Kisah Hidup Rai Bhgn. 1

76 1 0
                                    

*Nada dering lagu remix hello 2015 . "Aduh , apa lagi ." Rai mengeluh sambil cepat cepat membilas tangannya yang berkrim . Dia mengangkat panggilan telefon itu , suara itu diamati perlahan - lahan . "Aku nak kau , Rai . Aku nak 'kita' . Yang dulunya bahagia , bukan yang derita macam sekarang ." kata suara itu . "Qal?" soal Rai . "Ya .. ini aku ." balas suara itu. Hati Rai berdegup laju . "Mana kekasih kesayangan kau Ain ?" suara Rai mulai menunjukkan emosi marah . "Dia putuskan aku." suara itu mengeluh . "Lepastu apa , cari aku ? Kau dah layan aku macam binatang , senang senang saja kau cari aku balik kan ? Pergi matilah !" Rai mematikan talian tersebut . Sejurus selepas itu , air mata mula berlinangan di wajahnya . Dia mengingati semula kejadian kejadian yang lepas .

"Qal Syafiq ." Rai memanggil lelaki kacukan cina itu , gembira . "Apa?" hairan . "Aku sayang kau !" satu ciuman singgah di pipi Qal . "Err.." Qal tidak mengendahkan sangat kasih sayang yang diberikan itu . Bahkan cuba untuk mengelakkannya . "Rai , aku .. aku sibuk ." Qal gagap . "Alaa , sekarang ke.." katanya , sedih . "Apapun , nanti aku kall kau . Ok? Bye!" Qal terus meninggalkan Rai . Rai mengendahkan perasaan kecewanya , lalu pergi mencari Ratu di tempat mereka selalu melepak .

Sesampainya di bumbung bangunan sekolah itu , kelihatan Ratu dan Wira ada bersama dengan pasangan masing masing , kecuali Izaac yang duduk menyepi diatas tebing . "Jangan duduk disitu , nanti jatuh !" Rai memarahi Izaac seraya berjalan menghampirinya . Dia juga sertai duduk di tebing itu . "Apa kau buat ni Rai ! Duduk bawah , nanti kau pula yang jatuh . Tadi bukan main larang aku ." Izaac meronta ronta menolak bahunya supaya dia turun dari tebing itu . "Biarlah , kau jatuh . Aku pun jatuh , ok?" sebaris gigi putih ditayangkan kepada lelaki yang risau itu . "Okay okay , aku turun ." Izaac turun dari tebing itu lantas membuka lengannya sedia untuk mendukung Rai turun sekali . Tiba - tiba Rai terpandang sesuatu di pintu pagar sekolah dari atas . Itu Qal ! "Dia sedang berciuman dengan Ain .." hatinya berbicara . Dia merasakan seperti ditikam dengan pisau banyak kali . Air matanya mengalir , namun dia cepat cepat mengelapkannya . Perlakuannya itu disedari oleh Izaac . "Rai , asal nangis ni" tatkala itu Ratu dan Wira terus menghampirinya. "Kau kenapa ni " Ayra bertanya , risau . Mata Rai makin lama makin merah menahan perit di dada . "Tak ada apa apa lah ." dia tersenyum . "Tiera mana?" tambahnya lagi , menukar topik mengharapkan ahli kumpulannya tidak tahu perkara sebenar . "Yalah.. mana Tiera ?" Umie liar mencari Tiera di ruangan terbuka bumbung tersebut . "Mari cari Tiera ."  Wan Aizry mengarah mereka . Mereka berpecah . Izaac dengan Rai , Airil dengan Ayra , Wan dengan Umie , manakala Rief seorang diri .

