Not him, again!

166 4 0
                                    

'Penatnya' detik hati kecil Lya Amanda. Nak buat apa eh? Study SPM atau ermm. Aku tahu nak buat apa.

Lya Amanda segera mencapai laptopnya. Punat on segera ditekan. Terpapar gambar nya bersama idolanya. Taylor Swift. Gambar itu diambil kira-kira setahun yang lepas. Ketika artis muda itu melakukan konsert bagi memperkenalkan album terbarunya, Speak Now di Malaysia.

Jejarinya pantas menari-nari di atas papan kekunci. Tidak lama selepas itu homepage bagi akaun Facebooknya muncul. 48 notification, 5 new massage.

Dia menghiraukan notificationnya, dan terus menekan punat Status. Tak lama kemudian status barunya muncul di Newsfeed.

'Boring. Ada sesiapa yang nak hangout Sabtu ni?'

Tak lama selepas itu, pelbagai bunyi dikeluarkan oleh laptopnya. Angka di notification dan mesej semakin meninggi. Menandakan terdapat pemilik account facebook lain yang menyukai statusnya. Tetapi salah satu dari notificationnya berjaya mencuri perhatiannya.

'Not him again' Lya berkata sendiri

***

'Siapa yang nak hangout dengan hang? Kelam laa.'

Ayat itu berulang kali bermain di kotak fikirannya. Mukanya semakin lama semakin merah, menahan geram yang sudah berada ditahap maksimum. Hanya tunggu masa untuk meletus amarahnya itu.

"Sabar lya, sabar. Orang lawa tak boleh marah-marah." Ayat Sarah kedengaran di cuping telinga.

"Macam mana aku tak marah. Mamat tu aku tak kenal pun. Tak cari masalah dengan dia pun. Dia tetap nak cari masalah dengan aku. STRESSSS..." Sempat lagi dia menggunakan tagline Kang Gary dari Running Man, GameShow kegemarannya itu.

"Dah lah guna nama samaran je, gambar pun search kat google." Lya Amanda menambah lagi kenyataan yang tidak puas hati dengan kehadiran 'mamat' tersebut.

Petang itu, Lya Amanda mengajak Sarah ke rumahnya. Saja, mahu berborak dengan rakan baiknya itu. Sambil-sambil itu, boleh buka sesi mengutuk 'mamat' itu.

"Alah, kau pun dua kali lima je" Sarah menghirup sedikit air Fresh Oren yang disediakan oleh Bibik Milah Surianti. Fresh sungguh!

"Apa pula aku? Jangan nak samakan aku dengan dia eh. Tak setaraf. Jauh beza!" bersungguh-sungguh Lya menidakkan kenyataan Sarah.

"Nama pendek, gambar semua taruk gambar waktu hang baru belajar merangkak. Kau pikir comel lah? Be to the Lah." Dengan selamba Sarah mengutuk Lya.

"Sekurang-kurangnya, nama aku betul walaupun pendek" teragak-agak Lya mengeluarkan usul bagi mencantas kenyataan Sarah. Tapi nak buat macam mana? Apa yang Sarah cakap betul 100 peratus.

Dia dekenali dengan nama Cik Lya di laman sesawang kegemarannya itu. Gambar profil hanya diletakka gambarnya ketika masih berusia setahun lebih. Di takut mahu mendedahkan identiti sebenarnya dalam dunia online. Risau jika perkara yang tidak diingini berlaku. Risaunya semakin bertambah bila mengenang status anak jutawan yang dipegangnya.

"Dah lah, tak payah pikir fasal dia. Buat masa." Sarah memujuk. Dia tak mahu mood kawannya itu semakin memburuk. Kalau perkara itu jadi, dia juga yang susah. Nak kena pujuk. Belanja ice-cream bagai. Pokai duit aku.

***

'Gudnight, world!'

Status terakhir yang dia update sebelum memasuki dunia mimpi. Harap-harap mamat tu tak komen statusnya lagi. Mamat Twitter!

Another Chapter! Yeayyy! Tolong vote and Comment. Tq! For the next chapter 40 votes for this book. ILYSM.

-Sharina

Facebook Vs Twitter (ON HOLD)Where stories live. Discover now