"Anak dara bangun lah woi!"jerit laila di telinga ku,aku bangun dengan malas "baik kau solat sekarang!"arah laila.
"Iye lah mak nenek"kata ku dan berlari masuk setelah mengambil tuala ku terdengar laila marah membebel.
Aku memakai telekung selepas sudah mandi setelah selesai solat aku berdoa kepadanya.
"Ya Allah kau permudahkan urusan aku hari ini kau ampun kan lah segala dosa aku sebelum ini,kau ampun kan lah juga dosa ibu bapa ku hanya kau tempat aku mengadu Amin ya robbal alamin"aku meraup muka ku,aku mmcapai tudung hitam ku dan turun ke bawah.
"Umi nak tolong"kata ku pada umi kesian umi awal pagi kena bangun nak urus majlis.
"Tak yah lah Ad naik atas bersiap tinggal berapa jam lagi kamu jadi isteri orang"kata umi aku hanya akur dan terus ke dapur sarapan.
"Weh sherlin aku gugup gila doh"kata ku dengan duduk sila di kerusi makan.
"Biasa lah kau kan nak kawin dah"kata sherlin dan terus menjeling aku.
"Perli ke jeles"tanya ku dan terus makan roti yang di Bakar sherlin.
Sherlin dan laila tidur di rumah aku semalam sebab nak tolong umi uruskan majlis ni semua.
"Dah kau naik sana nanti mak andam datang masuk bilik kau"kata sherlin aku inum sedikit milo suam dan terus berlari naik ke atas terdengar jeritan umi.
"Ya Allah anak dara kamu tu dah nak kawin berlari macam budak-budak!"marah umi aku menutup pintu dan terus baring di katil.
"Macam mana lah nasib aku kawin nanti......mesti dia layan aku macam sampah aku kan tomboi mana lah nak kat aku"kata ku sendiri dan merenung siling bilik ku.
Aku berdiri semula dan mengambil kotak di dalam almari,aku mengeluarkan handphone lama Rian ada dengan aku,aku teruja bila telefon itu masih hidup
"Nak buka ke tak"tanya ku sendiri dan membuka telefon aku,aku terkejut melihat gambar wallpaper kami.
Tiba-tiba tergerak hati ku mahu membuka diary Rian yang berada dalam kotak tu belum pernah aku buka hingga hari ni.
Hi diary saya ada cerita baik hari ni, saya ada berjumpa dengan satu wanita ni tapi gaya dia macam lelaki,tapi saya tak kisah pun,hati saya kan diary berdegup laju bila tengok mata dia hidung mancung dia,dengar nama pun dah tahu dia ni mix. Nak tahu dia lah wanita pertama yang tegur saya walaupun dia ni gaya lelaki,saya memang dah lama kenal dia siapa tak kenal brutal evil kan....tapi saya tak suka dia dipanggil macam tu,tapi saya lagi tak suka nama dia orang panggil dia AD atau ADI saya suka tengok mata dia. Saya happy sangat hari ni saya dah ada kawan nama dia DIAN dan saya dapat kawan lain juga nama dia sherlin,laila,hamizan,asrul,eiqal dan paling saya suka Aqil sebab dia sporting habis nampak cool mereka lah yang pertama ajak saya berkawan.ok lah sampai sini lah untuk pembukaan rasmi DIARY ME WITH DIAN hahah tinggi lah angan saya ni bye jumpa lagi diary.
Yang benar
Tengku luqman adriansyah.Aku tersenyum lebar membaca diary Rian aku menyelak helaian kertas itu dan baca.
Hi diary,saya suka lah kat Dian tapi saya susah nak ungkap kan ayat tu saya sayang betul dekat dia hari kedua kami berkawan dia ajak saya naik motor dia dengan kawan dia yang lain. Bergegar juga lah masa naik tu tapi makin lama makin syok esok dia dah nak ajar saya tunggang super bike tau tapi saya taknak....dia paksa saya,saya tetap taknak....tapi saya mengalah bila tengok dia marah mesti dia nak kembangkan pipi dia yang putih gebu tu....nasib Dian tu comel,cantik....tapi saya nak sangat tengok dia pakai tudung, tapi tu angan jer.....suka lah nak tengok senyuman nakal dia tu kenapa lah saya boleh jatuh cinta dekat awak Dian....satu hari nanti saya akan ungkap ayat tu yer bye.....
YOU ARE READING
maafkan egoku sayang!
RomansaSeorang gadis yang ganas brutal dipanggil Ad minat motor besar dan mempunyai tiga buah motor dan satu kereta skyline,mempunyai kisah silam yang tidak boleh dipadam bakal berkawin dengan seorang lelaki yang poyo ego tinggi bernama luqman&Rian Mereka...