☾ DESTINY ❉ 1☽

121 7 2
                                    

6 tahun kemudian,Mizuki ( 15 -16 tahun,tahun 1/10th grade sekolah tinggi )


Winter

Musim sejuk mula melanda setelah setiap satu pokok menggugurkan setiap satu daun di dahan,meninggalkan sedikit daun kering tergantung layu di dahan.Suhu meningkat,untuk memberi keizinan kepada salju menangisi air mata salji yang mengalir seperti hujan.Memberi senyuman pada mereka yang mengharapkan keseronokan,membawa kesuraman kepada mereka yang dilanda masalah.



Sementara itu,Mizuki berlari melusuri kumpukan manusia yang berpusu-pusu menuju ke destinasi sendiri.Beg gig bass yang disandangnya menghentam belakang Mizuki setiap kali dia berhenti secara mengejut sebelum kembali berlari.Namun dia kerap hampir terlanggar seseorang.Kazua pasti akan membebel lagi sekiranya dia terlambat. Mizuki tersenyum,apabila memikirkan perkara tersebut.Kazua dan dia merupakan sahabat karib sejak kecil lagi.Kazua mempungai seorang kembar,Kazuo yang dilahirkan dengan badan yang lemah.Dia sering jatuh sakit jadi mereka sentiasa melawat Kazuo di hospital.Lama-kelamaan,Kazuo semakin tenat,jadi keluarga Kazuo bercadang untuk memindahkan Kazuo ke rumah mereka supaya senang diawasi.Miyuki,Grace dan Yukio serta Kazua sentiasa meluangkan masa di blik Kazuo,serta bermain bersama.Namun suatu hari kemudian,Kazuo disahkan menghadapi penyakit ganjil yang menyebabkan dia cepat penat.Tidak berapa lama kemudian,dia menghebuskan nafasnya yang terakhir,di dalam dakapan Mizuki diperhatikan Grace,Kazua serta Yukio.



Mizuki tidak sedikit pun menumpahkan air mata.Dia terlalu terkejut untuk menangisi sahabat karib dia.Dada Mizuki menjadi sebak sebaik dia mengenangkan janji serta luahan Kazuo yang tidak tertunai.Ibu Kazua serta Kazuo telah memberi dia sebuah buku yang tercatat luahan Kazuo kepada Mizuki.Ternyata buku tersebut merupakan sebuah diary milik arwah Kazuo yang ingin Kazuo hadiahkan kepadanya.Namun Mizuki tidak mempungai hati untuk membaca diary tersebut.Sehingga kini dia tidak pernah membuka serta membacanya.Entah mengapa dia bercadang untuk menunggu masa yang dirasakan sesuai.Namun tahun demi tahun berlalu dan dia masih belum membaca diary tersebut.



Mizuki memperlahankan langkah dia untuk menenangkan hati dia yang mula menanggalkan luka lama.Dia tidak ingin melihat orang yang dia cintai meninggalkan dia lagi.Dia tidak pasti dia mampu menerima hakikat sebegitu lagi.Mizuki menghembuskan nafas yang panjang sebelum menyorak langkah ke destinasi yang perlu ditujunya.Minda dia masih giat memikirkan kisah kematian keluarga dia serta Kazuo sehingga tanpa sedar dia terlanggar seseorang.Dia hampir terjatuh jika bukan disebabkan orang tersebut menyambut dia sebelum menarik dia rapat ke dakapan dia.



Hati Mizuki berdegup kencang,mata dia terpinga-pinga,otak dia giat memikirkan apa yang telah berlaku.Perlahan-lahan dia mendongak untuk melihat wajah orang yang telah menyelamatkan dia.Perkara pertama yang menarik perhatian Mizuki ialah mata orang tersebut yang berwarna unggu bak permata amethyst.Kulit putih dia kemerahan disebabkan cuaca sejuk.



"Awak tak apa-apa?"Soal lelaki tersebut.



"Eh?Ah?A . . .ya,saya tak apa-apa.Terima Kasih,"Balas Mizuki.



"Sama-sama,"Lelaki tersebut tersenyum lembut dan suam seperti sang mentari di sebalik awan sebelum melepaskan Mizuki setelah dia membetulkan pendirian dia.

The Lunar Chronicles 1 - ☾ DESTINY ☽Where stories live. Discover now