"HAI Sya!"
"eh.. Err, Anas kan"
"ye. Saya la"
"ha, tak balik lagi? Duk buat apa lama-lama kat sekolah ni?"
"eleh. Cakap orang. Awak tu? Buat apa lama-lama?"
Lembut hati perempuan di hadapan Anas Muzzakir itu.sya la perempuan tu. Hadoi yai
"ada la kerja sikit nak buat. Tu hat tak balik lagi tu" fail-fail
Sebelahnya disusun rapi.petang itu redup sahaja. Angin sepoi-sepoi menampar mereka di taman sains ketika itu"so,nak saya tolong tak? Boleh la cepat sikit awak balik.lagi pun bahaya lama-lama kat sekolah. Seorang pulak tu"
"Anas, hang tak payah la nak ambik berat sangat. Aku okey. Aku dah biasa sebenaqnya"
"owh. Saya tak tahu. Hehehe. Em, jadi saya boleh buat apa je ni?"
"entah la. Hang tak mau balik ka? Tak silap aku, abang hang balik dah kan. Naik kereta lagi. Awat hang tak mau ikut"
"sebab saya nak berdating dengan awak la" Anas bersuara dengan nada gurau
"elok-elok la. Awatnya lagu tu jawab"
"okey. Sebenarnya saya tak duduk sekali dengan abang saya. Dia duduk dengan papa.saya duduk dengan mama saya"
"pulak dah. Apa masalahnya"
"ada la. Awak tak payah la tahu Sya. So, awak macam mana? Mesti best kan. Keluarga awak mesti bahagia. Tak macam keluarga saya"
"keluarga aku? Huh" Sya tersenyum sinis
"jawab salam kalau family aku ni normal macam orang lain weyh! Aku rasa aku punya keluarga lagi teruk kut"
Tiba-tiba suasana krik krik. Bahaya sungguh masa ni noh
"hahahahaha. Tak payah la jugak sembang pasai keluarga aku ni. Besa-besa ja" Sya menyeka matanya yang mula berair
"look.sorry okey. Saya buat awak sedih. Saya tak berniat Sya"
"Tak da pa lah. Aku okey ja. Cuma.. Kadang-kadang aku selalu pendam ja. Tiba-tiba ja aku lepas kat orang. Tu hat berayaq mata"
"hemm. Mungkin satu Hari Allah berikan kita kebahagiaan. Kann. Siapa tahu"
"Aamiin. Suatu hari nanti"
Sya memandang lama muka Anas
"you know what. Aku tertanya-tanya satu perkara la kan. Awat hang ni macam baik sangat. Tak macam abang hang"
"mana ada. Sama je. Abang saya dengan saya ni tak ada bezanya"
"ada la. Hang baik . Abang hang tu... Huh -_-#"
"saya tak tahu sangat pasal abang saya ni. Saya tak nak la pulak nanti kalau ada apa yang tak betul jatuh fitnah kan"
"iya la. Err. Jom balik la. Dah lewat ni"
-------****------
"HAA! Nas, kenapa muka macam ayam berak kapur ni?"
"Ibu. Duduk la dulu" kerusi disebelahnya ditepuk tanda menyuruh Rina duduk
"macam mana first day? Okey?"
"okey ibu. Tapi..."
"tapi apa nas? Ibu tak ada duit dah nak tukar-tukar"
"Ibu , Anas tak minta pun ibu hantarkan Anas dekat sekolah swasta macam tu. Lagi pun.. Err.. Ibu tak bagi tahu Anas pun yang abang Sharnaz pun ada kat situ"
"sengaja ibu tak bagi tahu . Kenapa? Anas tak suka ke?"
"Anas orang yang paling bahagia ibu. Anas rindukan abang"
"kenapa tak balik dengan Sharnaz?"
"entah la ibu. Dia tegur Anas pun tidak"
"sabar la Anas. Dugaan kan"
"ouh ye. Sebelum Anas lupa. Anas dapat jadi penolong pengawas. Mula-mula tu rasa tak nak. Sebab , ye la. Kan Anas budak baru. Then sebab nama papa ada. Cikgu cakap cikgu nak Anas jadi penolong "
Terdiam Rina mendengar anak bongsunya menyebut perihal bapanya. Kesian pula pada Anas. Kerana dirinya, Anas tidak pernah melihat wajah bapanya sendiri. Apatah lagi mahu bersua. Kenangan lama pula merunsingkan lagi fikirannya. Menyesal juga menerima cadangan bekas suaminya itu. Satu-satunya masalah, bimbang hati andai bekas suaminya turut mengambil Anas dari dirinya. Bagi Rina, Anas sahaja buah hati dirinya. Tempat meluah rasa sedih,gembira, apa-apa jua perasaan. Anas anak yang baik. Setiap hari-harinya, menjadi lebih bermakna apabila Anas ada. Dirinya memang tiada sesiapa. Dibuang keluarga, dibuang suami hanya sekadar satu tuduhan tanpa usul periksa
"ibu, Kenapa ibu ni? Menangis pulak? Anas ada cakap benda salah ke?"
"eh. Mana ada. Ibu tak kelipkan mata lama la tu. Tu yang air mata keluar. Anas pandai -pandai cakap ibu nangis ni kenapa?"
"iye la tu ibu. Walau apa pun terjadi, Anas tak nak ibu jatuhkan air mata kerana kesilapan Anas. Setitik air mata ibu tu boleh buat Anas ke neraka, ibu. Anas nak ke syurga dengan ibu"
"ye la Anas. Anas anak yang baik" Rina memeluk bahu Anas. Tersentuh hiba hati ibu Rina mendengar kata anaknya
"doakan Anas ke syurga ye ibu"
Rina merenung wajah Anas yang sudah memejam mata di bahu nya. Pelik . Anas tidak pernah begini. Mungkin penat kut. Siapa tahu
YOU ARE READING
Abang Pengawas!Mr Garang Aku!?
Fiksi Remajasiapa nak kena masuk bilik disiplin setiap hari kan. tapi minah ni selamber je! ye la. sebelum ni kan sekolah swasta. nak buat apa pun tak ada siapa kacau. dia punya gangster, Ya Allah! tapi yang herannya, memang dia ni langsung tak kena apa-apa...