun, sekumpulan pelajar kolej datang untuk membuat lawatan sambil belajar di hospital tersebut. Keluar seorang lelaki menyambut mereka. "HAI, SAYA Dr. OTHMAN.........."

TAMAT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LARI!!!Where stories live. Discover now