Di bilik musik , Tiera duduk sendirian . Bilik musik itu kepunyaan Rai . Pengetua sekolah memberikan bilik itu kepada Rai supaya Rai dapat menyiapkan tugasan tugasan dan perihal musik sekolah dengan baik . Rai adalah pencinta musik , dia dibesarkan untuk mengetahui jiwa dalaman dalam musik . Ibu bapanya menyokong minatnya dalam bidang itu . Di bilik itu , helaian helaian not disusun rapi didalam fail fail yang diletakkan pada almari . Terdapat 6 jenis gitar disandarkan pada dinding . Sebuah grand piano diletakkan ditengah tengah bilik .  Di hujung bilik tersebut , terdapat satu ruangan kecil sebagai studio nyanyian diikuti dengan panel panel pengubahsuaian lagu . Tiera menangis sendirian , dia duduk di kerusi tempat pemain piano . Dia menekan satu not ganjil , dan bunyi not itu memenuhi ruang yang sepi itu . Makin lama makin ligat jarinya menekan not yang menghasilkan irama yang entah apa apa . Dia menghempaskan penutup kekunci not itu sekuat hati . Dia berjalan menghampiri almari fail , dan menolaknya hingga terjatuh . Habis berterbangan helain helaian not yang direka oleh Rai itu . Dia juga menolak susunan gitar itu lalu semua gitar jatuh seperti susunan domino . Dia menyandar pada dinding , kakinya lemah membuatkan dirinya terjatuh perlahan perlahan . "Rai , kau cantik.  Kau sempurna , kau ada banyak bakat membuatkan kau istimewa dan menarik perhatian pelajar kat sini . Kau berhubungan dengan lelaki paling terkenal di sekolah ini . Kau adalah nyawa Ratu , penghidup kumpulan ini . Semua orang menyokong kewujudan kau , semua sayang kau sehingga melupakan aku . Masih tidak puas hatikah kau sampai perlu mendekati Izaac ? Izaac itu cinta pertama aku weyh , cinta pertama aku ! Sudah ada Qal masih perlukan Izaac juga kah ?! Kau suka rampas kebahagiaan aku Rai . Arh !" Tiera berteriak seorang diri dan menekan suaranya hingga terdengar sehingga ke luar . Pada masa yang sama Izaac dan Rai sedang berjalan di sekitar itu . Rai tersentak mendengar jeritan itu . Dia kenal suara itu , itu suara Tiera ! Tanpa berfikir apa apa , Rai berlari kearah suara itu . Izaac yang dari tadi memerhati sekeliling tergamam melihat ketiadaan Rai disisi. Dia memalingkan kepalanya kehadapan dan mendapati Rai sedang berlari kearah bilik musik . "Rai , tunggu !" dia ikut berlari mengejar Rai yang sudah 50 meter jauh darinya . "Tiera !" Rai menjerit sebelum membuka pintu bilik musik tersebut . Tiera yang dari tadi beremosi terkejut mendengar suara Rai disebalik pintu . Tiera cepat cepat menyembunyikan dirinya di sebalik ruangan studio Rai . "krikkk" pintu itu dibuka perlahan lahan oleh Rai . Dia meneroka bilik kerjanya yang bersepah habis bagai dipukul tsunami sebentar tadi . Dia mengutip helaian not yang bertaburan diatas lantai . Sepasang bunyi tapak kaki terhenti dibelakangnya membuatkan dia berpaling dan terlagakan bibirnya di bibir Izaac . "Ah maaf!" Izaac meminta maaf berulang kali manakala Rai hanya diam membisu apabila merasakan ciuman hangat bibir Izaac . Dia merasakan satu perasaan yang tidak pernah dirasa olehnya sebelum ini . "Rai?" Izaac mematikan lamunannya . "Its okay. I can get used to it." kata Rai sambil mengutip helaian helaian tersebut . "What did you just say ..." Izaac bertanya , hairan . Hatinya berdegup laju seakan akan dadanya akan meletup . Dia juga merasakan perasaan yang sama dirasai oleh Rai . Dalam sekelip mata , bibirnya dicium sekali lagi oleh Rai . Ciuman ini lama , Rai memejamkan matanya rapat . Izaac pula cuba membiasakan dirinya . Dia menarik pinggang Rai rapat kepangkuannya . Mereka mengamati ciuman tersebut sehingga kedua insan ini hilang pernafasan mnbuatkan ciuman itu berakhir . Adegan ini disaksikan tajam oleh Tiera . Dia menutup mulutnya , menahan kesakitan . Air mata berlinangan di pipi . Dia menahan esakkan yang dibunyikan oleh suaranya . "What we just did  .." Izaac bersuara , namun dihalang oleh Rai . "Cinta ." kata Rai membuatkan Izaac tersenyum . "Tapi macam mana dengan.." "Aku sudah putuskan hubungan dengannya . Aku sudah ada kau , Izaac Adam ." kata katanya dipotong sekali lagi oleh Rai . Izaac tersenyum . "28 Jun ." mereka saling berpelukan manakala Tiera sedang separuh mati melihat mereka berdua menyemai kasih sayang bersama sama .

