"Aku sayang kau la Nurul Ayra Syazwani , please dont let me go ." Airil melutut , memegang erat tangan gadis kacukan british itu . Air mata mulai bertakung di dalam matanya , cuma Ayra saja yang masih tidak menunjukkan apa apa emosi . "Babe , why. Why did you do this?" Ayra mengerling pandangannya kearah suasana yang sunyi itu . Angin laut benar - benar mewujudkan aura romantis ketika itu . "Aku tak ada apa apa hubungan dengan dia , sayang . Please , trust me ." Airil mencium tangannya tanpa henti , meminta keampunan dari kekasih yang dicintai . "Aku benci kau , Airil Zakuan ."
"tap" , bahunya disentuh oleh sepasang tangan . Rai memaparkan wajah tidak faham . "Fikir apa?" seraya menarik kerusi dan duduk dihadapan meja Ayra. "Nothing." Ayra menekup wajahnya dengan beg sekolahnya itu. Wajahnya makin hari makin pucat , matanya juga sembab . "Airil lagi ?" Rai seakan akan boleh membaca fikirannya . Ayra mengangkat mukanya , air mata berlinangan tanpa henti . Dia menggigit bibirnya menahan perit didalam hati . Tapi , kenapa ?
Pintu kelas 4 Anugerah dihempas sekuat hati oleh seorang gadis. Rambut yang dilepas itu melanggar habis pelajar kelas itu tatkala dia sedang menuju kearah Rai dan Ayra . "Makin hari , makin melampau! Aku sudah tidak larat melayan ego bintang hati kau , Ayra. Aku rasa kau patut tamatkan saja hubungan kau dengan binatang ini !" kata Tiera , tidak puas hati. "Tiera!" Rai meninggikan suaranya seraya bangun dari tempat yang diduduknya . "Sudahlah . Aku tahu apa yang nak dibuat Tiera , Rai. Aku bukan kecil lagi ." Ayra mengeratkan dakapannya , menahan kesakitan . Tiera dan Rai , saling berpandangan . Sedih dan tidak sanggup melihat Ayra menderita sedemikian . "Aku terlepas sesuatu ?" terdengar suara gadis serak dihujung kelas . Umie menggeliat , selepas bermimpi putera selama satu jam empat puluh minit selama mereka di dalam kelas itu . "Hampir segalanya." Rai mendengus . Ayra masih didalam dakapan kecil itu , namun terdiam dari tangisan yang dari tadi dia lepaskan. "Ayra?" ketiga - tiga gadis itu menjadi risau . Tiera mengangkat wajah Ayra , darah menuruni deras dari hidung . "AYRA!" mereka hilang arah .
"Dia perlu diberi pemantauan yang lebih , puan . Ini adalah hidup , dan juga matinya ." Doktor keluar dari bilik tersebut , meninggalkan Puan Zurina dengan anaknya yang masih terlena . Puan Zurina mengurut kepalanya , dia berasa sebak dengan apa yang dikatakan doktor . Dia seolah - olah hilang sesuatu yang berharga , yang tiada gantinya . "Mama?" suara Ayra memenuhi ruang sunyi tersebut . "Ya sayang?" Puan Zurina menghampiri katil anaknya . "Masa bila mama datang ?" Ayra kehairanan . "Baru saja." Puan Zurina cuba memaparkan senyuman kepada anaknya itu . "Ayra mahu pulang ?" Puan Zurina cuba beralih . "Tidak . Ayra nak stayback , celebrate birthday Airil ." Puan Zurina hanya mengangguk , dia cuba untuk memberikan ruang kepada virus gembira anaknya itu sebelum menjalani rawatan selama sebulan yang akan datang nanti .
Ayra menaiki anak tangga , namun kepalanya masih terasa berat . Dia hampir terjatuh , namun disambut seseorang . "Izaac ." Ayra menegur . "Kenapa masih gagah mahu ke kelas , anak ayam ? Tak takut ke diculik serigala kacak macam aku ni ?" Izaac membimbing Ayra ke 4 Anugerah . "Kau culik Rai sudah , biar anak ayam ini digilis lori ." Ayra mendengus . Izaac hanya ketawa . "Rai aku culik , aku letak dalam hati . Kau aku culik , aku kasi pada Airil ." Ayra terhenti . Dia memandang tajam kearah Izaac , menolak bimbingannya dan beredar meninggalkannya . "Ni dah kenapa .." Izaac menarik lengan baju Ayra , namun ditepis . Ayra tidak memandang belakang , lantas perjalanannya dicepatkan .
