Bab 6

173 13 1
                                    


Pintu bilik pejabat Laila Hashim diketuk, pintunya tak bertutup tapi sengaja Harun Asmadi mengetuk untuk menarik perhatian polis wanita itu yang tampak sibuk meneliti fail di tangannya. Pandangan Laila dikalih ke arah Harun. Harun yang juga merupakan polis di unit yang sama dengannya.

"Got a minute?" tanya Harun.

"Kenapa?"

Harun menyerahkan satu fail berwarna coklat kepada Laila. "Ni, mungkin kau berminat nak tengok."

Laila mengambil dan membelek-belek isi dalamnya. "Ini.."

"Sama kes macam Arif kan?"

"Pendarahan dalaman. Overdose heparin. Mangsa takda penyakit jantung. Hasil siasatan kami jumpa picagari di tangan mangsa. Dibuat seperti membunuh diri. Kesan cap jari pula hanya terdapat cap jarinya sahaja di picagari."

"Kau rasa yang ini kes yang sama?" Laila mengoyangkan fail ditangannya.

"Ya, aku rasa mungkin ada kaitan dengan kes Arif dan aku nak cakap lagi satu mengejutkan kau." Harun mengambil nafas seketika. "...setakat ini dah lebih lima orang yang mati disuntik heparin."

Detektif Laila Hashim sedikit bangun daripada kerusinya. Kelihatan terkejut dengan berita yang di dengarnya. Kalau jumlahnya sebanyak itu kenapa dia tak mendengarnya?

"Kenapa aku baru tahu?"

"Well sebenarnya, awalnya mereka anggap kes bunuh diri. Tapi selepas diselidik rupanya ia menimbulkan keraguan."

"Dan mereka ada kaitan dengan tak dengan Arif, atau Jamadi?"

"Maaf, mangsa-mangsa yang dibunuh adalah terlalu rambang. Kebanyakannya pelacur. Mungkin si Arif merupakan pelanggan sebelum ini. Jadi aku rasalah, Arif dan Jamadi ni dua kes yang berbeza."

"atau mungkin pembunuhnya sengaja membunuh secara rambang. Untuk membawa kita lari dari motif sebenar. Hendak menipu pihak polis dengan menunjukkan bahawa kematian Arif dan Jamadi, tak ada link." Laila mengatakan teorinya. Dia hampir ketawa, kerana si penjenayah ini pasti tak duga bahawa pihak polis juga sudah menghidu cara kerjanya, hampir tahu motifnya juga. Malah dia rasa si penjenayah sedang cuba menutup satu rahsia. Arif dan Jamadi. Dua mangsa itu pasti tahu sesuatu.

"Laila please. Jangan paranoid sangat. Dua kes ini berlaku di dua tempat yang berbeza. Kl dan Kedah. Kaedah kematian juga berbeza antara duanya. Kenapa kau boleh samakan? Mana kredibiliti kau selaku polis berpengalaman?"

"Tapi nota ugutan tuh?"

"Kita tak ada bukti jelas nak mengaitkan keduanya. Apa yang pasti ialah kita kena menangkap si pembunuh heparin ini terlebih dahulu. Kemudian barulah kita tahu apakah teori kau benar atau tidak."

"Kau rasa dia akan membunuh lagi?" tanya Laila.

Seram sejuk Harun bila memikirkan yang sebenarnya mereka sedang uruskan kes pembunuh bersiri. Benda ini kalau media tahu, pasti akan kecoh. Jika itu berlaku, penjenayah akan jadi lebih berhati-hati. Pihak polis juga akan jadi lebih sukar untuk menangkapnya.

Detektif Laila Hashim tetap dengan teorinya. Tempoh hari, pihak polis menemukan cebisan kertas yang dibakar di luar rumah Jamadi. Dari cebisan itu tertera perkataan yang tidak lengkap seperti 'AK ALAM, dan IRAH'. Ini samalah dengan dua keping nota yang dijumpai di bawah katil Arif. Yang bertulis AKU TAHU-PUNCAK ALAM.

***

Di dalam train, Nuar memeluk tubuhnya dengan beg. Tidak banyak orang dalam train ketika itu. Ada dua tiga orang melihatnya dari jauh dengan pelik. Kepala Nuar menunduk. Dia tak suka orang melihatnya begitu. Dia rasa terancam. Dia takut. Dia takut dia akan dibunuh. Apabila sampai stesen yang hendak dituju, cepat-cepat dia bangun dari tempat duduk dan bergesa-gesa keluar seperti pintu itu akan tutup secepat mungkin. Dia terus berlari. Berlari sampai ke kawasan apartment rumahnya. Masuk ke dalam rumah, kunci pintu dengan tangan menggeletar dan terus menyelubung diri dengan selimut di atas katil.

ResahWhere stories live. Discover now