" Dear,Lepas ini kita duduk rumah family sayang boleh?" Tanya Ryan sewaktu mereka berdua turun bersarapan pagi itu.Ryan mengengam erat jemari Jacyntha seperti tidak ingin dilepaskan walau sesaat.
Pihak Hotel sebenarnya menyediakan perkhidmatan istimewa buat pasangan pengantin baru tetapi mereka berdua menolak.Cukup sepanjang malam tadi mereka terperap dalam bilik mewah menikmati malam pertama mereka berdua.
Jacyntha tersipu dengan kata ganti diri yang digunakan oleh Ryan..Dia tersenyum.
" Ermm?" Ryan kehairanan dengan tingkah Jacyntha.Keningnya terangkat sebelah.Gayanya begitu macho.
" Up to you,Sayaaaang." Usik Jacyntha.
Ryan pula yang terkedu.Selama ini sisi itu yang dia tidak pernah lihat ada pada Jacyntha.Belum pernah dia melihat Jacyntha yang nakal.Dia menjeling penuh makna.Dicuit batang hidung Jacyntha di balik nikab.Jacyntha perlahan menepis lembut.
" Kenapa semacam riak tu?Sayang tahulah Dear senyum." Kata Ryan tidak puas hati.
" Tiada apa pun." Sangkal Jacyntha.
" Jangan nak berdalih.Sayang simpan microchips pada Dear tau." Ryan seakan terasa hati.
Tawa Jacyntha meledak perlahan.Jemarinya sempat menutup mulut walaupun terlindung dengan nikab.Ryan menjeling tajam.Dia geram mendengar tawa Jacyntha. Dia dapat rasakan gelodak manja di situ.Hatinya berbunga riang.Selama ini,dia melihat Jacyntha gadis yang terlalu berdikari.Begitu terhad ruang yang dikhaskan untuk perkataan manja dan gurauan.Ternyata dia silap.Tetapi itu sesuatu yang cukup membuai perasaan Ryan.
" Apa sebenarnya Dear sembunyikan ni?" Ryan ragu.
" Sembunyi apa pula.Hanya janggal sikit dengan sayang dan Dear tu." Terang Jacyntha.
" Oh...Kenapa?Tidak sesuai ek?" Ryan bertanya serius.
" Bukan orang melayu selalu..." Belum sempat Jacyntha habiskan ayatnya,Ryan menyampuk.
" Dear hendak panggil abang?" Dia bertanya pula?Matanya dikenyitkan.
Laju Jacyntha menggeleng. Bukan kerana tidak hormat tetapi dia tidak sinonim dengan kata ganti diri itu.Sedikit janggal pada pendapatnya.
" So?" Ryan bertanya lagi.Kali ini kelihatan lebih serius.
" Boleh panggil U,Han?" Tanya Jacyntha.
Berkerut dahi Ryan.Mula otaknya berlumba memproses permintaan isteri yang baru sehari dinikahi.
" Kenapa pula Han?" Ryan bersuara.
" Han untuk singkatan Honey.Emmm lagipun bukankah disitu ada bunyi nama U?" Ringkas Jacyntha menjawap.
Senyuman mekar dibibir Ryan.Nampak sangat dia tidak sepenuhnya mengunakan otaknya berfikir.Hatinya bercambah riang.Dia mengelus perlahan jemari Jacyntha yang indah dengan lukisan inai.
" So,I panggil...Love?" Dia seakan tidak yakin.
" Love is cinta. Itu singkatan nama U." Sambung Ryan tidak ingin Jacyntha bertanya sepertinya tadi.
" Wow...emmm okey juga."
" Deal?" Anak mata Ryan menatap anak mata Jacyntha.
Jacyntha laju mengangguk.Lagak mereka umpama budak remaja yang baru ingin bercinta.Berbunga cinta mewangi mengharumi hubungan sehari sebagai suami isteri.Jacyntha benar-benar bersyukur kerana berpeluang menjalani hidup sebagai isteri yang sah.
" Tapi, kalau boleh Han tidak mahu dengar I dan U itu." Ujar Ryan kembali.
Jacyntha menyuakan jari kelingkingnya.Pantas disambut Ryan.Jemari mereka bercantum.Tapak tangan Ryan mengengam jemari Jacyntha erat.Jika sahaja ada mata memandang pasti dapat meramal mereka merupakan pasangan pengantin baru.
YOU ARE READING
Lipatan Tirai Mualaf
RomanceRentetan kisah Sebalik Tirai Mualaf..( rate it if you think writer should continue writing 🤭)