Prolog 2

198 13 0
                                    



Kuala Lumpur.

Tiga tahun selepas itu.

Sekujur tubuh seorang lelaki telah ditemui di tengah-tengah ruang tamu dengan keadaan mengerikan sekali. Mangsa didapati mengalami pendarahan dalaman. Yang mana pembuluh darahnya telah pecah. Wajahnya sudah menjadi pucat. Bibirnya juga menjadi hitam. Mayatnya juga telah mula mereput dan membusuk, ulat-ulat sampah sudah mula menjamah tubuh lelaki tersebut. Bermain-main keluar mengikut lubang yang ditebuk mereka.

Hasil penelitian awal Laila Hashim, seorang anggota polis berpangkat tinggi dia mengklasifikasikan bahawa si mati telah membunuh diri dengan menyuntik racun untuk mencabut nyawanya.Tetapi itu hanya takulan awalnya sahaja. Memandangkan masih perlu dirujuk dengan jabatan forensik untuk mengetahui bahawa adakah terdapat motif pembunuhan, memandangkan boleh sahaja pembunuh membuat pembunuhan ini menjadi seperti kes bunuh diri.

Apa yang menyebabkan lelaki ini membunuh diri? Dia mencangkung sambil meneliti jari jemari yang merengkot menyentuh tubuh. Kelihatan di lantai terdapat picagari yang telah digunakan oleh si mati. Semasa mereka ke mari juga pintu terkunci. Gril besi juga bermangga dari dalam. Selain itu juga tiada kesan-kesan perbalahan, segala di dalam rumah ini kelihatan teratur, malah tiada juga kesan dirompak. Duit, kad bank semua ada di dalam dompetnya. Dia melihat ke bawah flat melalui beranda. 13 tingkat. Kalau ini kes pembunuhan mustahil untuk sesiapa melarikan diri melalui beranda ini.

Temu bual dengan jiran, mereka sudah mengesan bau busuk semenjak dua hari yang lalu lagi. Tidak pernah nampak sesiapa pun yang mengunjungi si mati sebelum itu. Si mati juga tak pernah membawa kawan ke rumah selama hidupnya.

Aneh. Itula bermain dalam benaknya saat dia melihat keadaan mayat ini dengan lebih lama. Kenapa memilih untuk mati di tengah laluan ke ruang tamu ini? Kenapa tak memilih untuk mati di tempat tidur? Dia tidak dapat menebak apa yang difikirkan oleh si mati.

Segalapersoalan bermain di benaknya. Semuanya ingin merumuskan bahawa tiada yanganeh. Lelaki ini hanya membunuh diri. Namun begitu entah kenapa gerak hatinyamengatakan ini bukan kes bunuh diri.Jika benarlah dia dibunuh, pembunuhnyaadalah orang yang sangat licik .   

ResahWhere stories live. Discover now