Bab 1

1.2K 123 20
                                    

Khadijah Jacyntha menutup Mukaddam yang dia tengah baca.Hadiah yang diberikan Abang D melalui Ustazah Hasanah sedikit usang kulitnya. Setiap hari Khadijah Jacyntha cuba membaca satu persatu yang dia belajar.Dia belum lagi pernah bertemu dengan abang D semenjak bernikah.Kali terakhir pertemuan hanya sewaktu majlis resepsi dahulu.

" Jacy, minta maaf abang.Bukan jodoh antara kita." Kata Khadijah Jacyntha sewaktu abang D menghampirinya semasa sessi beramah mesra dengan tetamu.

Abang D hanya tersenyum hambar ketika itu.Dia datang tanpa teman.Memang dia sedikit kecewa tetapi dia akur ketentuan Allah.

" Syukur Alhamdulilah Jacy perolehi hidayah daripada - Nya.Abang doakan semoga bahagia sehingga ke Jannah.Jangan putuskan silaturahim antara kita.Ingat,Abang sentiasa ada kalau Jacy perlukan abang.Anggap sahaja abang seperti abang Jacy sendiri.Lagipun kita tetap saudara.Saudara sesama Islam." Itulah isi perbualan terakhir mereka.

Menurut pemikiran orang,buku usang menampakkan ilmu daripada buku tersebut semakin dikuasai.Ini pula bukan buku sembarangan.Hatinya menjerit ingin menguasai secepat mungkin.Walaupun Ustazah Hasanah sering menyatakan belajar perlahan-lahan namun Jacyntha tidak sabar.Keinginananya untuk membaca Al Qur'an begitu kuat.Setiap kali menonton rancangan mengaji dalam YouTube dia begitu teruja.Alunan suara dirasakan begitu merdu sehingga adakala dia terlelap.Dia berazam ingin menguasainya sepenuhnya.Dia cemburu melihat orang lain yang mampu membaca Al Qur'an dengan baik.

" Sedangkan bahasa lain aku senang hendak kuasai,kenapa Al Qur'an pula tidak?Begitu banyak rahsia ilmu dalamnya perlu aku cungkil." Dia berkata sambil mencabar dirinya.

Dia teringin mengetahui isi-isi yang Allah titipkan buat umatnya.Dia nekad berusaha gigih.Di samping itu,dia memang banyak mencuri masa terluang ustazah Hasanah yang begitu sabar melayan karenahnya.

" Katy,Mak su kena semak kertas ujian pelajar sekolah hari ini.Mak su sedikit sibuk." Jelas Ustazah Hasanah bila Jacyntha terpacak depan rumah Ustazah yang belum lagi mencari penganti bekas suaminya sehingga kini .

" Saya tolong Ustazah" Hulurnya.

Khadijah Jacyntha belum dapat biasakan diri memanggil ustazah Hasanah sebagai mak su.Selalu ditegur Ryan namun entah mengapa dia lebih senang memanggil ustazah.

" Tak perlu.Nanti menyusahkan kamu saja." Tolak Ustazah Hasanah lembut.

" Ala...Ustazah, setakat buku budak darjah bukan susah pun.Ustazah bagi panduan." Kedengaran sedikit memaksa suara Jacyntha.

" Betul ni?" Ustazah Hasanah ragu-ragu.

" Kenapa,Ustazah tidak yakin dengan saya?Subjek apa Ustazah nak?Jangan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sudahlah." Jacyntha tersengih.

" Matematik.Darjah tiga." Ustazah Hasanah tersenyum.

" Wah...kira mengira ni ustazah,tingkatan lima pun boleh bagi saya.Saya memang suka bermain dengan nombor." Katanya bangga.

" Ye ke?Kenapa tidak memohon jadi guru?" Tanya Ustazah Hasanah.

" Saya tidak suka bercakap dengan budak.Hati saya cepat panas kalau tidak faham.Saya juga tidak gemar mengulangi benda yang sama.Kelas A sudah ajar tajuk ini,lepas itu masuk kelas lain masih ajar benda yang sama.Tidak minat.Uhh" Ujarnya sambil tersengih.

" Sabar itu separuh dari iman,Katy. Pendidik satu kerjaya yang besar pahalanya.Kalau kita salurkan ilmu yang elok , maka elok juga jadi belajar kita.Kita bertindak memegang amanah dalam mendidik. " Ustazah Hasanah sempat menyelitkan secara tidak langsung pelajaran Fardhu Ain.

" Bahasa English pun okey juga.Cuma jangan bagi saya semak karangan Bahasa Melayu." Sambungnya.Dia tidak ingin isu pendidik mengambil waktu lama. Kata - kata khadijah Jacyntha itu mengundang tawa halus Ustazah.

Lipatan Tirai MualafWhere stories live. Discover now