Bab 2

1.2K 103 15
                                    

Awal pagi itu, Khadijah Jacyntha  bersama mbak Som sibuk menyediakan sarapan pagi.Ryan tersengih dari jauh.Bau nasi lemak tersebar di segenap ruang.Tidak sabar untuk menjamahnya.

" Morning,love." Tegurnya sambil merangkul Khadijah Jacyntha dari belakang.

" Hans!" Khadijah Jacyntha terperanjat.

Mbak Som tersenyum melihat keletah pasangan yang masih dikategorikan pengantin baru itu.Khadijah Jacyntha berpusing.Dia mencekak pinggangnya geram.Ryan tersengih cuma.Dia sama sekali tidak gentar dengan jelingan Khadijah Jacyntha yang sudah mengigit bibir bawahnya. Semakin berseri isterinya dengan pipinya yang terdorong keatas.

Ryan menarik tangan Khadijah Jacyntha.Ryan menarik kerusi buat isterinya. Khadijah Jacyntha melabuhkan punggungnya.Perangai Ryan yang tidak pernah berubah sejak dahulu.Terpancar sinar bahagia pada wajah mereka berdua.

Mbak Som pula meminta kebenaran untuk keluar kerana semuanya sudah terhidang.Memang itu kebiasaan sejak Puan muda tinggal di villa itu.
Kalau dahulu,mbak Som dan seorang lagi pembantu yang bertanggungjawap di bahagian dapur akan berdiri di tepi meja makan yang besar ketika keluarga itu menjamu selera sehingga mereka selesai.Mereka harus sentiasa bersiap sedia menghulurkan pinggan lauk atau mengantikan pinggan mereka.Mereka harus melayan ahli keluarga seperti layanan di dalam hotel.Mungkin juga seperti kerabat diraja.

Itu undang-undang yang Khadijah Jacyntha rombak.Menurut Khadijah Jacyntha,tiada selera makan terlihat ruangan tanpa diisi. Meja makan yang besar hanya digunakan apabila ada tetamu.Tenaga mereka juga tidak terlalu banyak digunakan. Adakala Khadijah Jacyntha mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk yang mereka gunakan.Terasa beruntung mempunyai majikan yang baik hati dan sangat memahami.Usia mbak Som dengan pembantunya bukan lagi muda seperti mula-mula mereka datang ke tanah melayu.Badan juga tidak sekuat masa muda.Tetapi mbak Som cukup bertuah kerana majikannya masih menggunakan khidmatnya.

" Love,hari ini Hans mungkin lewat sikit balik.Kena pergi Nilai.Projek ada masalah sikit." Tutur Ryan .

Khadijah Jacyntha mengangguk perlahan.Perasaan kasihan timbul melihat kepayahan yang dipikul suaminya. Sepatutnya kerja itu boleh diuruskan oleh penyelia projek.Namun menurut Ryan, dia sudah tidak percaya mana-mana pekerjanya semenjak ada yang dalam diam turut mengikut jejak pemegang saham.Mereka berhenti tanpa sebarang notis.Apabila dihubungi,alasannya mereka adalah orang si polan iaitu pemegang saham yang telah menarik saham miliknya.Sakit hati Ryan,Khadijah Jacyntha nampak benar waktu itu.Wajah letih dengan sungul menemani kepulangan Ryan.Khadijah Jacyntha begitu sedih.Dia yang tahu sedikit tentang selok belok perniagaan terfikir juga ingin membantu Ryan tetapi dipendam  cuma. Selagi suaminya itu tidak bersuara,dia tidak akan memberi usulnya.

Semua itu disebabkan kehendak Ryan yang menginginkannya mendalami ilmu agama sepenuhnya dahulu.Disamping itu,Ryan ingin merasa bagaimana hidup apabila isteri menyambut kepulangannya setiap hati.Itu kata Ryan pada minggu pertama perkahwinan mereka.Sehingga kini,Khadijah Jacyntha ingat.Khadijah Jacyntha juga akur.Dia tahu redha seorang suami adalah penting untuk seorang isteri.Dia setuju kata-kata Ryan.Lebih baik dia mengumpul ilmu sebagai panduan perjalanan hidup dahulu.Lagipun Ryan seorang suami yang mampu menyara dirinya.Sebenarnya lebih dari mampu.Harta peninggalan keluarganya walaupun terbahagi tiga, masih banyak nilai lagi untuk setiap seorang.

Selesai bersarapan Khadijah Jacyntha mengiringi suaminya memandang ke depan pintu utama. Ryan menghulurkan jemarinya,Khadijah Jacyntha tunduk menyalami .Ryan sempat mengucup dahi licin isterinya.Pelukan juga tidak pernah ketinggalan saat Ryan keluar berkerja.

" Hans!" Suara Khadijah Jacyntha meninggi sedikit.

" Emmm." Ryan masih merangkul erat tubuh isterinya.

Lipatan Tirai MualafWhere stories live. Discover now