PART 10

58 2 0
                                    

*Sunghyun*

Selepas aku jumpa dengan atuk, aku rasa happy tak terkata. Mana taknya.. Atuk sokong apa yang aku nak buat.. Huhu.. Terharu seyhhh.. Ya la.. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.. Maklumlah.. Atuk kan tegas.. Semua nak kena ikut cakap dia. Tapi kali ni aku dapat kepercayaan atuk untuk jadi artis dan bantu BigHit luaskan pengaruh diorang ke seluruh dunia. Wahh.. Aku pun terus telefon Jinnie hyung.

"Yeoboseyo, Jin hyung ke ni???"

"Taklah... Ni hantu.. Pontianak Harum Sundal Malam.. Hihihihihihihihi.. Hahaha.. Gurau je... Ya Sunghyun. Macam mana??? Dh buat keputusan??? Dah fikir masak2 ke???"

"Dah hyung, saya dah buat keputusan. Saya nak join BigHit Ent nanti. Bila saya boleh jumpa hyung???"

"Esok pun boleh, lagipun kitorang tengah cuti sebulan ni. Datang la dorm BTS ni nanti. Kita bincang dengan adik2 hyung ok??? Arasseo???"

"Dorm BTS??? Ishhhh.. Saya malu la hyung... Segan pulak dibuatnyaa.. 'Buat muka malu2 kucing'.. Ok la.. Hyung bagi alamat dorm hyung ya"

"Ok my junior.. Nanti malam hyung hantar alamat dorm kitorang ya.. Bye.."

"Ne~~~ Bye hyung.. Jumpa esok"

Macam tak percaya aku dibuatnya.. Pergi dorm BTS??? Wahh.. Tak penah2 aku pegi dorm artis.. Ni baru first time artis jemput aku pegi dorm diorang.. Hahaha.. Tak boleh aku bayangkan.. Malam itu aku mula kemaskan barang2 keperluan yang aku akan bawa nanti. Jin hyung dah uruskan pendaftaran aku dalam odisyen tertutup tu.. Kalau bertuah, aku akan menginap di dorm BTS. Harap2 la dapat.. Lagi satu aku siapkan dokumen penting macam IC, Sijil Berhenti Sekolah dan macam2 sijil yang aku ada untuk dibawa masa daftar odisyen nanti.. Haihh.. Banyak juga barang nak kena bawak. Alahaii.. Lecehnya.. Ketika aku sedang sibuk kemas barang, henfon aku berbunyi. Mesej daripada Jin hyung. Dia menghantar alamat dorm BTS. Wow.. Tempat orang kaya ni diorang duduk.. Cehh.. Padahal aku pun macam diorang jugak.. Lol :3

Lepas penat kemas dokumen yang aku kena bawa esok, aku terus baring di katilku yang empuk ni.. Mungkin buat kali terakhir kalau terpilih.. Emmm.. Aku hanya menantikan tuah untuk odisyen nanti.. Mudah-mudahan urusan aku dipermudahkan oleh Tuhan..

_______________________________

*Di dorm BTS*

Pagi yang cukup hening itu dikejutkan dengan jeritan..

"Arrggggghhhhhh!!! Ada hantu sebelah aku!!!!!!!!!!!!!!!" Jin menjerit. RapMon pun terjaga dan dia pun menjerit sama..

"Jin hyung, kenapa dengan muka hyung tu??? Comel la"

"Kau pun sama, dah buang tebiat ke conteng muka sendiri???"

"Mana ada! Kejap RapMon ambil cermin ya" RapMon mengambil cermin dan melihat wajahnya yang diconteng malam tadi oleh tiga maknae bertuah. Kemudian cermin itu pula diberikan kepada Jin. Jin hairan melihat wajahnya. Dia sudah tahu siapa yang melakukan kerja nakal itu. Ya.. Dia tahu planner yang menghuru-harakan hari mereka.

"Hyung tahu siapa yang buat"

"Siapa???"

"Tiga maknae tu la.. Ni mesti rancangan Jimin.. Ishhh.. Budak kecik tu memang nak kena.. Tak padan dengan badan.. Kau pergi kejut YoonGi dengan Hoseok.. Silap2 diorang pun kena.."

RapMon terus ke bilik Yoongi dan Hoseok. Memang betul tekaan Jin. Mereka berdua pun kena.. Hahaha.. Dia kejut dua orang tu sambil tahan gelak..

