Bab 1

16 0 0
                                    

"Wey!" Tersentak aku dari lamunan.
"Ehh Aien, haa apa dia ?" Rupanya Aien yang menegur aku. Ingatkan siapa tadi  bisik hati kecilku.

"Jom ahh gerak. Dari tadi kata nak gerak tak gerak gerak. Halamak kau ni"

"Yelah yelah sabarlah"

Lalu aku mengangkat beg galas aku dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Dah siap semua yang kau nak bawak ?"

"Ya" balas aien ringkas sambil membalas chat kawannya di whatsapp. Aku mengeluh dalam hati tentang perangai gadis ni yang tak pernah berubah dari dulu lagi.

Aku menukar gear kereta aku daripada P kepada D. Lalu dipandu ku keluar daripada kawasan perumahan kami. Cuti semester ni, kitorang nak pergi buat kajian  di Pulau Teratak Hitam atas arahan Encik Azmi, pensyarah kolej kami. Bukan kami sahaja yang pergi. Satu batch pergi untuk kajian kali ni.

Dengar cerita, pulau tu berhantu. Hidup sendiri kononnya. Ada pula yang kata, sesiapa yang pergi ke pulau tu, takkan berjumpa dengan persisiran pantai balik, dek kerana tumbuhan-tumbuhan di pulau tu hidup dan telah ubah haluan lorong tikus di pulau itu. Tapi Encik Azmi kata itu semua dongeng. Harap macam tulah.

"Weyyy hijau dah tu !"

"Hah ?! "

aku tersentak dan terus menukar gear lalu menekan minyak.

"Hah kau ni kenapa mengelamun ? Siang hari ni" perli si Aien

"Taklah, aku teringat pasal Pulau Teratak Hitam tu je. Orang kata hidup kononnya. Tapi Encik Azmi kata dongeng je"

"Tahla beb, aku pun macam 50/50" ujar Aien.

Aku pandang daripada jauh dah nampak layar kapal yang bermaksud aku sudah hampir dengan pelabuhan

**********

"Angkat lah beg kau sendiri, jangan harapkan aku je"

"Alaaaa"

Aien membuat muka comel dia.

"Haih yelah yelah. Kau tahu taktik tu menjadi kan"

Biasalah aku. Cepat je cair tengok Aien buat muka macam tu hahaha.

Sampai sahaja di tepian pelabuhan, aku menarik nafas segar.

"Dah jom pergi" tegur Aien sambil menepuk bahu aku.

"Halamak kau ni. Dahla harapkan aku angkat beg kau. Lepastu nak bebel pulak"

"Aku buat muka kang, Hahahaha"

"Tak gunaaa lah kau ni" cakap ku sambil mengejar Aien dengan dua beg galas di badan aku.

Kami menaiki kapal dengan hati hati. Dah ramai rupanya yang sampai. Kami yang terakhir. Menyedari perkara tersebut. Aku terus mencari Ziyan dan Alief. Rakan baik aku daripada sekolah menengah lagi.

"Wey bodoh" teguran kasarku menyedarkan mereka.

"Yoo. Aku ingatkan kau tak ikut dah tadi" jawab Ziyan sambil peluk aku .

"Gila tak pergi. Orang belanja berlayar ni takkan tak pergi kot hahaha"

Aku meleraikan pelukan sambil Ziyan yang agak keding itu mengambil tempat di kerusi kosong berdekatan.

"Alief mana ?"

"Alief ? Ada je"

"Yelah, ada ada, ada tu kat mana setan"

"Tuuu"

Ziyan menjeling di satu sudut. Lalu aku mencari cari ke mana arah pandangan mata Ziyan. Akhirnya aku tertumpu pada seorang yang berbadan agak besar berbanding aku.

"Haa jumpa pun" lantas aku berjalan ke arah Alief.

"Hoi !" Jeritku

"Hoii, haaa sampai pun. Ingat kena tinggal. Kotlah kan hahahaha"

"Arhh memacamlah kau ni hahaha. Macam mana ? Dah ready nak masuk spooky island tu ?"

"Hahahaha spooky lah sangat. Hantu datang aku kentut depan muka dia je. Baru tahu penangan telur masak separuh"

"Ehh siallah jijik bhai kau ni HAHAHAHA"

Pandangan Alief teralih ke bahagian hadapan kapal.

"Tu dah nak sampai dah"

Sambil dia memuncung kan mulut ke arah pulau yang dituju...

FIQAWhere stories live. Discover now