A Secret?

124 4 0
                                    

"Bella." Ezwan memanggil seorang budak perempuan yang dia sendiri tidak berapa kenal ini.

Tidak lama selepas itu, gadia itu sudah terpacak di hadapannya. Dia memerhatikan rupa paras gadis dihadapannya. Cantik, detiknya di dalam hati.

"Erm, i nak ajak u keluar Sabtu ni mahu?" ayatnya dikeluarkan dengan nada selamba. Seperti sudah menggunakan ayat itu beratus kali.

"Boleh, ni nombor i, apa-apa just massege me. Bye." sempat lagi Ezwan mengenyitkan matanya sebelum gadis itu hilang dari pandangan.

'Senang' detik hati Ezwan.

***

"Wait a minute, kau nak cakap yang kau ada date dengan Bella sabtu ni?" Nazril yang sedang menikmati burgernya tersedak apabila diberitahu perkara tersebut. Terbatum-batuk dibuatnya. Air pepsi segera diteguk.

"Yup" Ezwan yang langsung tidak memesan apa-apa petang itu hanya melemparkan pandangannya kearah luar banggunan MCD itu.

"Dia terima? Aku try tak mahu pun" muka Nazril berubah secara tiba-tiba.

"Muka pecah rumah Bella nak? Kim salam je lah" Ezwan sudah tergelak semasa mengeluarkan kenyataan itu. Ketawanya semakin bertambah apabila melihat muka Nazril yang sudah semerah tomato. Marah lah tu.

"Tapi seriously, kejadah apa kau try minah tu? Kau bukan tengah pancing si Amanda tu ke? Bahaya dohh pasang dua." Nazril bersuara seraya menyambung kembali sesi menikmati birger yang terbantut tadi.

"Adalah. Dah cepat sikit makan. Aku banyak lagi kerja kat umah tu. Kau apa tahu? Melantak je pandai." Ezwan segera mengubah topik perbualan, risau rancangannya dapat dihidu Nazril.

***

"Kenapa u bawa i ke sini? " Bella mengeluarkan suaranya.

"Kan i dah cakap saja-saja. Nak kenal dengan awek cantik pun tak boleh ke?" Ezwan mula memasang umpan. Perempuan macam Bella ni, memang dia sudah mahir. Puji sikit, terus dapat.

"Siapa cakap tak boleh?" Bella mengeluarkan suaranya lagi. Kali ini ditambah dengan nada manja.

1jam kemudian...

"..... and macam tu lah i boleh beli kasut ni" Ezwan yang disebelah hanya mengangguk mengiyakan. Dia sendiri pun tak tahu apa yang Bella mengarut disebelahnya. Sebentar tadi cerita fasal beg tangan, habis tu kasut pula.

Seriously? Sapa yang nak tahu benda tu semua. 'Bella, ni first and the last time aku keluar dengan kau. Boring dowhh kalau ade awek macam kau. Tergedik je lebih.' Ezwan bersuara di dalam hati.

Dia dah tak tahan dengan apa yang berlaku. Dah sejam lebih mereka berdua pusing keliling Pavilon ni. Lebih baik dia segera menyatakan hajat sebenar dia berjumpa dengan Bella, sebelum minah sebelah ini bercerita mengenai aksesorinya pula.

"Erm, Bella u kenal Lya tak? I tak berapa pasti lah nama dia, i kan budak baru. Nampak macam lain je dia tu?" perlahan-lahan Ezwan. You can do it!

"U minat dia?" Muka Bella segera berubah. Tangannya yang sedari tadi memikul tangan Ezwan segera ditarik.

"I minat dia? Tolonglah, lebih baik i minat Deepa dari dia." Sorry Deepa nama kau juga yang naik. Terbayang sebentar raut wajah deepa dala kotak fikiran. Kulit hitam manis, cermin mata besar macam gajah, baju oversize gila and selalu datang kelas tambahan pakai selipar cap jepun.

"Hahaha, Deepa budak nerd tu? Tak baik tau" Bella kembali tersenyum. Nasib baik level menipu aku tahap master. Jadi, susah orang nak suspect kalau aku tipu pun. 

"I kenal Lya tu, sejak Form 1" pandangan Bella beralih kearah sebuah beg tangan jenama Guess. Matanya bersinar. Perempuan.

"U rapat lah dengan dia?" Ezwan cuba mengorek rahsia lagi. Sesungguhnya dia mahu tahu apa punca Lya Amanda menangis tempo hari. Nalurinya kuat mengatakan Bella punca utama.

"I rapat dengan dia? Bagi sejuta pun i tak mau. Macam u cakap, lebih baik i ber-bff dengan Deepa dari dengan dia. Hahahhaa" ketawa nyaring Bella mengisi gegendang telinga Ezwan. Bingitlah woii. Sabar Ezwan, sabar.

"I tengak Lya macam takut je dengan u, dia tak berani nak lawan u pun" Ezwan tahu pemilihan kata-katanya amat berisiko memandangkan mereka baru pertama kali berjumpa. Tetapi dia sanggup mengambil risiko daripada terpaksa keluar bersama Bella sekali lagi.

"Sesiapa pun akan takut, bila orang lain pegang rahsia terbesar hidup mereka" Bella berkata selamba.

Bella tahu rahsia Lya. Apa rahsianya?

"Rahsia?" Ezwan bertanya.

Pandangan Bella segera berubah kearah mata Ezwan. Anak mata coklat cair jejaka itu segera ditatap.

"Secret is a secret, babe" Bella mengenyitkan matanya.

"Takkan dengan i pun nak berahsia. I nak tahu juga apa rahsia minah tu" Ezwan  bersuara penuh keyakinan.

"Ez, kenapa Bel tengok Ez macam minat sangat dengan si Lya ni? Ez ni keluar dengan Bel semata-mata nak korek rahsia je ke?" Bella berkata. Fokusnya kini seratus peratus tertumpu ke arah jejaka yang baru sahaja kembali ke Malaysia itu, bukan lagi pada beg tangan jenama Guess yang masih ditangannya itu.

"Apa u merepek ni. U tanak bagi tahu tak apa. I tak kesah pun. Dah-dah u nak ke beg tu? I belanja." Ezwan mengeluarkan suara. Lebuh duitnya sebanyak RM 649.90 semata-mata untuk menutup was wasangka Bella.

Bella yang terlebih teruja apabila diberitahu mahu dibelanja beg tangan jenama terkenal, terus sahaja melupakan tindakan aneh Ezwan sebentar tadi.

'Dammit! Sikit je lagi rancangan aku nak terbongkar. Nasib baik minah ni jenis makan suap. Sorry mama, pa, duit hangus lagi' Ezwan berkata dalam hati.

••••••••

Yeah, satu lagi bab dah habis. Sorry, saya terlalu excited dengan novel M:TB (Mundane: The Beginning). Saya update yang sana dulu. Readers semua dipersilakan baca novel tersebut. And please vote for this novel. pleaseeee! Menambahkan semangat saya untuk update. Bab seterusnya akan keluar lepas novel ni dapat 30 votes. Nak tanya apa-apa boleh comment. Tq.

P/s : Saya tak lakukan pembacaan semula untuk bab ni. Sebarang kesalahan ejaan, harap diampunkan. Haha. Piss yo

-Sharina

Facebook Vs Twitter (ON HOLD)Where stories live. Discover now