Vanilla Strawberry Bhgn. 1

36 0 0
                                        

"Ayak tepung ini. Kemudian campurkan dengan adunan krim keju tadi ." Puan Marina menerangkan cara pembuatan kek keju vanila kepada Umie.  Gadis itu terpinga pinga mencari bahan bahan yang ibunya terangkan dari awal lagi .  Dia memang seorang yang gelabah apatah lagi bila cemas . Lalu , dia terpandang ke luar tingkap . Seekor burung sedang hinggap diatas dahan pokok belakang rumahnya . Kemudian, hinggap lagi seekor . Dia tersenyum melihat situasi itu . Dia merasai kedua ekor burung tersebut sedang dilamun cinta . dan dari situ , dia mulai teringat situasi dia dan Wan berpegang tangan ketika pulang sekolah semalam . Ini semua tidak dirancang , mereka juga bukanlah pasangan yang rasmi namun mereka adalah kawan baik sejak dulu lagi . Wan seorang yang tegas , raut wajahnya sentiasa serius dan tidak pernah memaparkan kegembiraan . Dia hanya senyum apabila bergambar , dan kembali kepada wajah "asalnya" sebaik sahaja sesi bergambar tamat . Dia mula mengenali Wan sewaktu di kem kepimpinan tahun yang lalu . Wan adalah peserta dari sekolah internasional Hernbridge . Namun ditukarkan ke sekolah Umie kerana mengalami krisis kewangan  . Wan bukanlah pandai berbahasa English , namun dia faham jika orang sekeliling sedang berinteraksi dengan apa yang diperkatakan mereka itu . Pertemuan pertama sangat memalukan , apabila kaki Umie terseliuh di kaki gunung ketika mendaki . Wan tidak beralih sebaliknya mendukung Umie dan meneruskan perjalanan sampai ke puncak . Umie tertidur tatkala Wan sedang menegurnya dengannya . Namun perkara itu tidak disedari oleh Wan , sehingga rakan rakannya yang lain menegurnya . Di kem , mereka dua sahajalah yang ada masalah berinteraksi . Wan dengan perangai ego-seriusnya , dan Umie dengan perangai pendiam-malu nya . Namun , mereka berdua cuba merapatkan diri . Cuba untuk mengenali sesama sendiri .

Umie berasa cemburu dengan hubungan Airil Ayra , dan juga Rai Izaac . Dia cuba untuk mewujudkan hubungan seperti itu dalam hidupnya , tapi apakan daya.  Masih belum ada yang datang mengatakan bahawa mereka menyukai Umie ini . Umie berasa sangsi. Wan? Sudah berpunya kah? Kenapa dia pegang tangan aku jika dia sudah berpunya ? Ah.  lupakan.  Dia patutnya fokus kehadapan , dan tidak memikirkan perihal percintaan ini . Lagipun impian untuk membuka kedai kek masih mekar didalam jiwanya . Umie ada bakat membuat kek , dan perisa Vanilla adalah kegemarannya . Dia ingin memberikan kek Vanilla kegemarannya kepada Wan, namun perasaan takut 'direject' menguasai diri .
Lamunannya dimatikan apabila kembar lelakinya masuk ke dapur , ditemani lagu lagu rock . Membuatkan dia hampir menjatuhkan adunan krim sebentar tadi . "Mengelamun saja kerja kau!" kata kembarnya itu . "Diam lah kau." Umie mengendahkan kata kata kembarnya itu , sebaliknya terus mengadun kesemua bahan bahan itu tadi . Nurul Umie Najlah dan Muhd Uwais Najmi adalah kembar berlainan jantina . Muka mereka hampir sama , namun perbezaannya adalah apabila Uwais memakai pendakap gigi . Uwais adalah adik , manakala Umie adalah kakak . Perbezaan umur; 2 minit ½ .
Perihal Wan , masih berlegar legar di mindanya.

Di sekolah , Umie berjalan menghampiri lokernya.  membuatkan dia ternampak Airil yang sedang ligat mencium bibir Ayra . Dia menutup mukanya dengan buku sains , namun dihalang oleh seseorang . "Wan." Umie tergamam . Wan mendekatkan wajahnya dengan Umie , membuatkan Umie tersandar pada pintu loker . Dia menghampiri bibir mugil kepunyaan Umie, dan.. "pap!" satu hempukkan kuat dari Umie mendarat diatas pipinya membuatkan semua pelajar memerhati mereka . Umie menghempuk wajah Wan dengan buku sains tersebut , dengan setebal 500 mukasurat itu . Wan memarahi Umie , "Kau dah kenapa , aku gurau jelah." Wan mengurut pipinya yang mulai merah menyala itu. "Gurau kau tak lawaklah!" Umie terus melarikan diri, meninggalkan Wan yang masih diperhati pelajar lain itu .

Umie memandang langit yang biru itu , menyalahkan dirinya dan mengadu pada sang pencipta . "Apa yang aku dah buat ni.." dia memeluk kakinya . Rasa bersalah menyelubungi dirinya . Tiba - tiba , hujan mulai turun dengan lebatnya . Namun , sebalik dibasahi hujan yang mendatang . Dirinya dilindungi oleh jaket kepunyaan Wan . "Aku takkan biarkan kau basah . Lagipun kau ahli Ratu , perlu dijaga seperti seorang ratu ." Kata lelaki yang sudahpun dilencuni air hujan yang sedang turun . "Wan.." Umie memeluk Wan . dan dari itu , mereka telahpun merasmikan hubungan mereka , dan lencunan bajulah saksi saksi detik itu .

Ratu dan Wira Where stories live. Discover now