"Kenapa lambat ?" Wan menyoal pasangan baru itu . Mereka berdua ketawa . Izaac melilit tangannya dikeliling pinggan Rai . "Aippp ! Rai , apa ni .." Ayra mengeluh sedih . "Tiada lagi namanya Qal Syafiq dalam hidup aku . Sekarang tersematnya nama Muhd Izaac Adam ." dia memeluk dada bidang Izaac . "Amboi amboi , untunglah . Tapi kenapa ?" Umie menyoal , hairan . "Panjang ceritanya ." kata Rai . Dia melepaskan pelukan itu dan memegang tangan Izaac . Dia tersenyum melihat gelagat Rai yang spontan itu . Tiera dari tadi dihujung meja kantin , menikmati juadahnya seorang diri . "Eh Tiera ! Tadi kau pergi mana , puas aku cari" kata Rai . Tiera mengabaikan kata kata Rai . Dia berbuat tidak tahu dan hanya mendiamkan diri . Sejurus selepas itu , Qal datang menarik Rai dari pangkuan Izaac . "Rai , datang sini !" Qal menarik lengannya . Izaac disebelah pula menarik lawan arah satu lagi lengan Rai . "Rai , ikut aku ! Buat apa kau duduk dengan lelaki ni !" Qal menegas. Namun tarikannya ditepis kuat oleh Rai membuat dirinya hampir terjatuh . Dia bengang dengan perlakuan Rai tersebut , lalu menampar pipi Rai sekuat hatinya . Ratu dan Wira tercengang melihat kejadian itu . Tanpa disedari semua pihak , Izaac dan Qal sedang bertumbuk di atas lantai . Wan , Rief dan Airil cuba memberhentikan pergaduhan tersebut . Takut takut kejadian ini disebarkan kepada pengetua sekolah . Rai pula sedang menahan pedih selepas ditampar Qal.  Pipinya sudahpun merah menyala bagaikan buah tomato . Ayra memeluk bahunya , mengulangi ayat yang diperkatakannya . "Kau kuat weyh ." Air mata berlinangan dimata setiap ahli ahli tersebut . Pergaduhan Izaac dan Qal terhenti apabila melihat pengetua sekolah Encik Ming dan guru pembantunya Puan Ling sedang menghampiri mereka . "Apa yang sedang berlaku ni?" kata Encik Ming , dalam loghat bahasa cinanya. Izaac dan Qal hanya menundukkan kepala , namun masing masing sedang menggenggam penumbuk menahan ketidak puasan hati. Puan Ling menginjakkan langkahnya kearah Ratu . Dia terlihat Rai sedang menahan sakit selepas merasakan cap mohor kepunyaan Qal. "Cikgu , saya akan membawa pelajar ini kebilik rawatan ." kata Puan Ling kepada Encik Ming , berbahasa cina . Rai dipimpin Puan Ling diikuti Ayra dan Umie . Tiera hanya diam membisu , mengukir satu senyuman yang masih tidak pudar .

"I don't understand why both of you should've done this situation eventhough you are siblings. Can't we settled this nicely ?" kata pengetua itu , tegas . Ya , Qal Syafiq dan Izaac Adam adalah adik beradik berbeza ibu . Mereka berdua adalah anak pengetua sekolah tersebut. Izaac adalah anak kepada isteri pertama Encik Ming , dan Qal pula adalah anak isteri kedua. Encik Ming adalah mualaf cina islam . Namanya yang sebenar adalah Syed Jefri Ming namun lebih dikenali dengan panggilan pelajar sekolahnya iaitu Encik Ming. Puan Ling pula adalah adiknya , selaku pembantu pengetua. "He started first." Qal mendengus.  Izaac memandang Qal tajam . Namun mengendahkan perasaan tersebut tatkala mereka berdua sedang menghadap ayahnya a.k.a "Pengetua Sekolah" mereka. Izaac sedang ligat memutarkan pen ditangan , kemahiran itu digunakan didalam setiap situasi seperti ini untuk menghilangkan tekanannya . Izaac dibesarkan dengan Anxiety ataupun tekanan stress yang tidak terkawal . Dia tidak dapat menahan kemarahan yang dihadapi . Namun dia sedang mencuba . Demi untuk tidak mematahkan hati ayahnya . "If he didn't slap Rai on the cheeks , I wouldn't dare to punch him on the face ." Izaac bersuara. Dia menghempaskan susunan cop sekolah ayahnya , lalu semuanya bertaburan diatas lantai . "Jangan kurang ajar boleh tak!" Qal menolak bahu Izaac . Izaac mengangkat penumbuk kirinya , namun pandangan matanya semakin kabur . Tidak lama selepas itu dia terasa dirinya bukan disituasi itu lagi .

Ratu dan Wira Where stories live. Discover now