"Woi!!! Bangun weyhh.. Ni cuba tengok muka korang! Hahahaha"

"Apasal dengan muka kitorang RapMon?? Kenapa???" Hoseok melihat mukanya dengan cermin yang diberikan oleh RapMon. Hampir saja dia menjerit.. Yoongi pun melihat mukanya... Terkejut kau Yoongi.. Kesiann.. Hilang swag kau sebab maknae 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

"Muka aku dah tak swag dahhh!!! Ottokhae??????? Aishhhh jinjja!" Yoongi mengomel marah sendirian.

"Dah jom pergi bilik maknae. Kita kerjakan diorang pulak.." Yoongi dan Hoseok mengikut saja RapMon ke bilik tiga maknae.

"Sayangggg.. Bangun sayang.. Oh sayang adik2 ku semua.. Bangun" Jin mengejutkan adik2 maknae yang sedang lena tidur.

"Ada apa omma???" Jimin membuka matanya dan terkejut semua hyungnya berada dalam bilik mereka.. TaeTae dan Kookie pun bangun setelah dikejutkan oleh Jin tadi. Mereka pun terkejut 4 hyung mereka boleh berada sama dalam bilik mereka bertiga.

"Woiii, berani kau conteng muka aku yang swag ni ehhh?? Aduhaiii.. Aku baru je jaga kulit" Suga marah tapi macam tak marah dengan muka yang masih mengantuk..

"Apa lagi yang korang buat masa kitorang tengah tido??? Malhae bwa maknae. Tell me the truth! " Jin menanyakan kepada mereka bertiga..

"Sebenarnya.. Ni semua rancangan kitorang tiga orang. Lepas conteng muka korang, kita sorokkan barang korang" Jimin menjelaskan perkara yang dilakukan oleh mereka.

"Barangan kesayangan Jin hyung ada kat stor makanan. Komputer dengan PSP Rapmon hyung ada kat bilik air. Baju Suga hyung ada kat bawah peti sejuk.. Video yang Hoseok hyung suka ada kat...... Kat mana eh Kookie?? Aku lupa pulak???" TaeTae bertanya pada Jungkook.

"Ada kat belakang TV. Hehehe.. Hyungdeul.. Mianhae yo~~~... Kitorang janji tak buat lagi.. Please... Lepaskan kitorang kali ni.. Jebal hyungnim" Kookie merayu minta maaf bagi dirinya dan dua hyungnya tadi dengan membuat muka comel..

"Mworago??? Habislah barang kitorang ni... Haihhh" Jin, RapMon, Hoseok dan Yoongi kelihatan marah tapi macam tak marah.. Ya laaa.. Tak sampai hati diorang berempat nak marah.. Kalau adik beradik sendiri konfem kena belasah.. Alahai comel pula korang buat muka ni.. Macam mana nak marah kalau dah sayang sangat diorang lagi2 Jimin dengan Jungkook.

Jin pun berfikir dan memikirkan denda yang sesuai untuk 3 orang maknae bertuah itu. Dia membuat keputusan.

"Ok, harini korang kena buat semua kerja rumah.. Sebab harini kita ada tetamu.. Ok?? Arasseo?? Kecuali masak je omma buat. Dah pergi mandi. Kejap lagi dia datang" Jin menjelaskan dengan panjang.

"Siapa tetamu kita???" Jimin bertanya.

"Sunghyun laaa. Dah pergi mandi.. Korang bertiga kena sapu, buang sampah dengan kemas bilik. Faham?" Jin meninggalkan mereka berenam untuk masak makanan bila Sunghyun datang sekejap lagi. Rapmon, Yoongi dan Hoseok mandi. Manakala TaeTae, Jimin dan Jungkook melaksanakan denda masing2. TaeTae menyapu, Jungkook buang sampah dan Jimin mengemas bilik. Setelah selesai semua denda, mereka bertiga pun membersihkan diri. Hari ini merupakan pertemuan pertama BTS dengan bakal junior mereka Sunghyun.. Adakah mereka bersedia menerima junior baru??

Tunggu next part... Pasti menggelikan hati dan ragam BTS dapat ditonjolkan nanti.. Hahaha.. Ok tu je..

Bersambung.....

[©] BANGTAN MY IDOL Where stories live. Discover now