Cerita Cinta Airil Dan Ayra Bhgn. 2

36 0 0
                                    

Airil dikejarkan ke bilik kecemasan . Ayra dan Rai diminta untuk tunggu diluar kawasan bilik kecemasan itu . Sepanjang jam mereka di ruangan menunggu , Ayra memeluk Rai sampai tertidur . Mereka berdua sangat risau akan keadaan Airil sekarang .

"Ayra.." suara seorang wanita memanggil dari arah pintu masuk . Ayra mengangkat mukanya , dan melihat ibu Airil sedang melihatnya penuh risau . "Bagaimana dengan Airil?" soalnya, cemas. Ayra menggigit bibirnya , dia berasa bersalah atas kemalangan yang menimpa Airil . "Ayra minta maaf , makcik." Ayra memeluk Puan Sherlin dengan hampanya . Pelukan itu dibalas , namun semakin lama semakin lemah . Rai dan juga suami Puan Sherlin hanya menunduk , terikut sedih mendengar berita Airil .

Selepas dua jam menunggu , akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan itu . Ibubapa Airil , Ayra dan Rai terus bangkit berdiri , sedia mendengar berita dari doktor tersebut .

"buat masa sekarang , keadaannya masih stabil dan terkawal . kita lihat bagaimana proses pemulihannya nanti ." lalu doktor itu berlalu pergi .

Puan Sherlin memeluk suaminya . "Mari pulang. Nanti kita datang tengok Airil ya?" tanya suaminya itu . Puan Sherlin hanya mengangguk lemah , dan terus mengatur langkah keluar dari bangunan hospital tersebut.

Ayra dan Rai sedang berehat di kafeteria . Rai mendulang secawan air coklat panas dan secawan kopi hazel . "Nah ." Rai menghulurkan air coklat panas itu . Ayra memegang cawan itu , lalu menjerit . "Ah! Panas!" sambil meniup jari jemarinya. "Kau ni dah kenapa ? Memangla panas kalau dah berasap macam tu . " Rai mendengus dalam keadaan berbisik . Agak malu dengan situasi tadi, mereka berdua hanya menikmati air masing masing dalam keadaan yang sungguh sepi . Tiba - tiba, telefon Rai berbunyi . Mewujudkan suasana semula . "Ya sayang , beby kat hospital sekarang . Eh? Kenapa pula? Oh . Em , takpala. Beby balik dengan Ayra oke? Oke sayang , thankyou.  Bye loveyou ." panggilan ditamatkan . "Cakap tu lainkali pelan pelan la sikit , malu la aku nanti ." kali ini giliran Ayra pula yang mendengus . Rai menggigit bibir , meminta maaf . "Izaac suruh balik ke rumah Ratu . Wira sedang adakan mesyuarat ." kata Rai. "Sekarang ? Erm." Ayra memandang bawah . Badannya masih lemah tatkala dia masih belum dapat menjenguk Airil yang sedang terlantar sakit . "Jom jela. Malam nanti kita datang jenguk dia oke? Lagipun kita tunggu sekarang , doktor belum bagi kita jenguk dia lagi . Maybe , 2-3 hours more . Maybe ?" Rai memujuk.  Ayra hanya mengangguk dan melilit tangannya di bahu Rai.  "Bimbing aku beb, aku lemah." Suara Ayra seakan akan meronta meminta pertolongan . "I will." dibalas pendek, lalu beredar keluar dari kafeteria .

Sesampainya dihadapan pintu kondominium Ratu , Rai menekan loceng rumah . Pintu dibuka oleh Tiera . Dia hanya berdiam diri , lalu membuka pintu pagar dan mengalukan kedatangan mereka berdua . Dari jauh , Izaac ternampak Rai . Lalu dia datang sambil membuka luas dada bidangnya . "Beby!" Lalu , ditampar kuat oleh Rai . "Beby 😭 Asal tampar sayang ni" dia berbuat buat kesakitan . "Janganla tayang manja tu kat sini , seriusla sikit sayang ." Rai mendengus lalu melemparkan diri ke sofa empuk yang selalu dia lepak diatasnya . Ayra hanya berjalan , lemah . Menuju ke beanbag disebelah Umie . "Hah , ada apa?" Rai bertanya sambil membetulkan kedudukannya tatkala Izaac mahu duduk disebelahnya . "Sesuatu yang perlu dibincangkan." Wan bersuara , sambil ligat bermain jari Umie . "Apa" balas pendek dari Ayra . "Ratu ditubuhkan selepas 2 bulan Wira ditubuhkan . Pasukan kita berdua sangat top tahun lepas , mahupun tahun ini . Penggerak Ratu adalah Ayra , dan penggerak Wira adalah Airil . Penggerak adalah ketua.  Tapi situasi sekarang , melibatkan Airil yang sedang terlantar sakit . Soalannya , siapa yang akan menggantikan tempat .." sebelum sempat menghabiskan kata kata itu. Suara Ayra berdesing ke seluruh ruang . "Tiada siapa akan menggantikan tempat Airil! Airil akan selamat , dan sihat seperti sediakala! So, korang kumpulkan semua orang ni sebab nak cakap tentang jawatan la? Bukan sebab sesuatu yang penting or something? Come on guys.  today is Airil's birthday , dan harini dugaan datang menimpanya . Faham lah keadaan sama , jangan ikut kepala sendiri !" Ayra melepaskan kemarahannya . "Kau kena fikir sikit , dia kena langgar pun sebab kau ." Wan menjeling ke arah bertentangan Ayra . Dan dari itu , wajah Ayra menjadi pucat dan lemah . Matanya mulai basah disiram air mata yang deras mengalir keluar dari matanya . "Salah aku , kan?" Ayra bangkit , dan menuju ke bilik hujung yang berdekatan dengan verandah rumah . Dia menghempaskan pintu bilik , dan semuanya hanya terdiam . "Bagus perbicaraan kau Wan. Sangat bagus." Rai menepuk tangan , memaparkan sebaris gigi yang bersinar sinar yang tiada ikhlas . dan bergerak ke biliknya yang berhadapan dengan bilik Ayra .