"Aku belum sedia hilang sahabat , weyh . Aku belum sedia hilang dia . Hilang Ayra ." Umie memeluk Rai , manakala Tiera menutup mulutnya dengan tuala kecil menahan kesedihan yang tidak terkata . "Hilang aku ?" Ayra tercegat mendengar kata kata sahabatnya itu . "Tak ada apa apa lah , Umie ni saja je berdrama ." Rai cuba beralih topik . Ayra hanya memandang setiap wajah sahabatnya itu , diam . Dia meninggalkan mereka , dan menuju ke tempat duduknya . Dia membelek belek beg , dan melihat ke dalam laci mejanya . Ada satu koyakkan kertas yang tertulis sesuatu .
Im sorry , sayang . -Airil
Dia mengoyak koyakkan kertas itu , air mata mulai memenuhi ruangan matanya . "kringgg!" loceng sekolah berbunyi menandakan sudah masanya untuk pulang . Dia memandang jam di pergelangan tangannya , jam 2 . "Birthday Airil." hatinya terdetik . Dia menggalas begnya , dan berjalan menghampiri ketiga sahabatnya yang sedang tunggu di hadapan pintu kelas . "Balik dengan siapa nanti ?" Tiera menyoal Ayra . "Seorang." Ayra melipat lengan bajunya , dan membuat isyarat agar Ratu mengikutnya. "Makin pelik aku tengok Ayra ni ." Rai bersuara , cuba mewujudkan suasana . Ayra berhenti , dan berpaling kebelakang. Dia berjalan , dan mengusap pipi sahabatnya . Dia memeluk erat ketiga tiga gadis itu. "Tiada Airil bukan masalah aku . Masalah aku adalah hilang Ratu ." dia terdiam seketika . "Ratu adalah segalanya ." mereka saling berpelukan , membuatkan sesetengah pelajar yang melihat situasi mereka itu terikut sedih juga .
Ratu berjalan keluar dari pagar sekolah . Ayra melintasi jalan hendak ke gerai ice blended Pak Man . Dia melintas tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan . Tiba tiba , dia terasa dirinya ditolak oleh sesuatu tubuh . Bunyi tayar kereta berdesing ke dalam gegendang telinganya. Kereta di persekitaran itu membunyikan hon , rata rata pelajar dan ibu bapa berlari kearah situasi itu . Ayra terkaku . Dia terasa dirinya tertarik keatas dan menyedari Rai sedang menangis dihadapannya . "Airil weyh , Airil .." dia berpaling kebelakang , dan mendapati Airil terlentang di atas jalan . Kepalanya berdarah , seluar sekolahnya terkoyak dibelahan lutut . Izaac dan ahli kumpulan Wira yang lain mendampinginya , mengangkatnya ketepi jalan . Izaac membuka uniform sekolahnya , menekap uniform itu pada kepala Airil . Airil tidak sedarkan diri , calar balar memenuhi wajahnya . Ayra masih diam terkaku . Dia duduk disebelah Airil yang terlentang , membelai wajahnya . "Kau berlakon kan , Airil?" air mata mulai mengalir . "Cakapla , kau berlakon saja kan?" Ratu berlari kearahnya . "Airil!" Ayra memeluk Airil , meninggalkan satu ciuman diatas bibir . Mengharapkan Airil akan terjaga . Siren ambulans terngiang ngiang ditelinga masing masing . Ambulans itu diparkirkan ditempat kejadian , dan dua orang atendan keluar membawa pengangkut dan beberapa keperluan medikal . "Kami perlukan beberapa orang yang memang rapat dengan mangsa . Ada sesiapa ?" tanya salah seorang atendan tersebut . "Ayra , tolong pergi. Kau nak ajak sesiapa teman pun ikut suka kau la , tapi tolong pergi . Untuk Airil ." Izaac memohon . Ayra menggigit jari . Bahunya dipegang , Rai disebelah . "Aku boleh teman kau , kalau kau mahu ." kata Rai . Ayra mengangguk . Atendan itu mengajak Rai dan Ayra memasuki kenderaan tersebut . Mereka duduk dibelakang , diikuti Airil yang dibawa dengan katil pengangkut . Dia dipakaikan dengan topeng oksigen . Kepalanya yang berdarah itu ditekap dengan kapas medik. Pemandu ambulans itu memecut kenderaan secepat yang mungkin , siren juga dibunyikan untuk mengelak kesesakan jalan raya yang sibuk.
YOU ARE READING
Ratu dan Wira
Short StoryRatu dan wira adalah kumpulan idola di sekolah masing masing. Ada yang suka dengan kehadiran mereka , dan ada yang tidak . Personaliti masing-masing sangat berbeza . Pelbagai cerita dari mereka akan dibongkarkan. Mahu tahu? Bacalah! 👑✨