Bab 4: Lambat

523 15 0
                                    

"Jangan datang dekat.." kataku setelah penat dikejar Xiumin. Dia tersenyum jahat melihat diriku yang sudah kepenatan.

"Kau....." dia berjalan mendekatiku.

"milik..." dia menghampiriku.

"AKU!!" dia menerkam aku dan semuanya menjadi gelap.

"AHH!!" Aku terbangun dari mimpi yang ngeri. Meremang bulu romaku dibuatnya.

Aku melihat jam pada telefon untuk mengetahui pukul berapa sekarang.

"8:30!!" aku segera berlari ke bilik air dan mandi. Aku memakai baju t-shirt lengan panjang bewarna hitam dan seluar denim pendek. Aku mengikat rambutku seperti messy updo.

Aku sudah tahu yang mereka telah bangun, jadi tak perlulah mengejutkan mereka.

Aku turun ke bawah untuk melihat mereka sedang makan di bilik makan.

Aku melihat Xiumin sedang menggengam sudu dan garfu dengan kuat. Mesti dia sedang berasa marah dengan aku. Aku menarik nafas dengan perlahan dan berjalan ke bilik makan dengan perlahan.

"Berhenti." kata Xiumin membuatkan aku terhenti. Hatiku mula terasa kecil.

Semua orang disitu melihat aku yang sedang berdiri seperti tunggul. Aku berasa sungguh kecil apabila diperhatikan.

Xiumin bangun dari meja makan dan berjalan dekat padaku.

"Kenapa kau lambat?" soal Xiumin.

Aku merenung ke arah lantai, tidak memberi jawapan kepada Xiumin.

"WOI!" Xiumin mengheretku jauh daripada mereka semua.

"Sakitlah."

Xiumin membawaku kedalam sebuah bilik.

BILIK TIDUR DIA.

"Sohee-ah, disebabkan awak bangun lambat harini, saya rasa yang awak patut dihukum." senyuman sinis mula bertakhta dibibirnya.

"Apa yang tuan nak buat?"

Aku mengambil langkah ke belakang apabila Xiumin mula berjalan padaku. Dia juga mula membuka butang sutnya.

"Awak tak boleh lari." kata Xiumin setelah memerangkap aku diantara lengannya.

(Oh Tuhan, kuatkanlah hatiku ini)

Aku memejam mata, berhajat agar dia beredar dari situ. Kemudian, aku merasa sesuatu yang lembut mendekati bibirku.

Dia cium aku.

Aku terus membuka mata dan menolaknya agar dia terjatuh. Setelah dia jatuh, aku terus berlari masuk kedalam bilikku dan menguncinya.

Aku tahu yang mereka akan membuka pintu kerana mereka mempunyai kuncinya.

(Hebatnya idea kau, Sohee.)

Aku melabuhkan punggung keatas katilku yang empuk dan baring. Aku merenung siling sedalam-dalamnya.

Air mata mula mengalir. Aku mengambil bantal dan meletakkannya di mukaku sebelum aku menjerit sekuat hati.

"S-saya nak balik..." monolog ku sendiri.

Semakin lama semakin berat mataku sehingga aku terlena di dalam tangis sendiri.

~Luar Bilik Sohee~

"Hyung, patut ke kita masuk bilik dia sekarang?" soal Kai sambil mencuit baju Xiumin.

"Buat masa ni biarlah dia berseorangan." kata Xiumin sebelum beredar dari situ, meninggalkan Kai yang menjadi tunggul.

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now