Part 19

700 105 7
                                    

"Aishh.."Sehun memukul stereng keretanya dengan perasaan geram yang tidak dapat dibendung.

Keputusan muktamad Manager Jang tidak dapat diterima akalnya.Mana mungkin dia putuskan hubungan dengan Song Jihyo.Kenapa dalam soal ini perlu hancurkan cinta dan kebahagiaannya.Tiadakah cara lain untuk memulihkan keadaan.Fans??kenapa teganya mereka menindakkan kebahagiaan idola mereka.Kata sayang, tapi menghalang kebahagiaan idolanya.

Tok tok !!

Bunyi ketukan dicermin keretanya menghentikan lamunan kemarahan Sehun.Dia menoleh kearah cermin.Rupanya Yoona yang mengetuk cermin keretanya.Sunbae nya itu senyum manis kepadanya.Sehun tidak membalas kerana sekarang ini sangat susah baginya untuk ukirkan senyuman.

.............

"Noona faham dengan perasaan Sehun"Yoona bersuara setelah sekian lama suasana senyap menyelubungi mereka.

Sekarang ini Sehun dan Yoona berada disebuah taman.Yoona mengajak Sehun kesini, katanya supaya honbae nya itu dapat menenangkan hatinya yang sedang marah dan sedih.Dia harus menunjukkan keprihatinan kepada Sehun.Sedangkan apa yang berlaku berpunca dari dia sendiri.Pandai betul dia mengatur semua ini demi meraup kebahagiaan sendiri.

"Apa yang noona faham?"

Sehun memandang Yoona sekilas dan kembali memandang tasik yang terbentang luas dihadapan matanya saat ini.Sungguh menenangkan.

"Noona pernah alami apa yang Sehun alami sekarang ini.Jadi noona faham sangat.Sehun kena tahu, apa yang manager aturkan adalah yang paling terbaik untuk Sehun.Lihat sendiri sekarang Sehun betjaya bersama dengan Exo.Itu semua aturan manager kan?"

satu demi satu perkataan keluar dari mulut Yoona.Kata² yang boleh dikatakan jalan untuk mengeluarkan Song Jihyo dari hidup Sehun.

Sehun mengeleng."kerjayaan Exo tak sama dengan cinta Sehun.sangat berlainan noona.Sehun tidak mahu sesiapa aturkan arah tuju kebahagiaan Sehun"

Yoona terdiam.Memang susah untuk membuang Song Jihyo dari hidup Sehun.Dia sangat mencintai Song Jihyo.Fikir Yoona, dia sekarang melalui jalan yang cukup sukar.Sebelum ini dia fikir kerjanya mudah.Tapi sukar dan bertambah sukar.Walaupun sukar, dia tetap mahu teruskan kerana sekarang sudah separuh jalan.Tidak kisah baginya kalau sukar, asalkan akhirnya dia dapat Sehun.

"Tapi apa yang Sehun nak buat??semua fans tak setuju hubungan Sehun dengan Song Jihyo unnie"

"Sehun tak kisah.Hubungan ni akan diteruskan.Kami saling mencintai"

Yoona memikirkan cara.

"Sehun.Macam mana kalau hubungan Sehun dengan Song Jihyo unnie berakhir??apa yang Sehun akan rasa?"tanya Yoona ingin melihat reaksi Sehun.

Sehun memandang Yoona.Matanya berkaca.Dia tidak suka hanya untuk mendengar perkataan berakhir.Tiada patah perkataan yang keluar dari bibir itu.

Yoona memeluk Sehun.Mula² Sehun agak terkejut, tetapi setelah Yoona menepuk perlahan belakangnya Sehun membiarkan kerana menyangka yang Yoona ingin menenangkan perasaannya.Lagi pula Yoona sunbae nya.Dia faham yang sunbae nya mengambil berat akan dirinya.

"Sehun kena kuat"ujar Yoona.Senyuman penuh makna terukir dibibirnya.

.................

Jihyo duduk dibirai kolam renang dengan riak wajah muram.Kakinya bermain main dengan air kolam.Kalaulah hatinya setenang air kolam ini, pasti tidak perlu berhadapan dengan situasi sekarang.Sekarang dia tidak boleh keluar sangat kerana pasti akan mendengar perkataan menyakitkan daripada fans.

Disebabkan itulah Jihyo telah mengambil cuti untuk menenangkan hatinya.

"Kenapa aku kena macam ni?"tanya Jihyo sambil menunduk.

Bunyi deringan handphone menandakan mesej masuk mengalihkan pandangan Jihyo disebelah.Handphone diambil dan peti masuk dibuka.Nombor yang tidak dikenali.Satu gambar dihantar kepadanya.

Tatkala dibuka, Jihyo betul² terkejut.Terpapar gambar Sehun dan Yoona dihadapan matanya.Gambar mereka berpelukan.Airmata Jihyo mengalir.Dadanya sesak berhadapan dengan satu lagi situasi yang menyakitkan hati.

"Jihyo..Jihyo kau.."percakapan Gaeun terhenti apabila Jihyo menoleh kearahnya dengan airmata dipipi.Handphone ditangan Jihyo dipandang.Dia pasti yang Jihyo sudah tahu.

Jihyo bangun berdiri.

"Jihyo..aku rasa semua ni.."Gaeun terdiam tatkala Jihyo mengelengkan kepala.

"Ni dah nasib aku"perkataan yang keluar dari mulut Jihyo itu membuatkan Gaeun tersentak.Sejujurnya Gaeun tidak percaya akan semua ini.Tetapi nampaknya Jihyo percaya.

.................

Suho mundar mandir didalam bilik yang dikongsi dengan Sehun.Handphone setia ditangan.Berkali kali dia hubungi Sehun, tapi tidak diangkat.Kerisauannya memuncak dengan apa yang berlaku sekarang.

"Hyung..Sehunnie dah balik"ujar D.O. kepada Suho.

Suho bergegas keluar dari bilik ingin bertemu dengan Sehun.Sehun yang baru masuk terhenti langkahnya apabila memandang riak wajah tegang Suho.Apabila yang berlaku sekarang??itulah yang difikirkan oleh Sehun.

"Baru balik.Hun tahu tak apa yang berlaku sekarang ni??lebih tepat lagi, apa yang Hun buat?"pertanyaan Suho membuatkan Sehun pelik.

"Apa maksud hyung?"tanya Sehun kembali.

"Hun sayang siapa sekarang ni.Jihyo noona ke Yoona?"pertanyaan Suho mengejutkan Sehun.D.O. cuba menenangkan Suho.Dia tahu yang Suho terlalu risaukan Sehun.

"Apa yang hyung cakap ni??mestilah Hun sayangkan Jihyo noona"

"Sayangkan Jihyo noona.Tapi kenapa sekarang ni kecoh di media yang Hun berpelukan dengan Yoona"

"Mwo..!!!"

BERSAMBUNG

[ C ] my yeojachingu is you • oshWhere stories live. Discover now