☾ DESTINY ❉ 2☽

105 8 5
                                    

"Bye,jumpa minggu depan,"Ucap Yamaguchi sebelum menuruni tren.Mizuki hanya tersenyum dan melambai-lambai kearah Yamaguchi.Gou hanya menganggukkan kepalanya.Mizuki mengalihkan perhatian dia daripada Yamaguchi sebaik pintu tren ditutup.Gou mengambil duduk di salah satu tempat duduk tren yang kosong,sebelum Mizuki mengambil duduknya di sebelah dia.Latihan hari ini diakhiri lebih lambat dari kebiasaan namun Kazua langsung tidak muncul.Mereka terus berlatih tanpa Kazua.Dia berharap bahawa Kazua tidak dapat hadir kerana dia mempungai hal penting dan bukannya berdating dengan Azu.Gou bangkit sebaik tren tersebut menghampiri stesen rumah dia.Dia mengusap rambut Mizuki.


"Jaga diri balik nanti,"Nasihat Gou.Mizuki hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.


Mizuki menghela nafas berat dan melentokkan kepalanya pada tingkap tren tersebut.Pemandangan gelap di luar tidak langsung menarik perhatian dia.Melihat refleksi wajah dia yang membosankan serta suasana sunyi di dalam tren yang hanya kedengaran bunyi tren mengusuri landasan tren.Perlahan-lahan otak dia mula menambah beban pada kelopak mata dia,menyebabkan dia terlena seketika.


"Mizuki,"


Dia terjaga daripada mimpi dia.Mizuki mengangkat wajahnya sebelum melihat sekeliling dia.Tren tersebut hampir kosong kecuali dia,dan beberapa pekerja pejabat yang sedang membaca buku.Buat seketika dia terdengar suara seseorang memanggil nama dia tapi siapa?Dia melihat satu persatu wajah orang di tren tersebut namun tiada satu pun wajah tersebut dikenalinya.Mungkin ianya hanyalah mimpi atau imaginasi dia.Namun suara tersebut kedengaran seperti suara arwah Kazuo.Tapi tak mungkinlah.Mungkin dia hanya berhalusinasi.


"Gojosha arigatō gozaimasu, makotoni arigatou gozaimasu,Tsugi wa Shinagawa Shinagawa o-Deguchi wa Migi gawa desu.Tsugi wa,Shinagawa.Shuuten desu,"


Bosan,Mizuki mengeluarkan mp3 dan headphone dia sebelum memakainya dan memainkan lagu yang kebanyakannya merupakan kolaborasi kumpulan band mereka.Mata Mizuki meliar memandang cermin di pintu tren tersebut.Lampu memantulkan suasana yang berlaku di belakang Mizuki,membolehkan Mizuki nampak apa yang sedang mereka lakukan.Tren tersebut melalui lorong gelap,menampakkan lagi jelas pantulan suasana yang berlaku di belakang dia.


"Mizuki,"


Mizuki mengangkat wajahnya secara refeks melihat pantulan pada cermin pintu tren tersebut.Dia hampir terlupa bahawa dia sedang mendengar lagu sebelum dia sedar bahawa suara tersebut didengari di dalam kepada dia.Namun apa yang dilihatnya mengejutkan dia.Mata Mizuki terbeliak apabila dia ternampak wajah arwah Kazuo di pantulan tersebut di belakang dia.Wajahnya kelihatan bersinar,seakan-akan berkuasa,malah dia kelihatan amat sihat dan bertenaga,dan dia dapat berdiri dengan kedua-dua belah kakinya?Mizuki menoleh sebaik tren tersebut melepasi lorong hitam.Namun tiada kelibat arwah Kazuo di dalam tren tersebut.Mizuki berasa pening buat seketika.Mungkin ianya hanyalah halusinasi mindanya.Mizuki mengambil duduk semula sebelum menutup matanya lalu membisik kepada dirinya ayat-ayat tertentu yang mampu membantu dia daripada mengalami panic attack.Perlahan-lahan dia mula berjaya mengawal diri dan emosi sebelum panic attack tersebut melanda.Suara pengendali tren memecah kesunyian tren tersebut untuk membuat pengemunan.


"Deguchi wa, hidari gawa desu,"


Para penumpang mula bergerak kearah pintu yang terbuka.Ketika dia turun daripada tren tersebut,telefon dia bergetar menandakan sebuah pesanan sms telah dihantar kepada dia.

The Lunar Chronicles 1 - ☾ DESTINY ☽Where stories live. Discover now