IVSW 24

20.7K 1.6K 36
                                    

Sejak pulang daripada membantu Dee sebentar tadi, Adrinne asyik termenung.

"Ad malam ni siap ye. Kita nak pergi kenduri rumah kawan mummy dengan daddy. Pakai bertutup ye sayang" ujar mummy lalu menutup pintu biliknya.

Adrinne hanya termenung di luar balkoni biliknya.

Flashback

"Alexa kan ni. Ya Allah penat mama cari. Alexa ke mana sayang?" Soal wanita yang membahasakan dirinya sebagai mama.

"Bi— bila mama pindah Malaysia?" Soal Adrinne gagap kerana mula timbul perasaan serba salah.

"Baru je dalam tahun ni. Mama tak sangka mama dapat jumpa Lexa balik selepas arwah tak ada"

"Ma— maafkan Lexa tentang anak mama. Lexa tahu tu salah Lexa. Kalau tak dia takkan pergi macam tu je. Maafkan Lexa ma" ucap Adrinne.

Wanita di hadapannya sepatutnya menjadi mak mertuanya tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila anak lelakinya meninggal dunia dua tahun lalu.

"Benda dah lepas dah sayang. Mungkin ajal anak mama dah sampai. Dan mungkin jodoh dia bukan dengan Lexa"

"Tapi—"

"Tak apa sayang. Dah dua tahun dah"pujuknya.

"Eh malam ni datang la. Ajak mummy dengan daddy sekali. Boleh mama kenalkan dengan anak mama yang lain" sambungnya.

"Nanti Lexa bagitahu mummy. Apa maksud mama dengan anak mama yang lain?" Soal Adrinne pelik.

"Adik Karl"

"Ouh"

"Ad jom. Eh aunty kitaorang balik dulu"

Tiba-tiba Dee muncul mengajak Adrinne balik.

"Ouh. Okay thanks Dee. Jangan lupa ye Lexa"

Adrinne mengangguk dengan senyuman.

Andai masa boleh diputarkan kembali, dia pastikan akan betulkan semuanya kembali.

Adrinne masuk ke dalam Vellfire yang dipandu oleh pemandunya.

Malam itu dia memakai baju kurung berwarna peach dan selendang berwarna hitam.

Mummynya mengerling ke arah Adrinne.

"Kenapa sayang?" Soal mummy.

Adrinne cepat-cepat menggeleng.
Beberapa minit kemudian, kereta itu berhenti.

Adrinne turun dari kereta.

Dia terkejut. Manakala kakinya bagai digam di situ. Seperti semua sistem di dalam badannya lumpuh.

"Ad jom sayang" mummy menarik lengannya.

Dia akur dan mengekori mummy—nya masuk ke dalam rumah tersebut.

Izz POV

Aku mengenakan baju melayu berwarna peach dan songkok berwarna hitam. Harini bakal diadakan tahlil dan bacaan yasin buat arwah along. Sejujurnya aku masih terkilan dengan pemergiannya dan bekas tunangnya yang sepatutnya menjadi isteri along sekarang.

"Abang mama panggil" jerit Zati dari luar.

"Ye"

Aku terus turun mendapatkan mama.

"Ada apa ma?" Soalku.

"Ni si Haqiem call. Katanya kereta dia rosak masa on the way sini. Pergi la ambil dia kejap" tutur mama.

Haih kereta punya mahal pun rosak ke. Adoi.

"Okay" aku terus mencapai kunci kereta berhampiran dengan meja yang berada di pintu keluar.

Aku terus menuju ke pintu dan berselisih dengan seorang gadis yang berhijab.

Aku terus berpaling.

'Macam pernah nampak'

Soalku sendiri sementara bayang gadis itu hilang. Aku terus menyarungkan kasutku lalu ke kereta Audi RS5 yang terletak di garaj kereta.

Meanwhile

"Terima kasih sebab sudi hadir Allene"kata mama Izz.

Wajah gadis di tepi rakannya itu dipandang.

"Cantik Lexa macam ni" pujinya.

"Terima kasih aunty and maafkan Alexa"ucap gadis itu lalu berpelukan dengan wanita itu.

"Tak nak nangis-nangus. Nanti Karl pun sedih" pujuk wanita itu lalu mengesat air mata anak muda itu.

"Masuklah. Dah nak mula ni"pelawanya.

Mereka bertiga mengambil tempat di bahagian belakang.

Izzati hanya memandang gadis yang duduk berhampiran mamanya.

'Siapa tu? Macam pernah nampak'

Beberapa minit kemudian, bacaan yasin dimulakan.

Skip

Izzati mula mengemas bahagian dapur lalu dia teringatkan gadis muda yang berhampiran mamanya.

Kebetulan, ketika itu abangnya baru sahaja keluar dari tandas.

"Abang abang sini kejap" panggilnya.

Izz melangkah mendekati adiknya.

"Tadikan ada seorang perempuan ni duduk dekat mama. Diaorang macam kenal je" kata si adik.

"Kenapa dengan ayat bm kau ni dik?" Perli abangnya.

"Apa? I mean muka dia macam familiar la" tutur adiknya.

"Mana? Cuba tunjuk sikit"

"Cari la dekat luar. Dia pakai hah dia pakai baju sama warna dengan abang and shawl dia warna hitam. Pergi la" arah Izzati kepada abangnya.

'Eiii budak ni tahu menyuruh aku je kerjanya'

Adrinne POV

Hanya keluarga kami sahaja yang belum pulang. Katanya ada perkara yang mahu dibincangkan.

Aku terus meletakkan pinggan kotor di tempatnya dan masuk ke dalam rumah.

"Mana anaknya Rissa?" Soal Tengku Allene mencari kelibat anak kepada kawannya.

Aku duduk di sebelah mummy lalu menghidupkan iPhone milikku.

"Kejap"

"Angah. Adik sini" panggil Aunty Rissa.

Sebaik sahaja Aunty Rissa memanggil anak-anaknya menggunakan nama panggilan mereka, aku terus memandang ke arah pintu masuk dapur.

Kelihatan seorang gadis yang mungkin lebih muda daripadaku keluar bersama seorang lelaki di belakangnya.

Saat lelaki itu mengangkat mukanya aku tergamam.

'Tak mungkin. Jadi betullah firasat aku sama. Mereka bukan memilikki nama dan muka yang sama secara kebetulan tetapi dia memang betul-betul orangnya'

TBC

Instafamous VS Wattfamous✔Where stories live. Discover now