"Ayra , bangunlah. Aku sentiasa disisi kau. Maafkan aku." suara Airil berbisik ditelinganya . "Airil?!" Ayra terjaga . Silingnya hitam , dan dia terpandang ke luar  tingkap . "Dah malam. Lamanya aku tidur." dia mengikat rambut paras bahunya menjadi high ponytail . Dia menuju ke suis lampu , dan menekan suis itu agar lampu biliknya menyala.  Dia berlegar legar sekitar biliknya , memandang potret dan gambar gambar airil bersamanya yang digantung pada dinding . Dia mengambil masa menghayati kenangan kenangan itu . Dia berjalan ke pintu bilik , dan menjenguk ke luar pintu . Ruang tamu itu kosong . Namun, pintu bilik berhadapannya dibuka perlahan - lahan. "Ayra?" Rai cuba memastikan . dia berjalan menghampiri Ayra.  "Ini Izaac." Ayra cuba berselindung. "Hey , aku tahu itu kau lah . Semenjak bila Izaac bertukar jadi perempuan ni?" ada sedikit tawa disebalik suara Rai . "Semenjak tadi ." Ayra terus membuka pintu seluas luasnya , dan memaparkan pakaian tidurnya itu. "Amboi, awal kau tidur." Rai memerli . Ayra pula menjelir lidah kearah Rai . Malu agaknya . "Hah , tak mahu pergi melawat Airil kah?" Rai bertanya. Ayra terdiam perbuatannya sebentar tadi . Dia menghempaskan pintu biliknya , "what the fish.." Rai mulai marah . dan dalam masa 10 saat.  Dia membukanya semula , dan memaparkan cardigan yang digayakan . Dia juga memegang telefon dan beg duitnya ditangan. "Cepat gila sia" Rai tergamam . "Dey , cepatla . Airil ." Ayra menarik tangan Rai dan terus ke hospital dimana Airil ditempatkan .

"Bilik 301 ya ." kata jururawat di kaunter permohonan melawat itu . Hati Ayra berdebar tatkala rasa bersalah menyelubungi dirinya . Mereka berdua jalan menghampiri pintu bilik . Ayra memegang tombol pintu , dan terkaku . "Its gonna be okay , trust me ." Rai menepuk bahu Ayra . Ayra menghembus nafas , dan terus membuka pintu bilik itu . dan sekali lagi , Ayra terkaku . kali ini , badannya turut bergetar dan bulu romanya menegak tinggi . Rai menutup mulut . Mereka berdua memang terkejut melihat keadaan Airil . Wayar saja diatas katil , kepala Airil dibalut kemas dengan kain bandage.  Lehernya dipasang dengan soft brace , oxygen mask juga dipakaikan . Tangan dan kakinya dibalut , dan calar balar memenuhi wajahnya . Ruang bilik itu dipenuhi dengan degupan jantung Airil .  Ayra berjalan perlahan lahan lalu duduk disebelah katil Airil . Dia membelai wajah Airil , dan mencium dahinya . "Semoga cepat sembuh , sayang." Airil mula teresak esak . Rai pula hanya merenung keluar tingkap , entah apa yang sedang difikirkan olehnya . "Kita bermalam disini ." kata Rai , Ayra mengangguk .

Pagi keesokannya , mata Airil berkelip kelip . Pandangannya berpinar dengan hitam dan rupa ruang biliknya. Dia memejamkan matanya , lama . dan membukanya semula . Hatinya terdetik melihat belon belon digantung sekitar ruangan biliknya , dan belon yang bertulis "Happy Belated 16th Birthday" dilekatkan didinding hadapannya . Dia menoleh kepalanya ke kiri, dan mendapati Ayra sedang duduk tidur nyenyak disebelahnya . Rai pula sedang tidur disofa dibahagian belakang . Dia menggerakkan tangannya , dan mengusap rambut Ayra . Tangannya terasa berat tatkala penuh lekatan bandage dan tiub air memenuhi tangan. "Ayra.." suaranya serak basah memanggil nama gadis itu . Ayra menguap , dan mengangkat wajahnya melihat Airil . Matanya terus terbuka luas tatkala melihat Airil sedang melihatnya . "Sayang!" Ayra memeluk Airil . Jeritannya itu mengejutkan Rai yang masih lagi tertidur . Dia menggosok matanya . Dan menghampiri Ayra . "Alhamdulillah . Kau dah sedar ." Airil hanya tersenyum. Sejurus selepas itu , senyumannya pudar.  "Kenapa ni sayang?" Ayra mulai cemas . "Kaki .. kaki aku .." Airil mula menangis.  "..takboleh bergerak.."

Ratu dan Wira Where stories live. Discover now