Awak?

245 6 0
                                    

Peristiwa semalam yang berlaku di majlis Anty Lily , masih belum dilupakan . Rasa marah terhadap lelaki tersebut masih lagi terasa bahangnya . Lya Amanda sedang berbaring di atas katil empuknya dengan beralaskan kedua belah tangannya . Fikirannya sejak malam semalam semakin berselarut . Tambahan pula dengan kerja rumah yang diberikan oleh guru disekolah pagi tadi . Sesunguhnya fikiran Lya Amanda lebih berselarut daripada seorang ahli perniagaan !

Tiba-tiba fikirannya teringat akan account facebooknya . Sudah sehari suntuk Lya Amanda tidak membuka account kesayangannya itu . Tangannya lantas menyampai komputer ribanya diatas meja belajar .

'Ermm , banyak juga notification aku . Huhu , fofular juga aku ni .' detik hati kecilnya . Sedang Lya Amanda membelek-belek facebook nya , mata membaca satu status yang merujuk kearahnya .

Perlu ke update status fasal SPM ? Dah tahu tahun ni nak pereksa , pergi lah baca buku . Ni tak , bukak facebook je kerjanya . Memang tak maju lah :p

'Huh , berani nya mamat ni . Tak pa , kau tak kenal aku sapa lagi ! Hey , aku Lya Amanda Bt Dato' Zatter ok . Fuh , status macam ni pon dah dapat 45 likers ? Sapa mamat ni ? '

Lya Amanda segera menekan punat go di laptopnya . Selang beberapa saat , screen laptopnya telah pon memaparkan profile 'mamat gila' tersebut . 'Jap , die lahir 1995 . So , umur dia sama ngan aku ! Ek eleh , paku dulang paku sepih , kata orang dia yang lebih . Puihh !'

'Cik Lya , Datin udah panggil non . Ayuh turun , minum petangnya udah tersedia.' suara Bibik Milah Surianti memecahkan lamunan Lya Amanda . Kacau betul ! Rancangan mahu menyambung mengutuk mamat tersebut harus diberhentikan dulu . Panggilan ibunda tercinta lebih penting daripada rancangan tersebut !

--------------------------------------------------------------------------------

Dengan perasaan yang sangat teruja , Lya Amanda melangkah keluar daripada kereta BMW yang dipandu oleh Pak Mat , driver keluarganya yang sudah tua namun masih kuat untuk berkerja . Mungkin Pak Mat mengamal petua orang tua-tua . Mereka kata minum air tongkat ali setiap malam , dapat membekalkan tenaga buat keesokkan hari . Kalau Lya , jangan harap ! Minum kopi pon belum tentu mahu diteguknya . Pernah sekali , setelah dipaksa oleh Pak Mat , Lya Amanda tidak dapat tidur sampai pukul 3 pagi ! Akibatnya , esok dikelas Lya dimarah teruk oleh guru mathematiknya kerana tertidur di dalam kelas . Sejak hari itu Lya tidak berani lagi mahu minum kopi mahupun menyentuh kopi tersebut walaupun secawan kecil .

'Maaf , awak nak masuk ke tidak ni Lya ? Atau awak mahu nyanyi Lagu Negaraku dulu baru mahu masuk ?' Sindiran Koon Ching , ketua pengawas di sekolah Lya Amanda membuatkan telinga Lya berdesing . Siapa yang tidak kenal dengan ketua pegawas ni ? Sifat nya yang suka menyindir pelajar junior memang cukup terkenal dipelusuk sekolah ! Namun , disebalik sifatnya itu . Ada juga baiknya , Koon Ching boleh dikatakan antara pelajar terbaik disekolah itu . Dia sering membantu pelajar yang kurang mahir dalam pelbagai mata pelajaran .

Lya Amanda segera berlari anak kearah tangga . Malas benar dia mahu mencari gaduh dengan pengawas tersebut .Tidak mungkin dia akan merosakkan paginya yang indah itu hanya dengan bergaduh dengan pengawas tersebut . Tidak Mungkin !

Sedang dia berlari , baru dia perasan bahawa sebalah tali kasutnya tidak terikat . Oleh tahap kemalasannya pada pagi itu 'terlebih dos' membuatkan dia membiarkan saja tali kasutnya berjuntai . Langkahnya di lajukan kerana jam di tangan telah pon menunjukkan angka 7 dan 12 . Sudah lah di mempunyai janji dengan guru kelas nya mahu berjumpa untuk menyiapkan beberapa kerja yang berkaitan dengan kelas . Sedang seronok dia berlari-lari anak, Tiba-tiba Lya Amanda terpijak tali kasutnya , dan tidak dapat mengimbangkan dirinya lagi . Badannya terasa seperti di awangan lalu terus mendarat di sesuatu permukaan yang lembut .

'Aik , lembutnya lantai ni . Pelik betul lah .' Perlahan-lahan Lya membuka matanya . Tiada apa yang dapat dilihat melainkan seorang lelaki yang tidak asing baginya .

'Awak ?' Hanya itu yang berjaya di keluarkan dari kotak suaranya pada ketika itu .

'Ya saya . Kenapa ?' Jawab lelaki tersebut .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yeahhhh. Saya update lagi. ;) Haha. Btw, tolong vote? And sorry kalau ada typo or grammar mistakes. Much Love, Sharina

Facebook Vs Twitter (ON HOLD)Where stories live. Discover now