IVSW 18

24.6K 1.6K 61
                                    

Izz POV

Aku memberhentikan keretaku di hadapan sebuah taman.

Ianya kelihatan seperti sebuah taman yang hidup pada waktu malam.

Penuh dengan cahaya lampu yang berwarna-warni.

Sesuai dijadikan tempat rehat pada waktu malam dan terdapat juga beberapa buah food truck.

Aku pun tahu daripada Qiesya.

Aku berjalan sepanjang lalu pejalan kaki itu sehingga ke sebuah pondok.

Adrinne.

Nama gadis itu terlintas di fikiranku.

Nama tu macam pernah dengar sebelum ni tapi entah la.

"Excuse me, can I sit here?" Soal suara seorang perempuan.

Raykarl yang menutupi kepalanya dengan hoodie mengangkat mukanya.

"KAU" aku dan dia berkata serentak.

Central Park

"KAU" Kedua-dua mereka berkata serentak.

"Haish hancur mood aku"

Raykarl menjelingnya.

"Kau pikir aku intip kau sampai sini ke. Ei tolong la. It's not like Adrinne" tutur Adrinne.

"Huh. Ye la hati manusia kita tak tahu. Entah-entah betul kau intip aku. Aku tahu la aku ni hensem, bergaya. Kan kan" sedang Izz sibuk memuji dirinya setinggi gunung itu, Adrinne yang malas mahu mendengarnya terus berlalu pergi.

'Perasan punya mat kerek. Tak ada kerja aku nak ikut kau. Kalau ikut kau dapat GTR sebuah nak la juga. Hancur'

Sebaik sahaja Izz berpaling, dia melihat tempat itu kosong.

'Tak guna kau Ad. Kau bagi aku cakap sorang-sorang. Jaga la kau. Errr'

Izz juga turut pulang ke rumah kerana hatinya merasa sakit akibat Adrinne.

5:00 A.M

Alarm yang dikunci dalam iPad Air milik Adrinne berbunyi.

Dia tercari-cari iPad itu di bahagian sebelah kanan katil lalu mematikannya.

Lampu biliknya dinyalakan. Alat kawalan jauh itu diletakkan di atas meja lampu.

iPhone-nya yang diletakkan di atas plat pengecas diambil.

Usai memasukkan security code dia terus menyentuh app CE.

Welcome to Cosmic Elite

@ReporterCE1
Perhatian kepada semua pelajar, pada harini kita akan mengadakan aktiviti mega gotong royong iaitu membersih serta menceriakan kawasan sekolah.
Pelajar dibenarkan memakai baju bebas dan mesti berada di CE Hall pada pukul 7:30 pagi mengikut kelas masing-masing.

Adrinne terus terbangun.

'Haish malasnya aku nak pergi sekolah macam ni' rungutnya di dalam hati.

Dia turun dari katil lalu membuat senaman ringkas untuk merenggangkan segala uratnya.

Tuala yang disangkut terus ditarik lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi.

6:00 A.M

Izz turun ke meja makan dengan memakai serba hitam. Baju yang berwarna hitam dengan design all blacks bersama fit sweat pants. Kunci kereta dan wallet diletakkan di atas meja.

Instafamous VS Wattfamous✔Where stories live. Discover now