IVSW 16

23.4K 1.6K 12
                                    

iOi Mall

"Ad!"

Adrinne yang berjalan seorang diri itu terus berpaling.

"Eh Qiesya" tutur Adrinne.

"Lama gila doh tak jumpa kau" ujar Qiesya.

"Mana nak jumpa dah orang tu busy memanjang je" perli Adrinne.

"Eh kau. Perli aku eh"

Adrinne hanya tersengih. Tengku Qiesya Edora iaitu seorang blogger yang terkenal dan juga seorang usahawan yang berjaya dengan rekaan bajunya sendiri.

"Kau datang dengan siapa?" Soal Adrinne.

"Aku? Dengan my cousin yang baru balik dari England tu" balas Qiesya.

"Ouh. Siapa? Lelaki ke perempuan?" Soal Adrinne.

"Lelaki. Ala kau tak kenal ke yang—"

"Qie" nama Qiesya dipanggil.

Qiesya melambai seseorang yang datang dari belakang Adrinne.

"Ni la sepupu aku"

"Izz"

"Ad?" Ujar mereka serentak.

"Serious la mamat kerek ni cousin kau?" Soal Adrinne direct.
Izz pula panas telinganya.

'What dia panggil aku kerek. Hello mamat kerek ni yang tolong dia'

Qiesya tergelak apabila melihat muka Izz.

"Ahahah kau panggil dia mamat kerek. Hahaha wah Izz tak sangka ada orang anti kau juga akhirnya. Manusia pertama yang aku jumpa yang anti terhadap kau ialah Tengku Adrinne Alexa. Hahahaha" habis terburai tawanya.

"Yah diam la" marah Izz.

'Apa bala aku jumpa mamat ni?'

"Kau nak pergi mana Ad?" Soal Qiesya.

"Nak pergi makan" jawabnya.

"Makan. Patutla gemuk" tutur Izz selamba.

Bulat mata Adrinne memandangnya.

"Eh alang-alang. Jom la sekali"

"No way" balas Izz dan Adrinne serentak.

"Korang ni ada apa-apa ke?" Soal Qiesya.

"No" serentak lagi.

"You shut up" again

Qiesya yang menjadi orang tengah pun sudah mula pening.

"Ah aku tak kira jom-jom. Sekali je" tuturnya lalu menarik Izz dan Adrinne bersamanya.

Adrinne mencebik.

'Kat sekolah nampak muka dia. Dekat luar pun muka dia. Erghhh'

Mereka masuk ke dalam salah sebuah restoran yang berada di situ.

Izz dan Adrinne yang duduk bertentangan itu hanya mendiamkan diri mereka.

'Macam mana la Qiesya boleh ada sepupu macam kau ni?'

'Macam mana la Qie boleh kawan dengan minah ni?'

"So guys" Qiesya memulakan perbualan antara mereka.

"Oh yea. Izz kau satu sekolah dengan Ad kan?" Soal Qiesya.

"Ye" jawabnya pendek.

"Satu kelas?" Soal Qiesya lagi.

Instafamous VS Wattfamous✔Where stories live. Discover now