"Laporan,"
"Suspek diculik,dua lelaki,seorang perempuan,kereta hitam menuju ke sebuah gudang lama,"
"Terus perhatikan mereka,jangan terlepas pandang,"
"Baik,"
call ended
* * *
Mizuki membuka matanya.Pemandangan matanya amat gelap,jantung dia berdebar-debar dengan begitu laju menyebabkan dia tidak mampu bernafas dengan senang.Dia cuba menggerakkan tangannya namun medapati tangannya diikat ketat manakala kakinya diikat pada kaki kerusi bagi mengelakkan dia melarikan diri.Keadaan sekeliling kedengaran amat sunyi dan Mizuki tertanya-tanya sama ada dia ditinggalkan keseorangan di dalam gudang usang. Namun pendengaran dia dapat menangkap sayup-sayup suara orang bercakap.Dia tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekelilingnya namun kedinginan malam kuat mengcengkam tubuh dia yang tidak memakai pakaian yang secukupnya untuk melindungi tubuh dia daripada kedinginan malam yang tiada belas kasihannya.Mizuki melepaskan sebuah keluhan.
Kenapalah nasib aku begitu malang , bisik Mizuki.
Mata Mizuki terasa perit seperti dicucuk jarum sebelum air mata jernih mula membuat kemunculan. Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir namun air matanya telah bergenang penuh memenuji ruang takungan di kelopak matanya,semakin lama dia cuba menahan,semakin berat matanya manahan takungan air mata tersebut.Mizuki menarik nafas yang dalam,menarik sekali titisan berair yang hampir membuat kemunculan menjijikkan. Takungan air mata tersebut akhirnya terlerai seperti rantai mutiara yang terlerai,satu persau mutiara kecil mula mengalir dan membasahi pipinya.
Bisikan negatif mengetuk pintu mindanya yang sedang menyorok pemikirannya yang bercelaru dan gelap,segelap malam tanpa setitis pun kehadiran cahaya.Beberapa suara yang tidak dikenalinya mula membisik di telinganya.
Lepaskan. Set it free ! Let me take control and I'll end your suffering ,kuasa yang telah lama terpendam di dalam diri kamu akan mengubah semua nasib buruk kamu. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah memberi tiket kepada dia untuk menyusul masuk dan bermesra dengan apa yang disembunyikan di sebalik pintu besi tersebut. Anda akan menjadi lebih hebat daripada mereka. Buka hati anda dan lepaskan semuanya.Lepaskan semua kuasa anda yang terpendam....
YOU ARE READING
The Lunar Chronicles 1 - ☾ DESTINY ☽
FantasíaON HOLD- ☾ DESTINY ☽ merupakan buku pertama di antara siri Lunar Chronicle. Destiny : Mengisahkan tentang kehidupan Uryuu Mizuki,seorang gadis biasa yang tidak menyedari bahawa dia mempungai darah suku pari-pari di dalam diri dia.Apabila Mi...