Hi...assalamualaikum... sis bakal kembali pada LTM ...hrp masih ada yg sudi membaca....
♥♥♥Khadijah Jacyntha tidak turun makan tengahari hari tersebut.Seleranya langsung tidak bertandang. Perutnya masih kenyang dengan sarapan yang sedikit cuma pagi tadi.Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa,Khadijah Jacyntha jarang makan tengahari.Aktiviti hariannya tidak memerlukan tenaga yang banyak.Jadi,memang perut tidak terasa lapar sangat.
Hanya waktu malam dia menjamah nasi sesekali andai suaminya Ryan ingin makan makanan berat.Mujur Ryan masih kekal menjaga pola pemakanannya sehingga kini.Setidaknya,Khadijah Jacyntha tidak risau tentang dietnya.Namun sejak berkahwin memang berat badan suaminya pula sedikit bertambah.
Broommm!Broommmm!!!
Bunyi deruman Porsche Raykal kedengaran sehingga ke ruang bilik mereka.Pasti sahaja adik iparnya itu akan keluar tidak lama lagi.Khadijah Jacyntha sudah terlalu arif dengan rutin Raykal yang akan memanaskan enjin kereta sportnya sebelum keluar.
Terdapat garaj yang memanjang di tepi villa itu.Di situlah deretan pelbagai jenis kereta mewah yang bukan calang-calang.Kereta arwah papa sudah dibaiki selepas kemalangan yang meragut kedua nyawa orang tua mereka namun hanya tersadai di salah satu petak ruangan itu.
" Biarkan saja sebagai kenangan." Begitu kata Ryan sewaktu berbual dengan Raykal suatu petang.
Raykal berniat untuk menjual sahaja kereta mewah itu tetapi ditegah oleh Ryan.Ryakal terpaksa mengalah kerana kereta tersebut tidak diwasiatkan kepada sesiapa.Wajah Ryan berubah bila adiknya mengemukan usul itu.Bila ditanya mengapa,tiada pula jawapan Raykal. Akhirnya,Ryan nekad dengan keputusannya sebagai abang long.
Khadijah Jacyntha menjenguk daripada tingkap kecil namun tidak mampu melihat ke ruangan garaj.Waktu begini bibik yang mengemaskan ruangan villa pasti sedang menjalankan tugasannya.Khadijah Jacyntha tidak ingin menganggu mereka lantas membuat keputusan memerap dalam bilik.
Rutin hidupnya memang membosankan.Terperap sendirian. Menghadiri kelas agama.Belajar mengaji sendiri.Hanya berulang-ulang saban hari.Jika dia terasa ingin memasak,dia akan ke dapur.Tetapi malang,bukan selalu ada yang makan tengahari di villa.Mencuba resepi baru,bukan selalu datang keinginan ataupun kerajinan itu.
" Perlu bijak mengatur hidup,Katy. Walaupun suami kamu lebih dari mampu." Kata-kata Ustazah Hasanah berlegar dalam mindanya.
" Saya tidak berminat dengan aktiviti persatuan yang barisan Datin itu tawarkan." Luah Khatijah Jacyntha.
" Banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat selain itu.Cuba kamu fikirkan sesuatu yang membolehkan kamu meraih pahala." Usul Ustazah.
Khatijah Jacyntha mengangguk.Tetapi sehingga kini dia masih tidak mampu memikirkan.Minggu ini,Ustazah Hasanah mengikuti kursus di negeri pantai timur.Dia juga terpaksa belajar sendirian.Hendak menuju Al-Islam,pada siapa dia hendak merujuk?Mustahil dia bertanya ustaz.Perlu fikirkan sempadan.Lagipun bukannya perkara itu terdesak.Sementara Ustazah Hasanah tiada,dia mengumpul bermacam soalan.
Khadijah Jacyntha cuba menghubungi Ryan.Talian telepon tidak diangkat.Mungkin sahaja Ryan kini sedang memandu.Dia akhirnya terlentang merenung kosong kipas siling yang berputar perlahan.Penghawa dingin langsung tidak di pasang. Terkebil-kebil dengan fikiran beku.
Dia menukar pakaian yang menyaluti tubuhnya. Khadijah Jacyntha berniat untuk mengeluarkan peluh agar otaknya berfungsi.Pakaian sukan tersarung pada tubuh rampingnya.Walaupun agak longgar tapi keindahan susuk tubuh miliknya itu tidak mampu disembunyikan.
Matanya melilau memerhati sekeliling. Bilik gym terletak aras yang sama dengan bilik Raykal.Khadijah Jacyntha tidak risau kerana dia yakin Raykal sudah pun keluar sejak tadi.Perlahan dia masuk ruang yang berdindingkan kaca itu.Jika dilihat di luar,tidak akan kelihatan apa-apa pun di dalam.Berbeza dari dalam yang tembus penglihatan di kawasan luar.
YOU ARE READING
Lipatan Tirai Mualaf
RomanceRentetan kisah Sebalik Tirai Mualaf..( rate it if you think writer should continue writing 🤭)