Bab 9: Rindu

23 0 0
                                    

Sohee POV

"Apa yang say-"

Dia terdiam. Akhirnya aku bertemu semula dengan kawanku. "Sohee?" aku mula menangis, menangis kegembiraan. Hoseok panik apabila melihat aku menangis lalu memeluk aku. "Sohee, jangan nangis." aku cuba yang terbaik untuk bercakap namun tiada perkataan yang keluar dari mulut, hanya teriak sahaja kedengaran. "Aku ada kat sini. Kau jangan risau ok." kata Hoseok sambil menyapa belakang aku. Dia meleraikan pelukan lalu memegang bahu aku. "Jom masuk." aku mengangguk perlahan lalu mengambil beg tapi dihalang oleh Hoseok. "Takpe biar aku yang bawa." kata Hoseok sebelum mengangkat beg aku dan mengiringi aku masuk.

Hoseok meletakkan beg aku di tepi sofa. "Kau duduklah dulu. Aku buatkan air." kata Hoseok sebelum dia ke dapur. Aku mengeluh lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk itu. Banyak perkara yang bermain di minda ketika ini. Aku nak pergi mana lepasni? Aku bersandar, memikirkan hala tuju aku untuk seketika sebelum Hoseok datang dengan dua cawan kopi di tangannya. Dia meletakkan cawan di atas meja lalu duduk di sebelah aku.  

"Jadi, bagitahu aku semuanya."

Aku mencapai cawan diatas meja dan menghirup kopi itu sebelum menceritakan perkara yang terjadi kepada aku dari hari aku dijual oleh ommaku sehinggalah hari aku berhenti menjadi orang gaji mereka. Mata Hoseok langsung tidak berkedip sepanjang aku bercerita kepadanya. "Sohee, kau bermalam dekat rumah aku dululah." 

"...Takpe ke? Aku tak nak--"

"Aku tahu kau takde hala tuju sekarang jadi aku rasa kau patut bermalam dekat rumah aku lagipun aku ada bilik kosong. Ok?" aku hanya akur dengan permintaan Hoseok untuk bermalam di rumahnya. Lagipun aku tiada tempat untuk tinggal. Kalau aku pulang ke rumah omma sudah tentu dia akan menghalau aku semula. Hoseok mengambil beg aku dan membawanya ke dalam bilik yang kosong dengan aku mengekorinya di belakang. "Maaflah bilik ni banyak barang sikit." Aku tersenyum. Baiknya kau Hoseok. "Takpe-takpe. Nanti aku bersihkan." Hoseok mengangguk faham. "Oklah kau buatlah macam rumah sendiri. Aku ada dalam bilik kalau kau nak apa-apa ok? kata Hoseok sebelum beredar ke biliknya. Selepas Hoseok keluar, aku tutup pintu lalu baring di atas katil. "Hari ni rasa macam panjang je. Penat pulak rasa." kataku dalam hati.

Tiba-tiba aku berfikir sejenak.

Plan aku nak keluar dari dorm EXO sudah berjaya tapi kenapa aku rasa bersalah? Ya, memang aku rasa pelik dengan kelakuan mereka semasa minggu pertama tapi sekarang mereka sudah mula baik dengan aku. Aduhai Kim Sohee... Mengapa dunia kau diselubungi dengan cabang-cabang permasalahan? Apalah yang mereka sedang buat sekarang...

DI DORM EXO,

"HYUNG! TOLONG SEHUN CARIKAN STOKIN BOLEH?!" jerit Sehun. Chanyeol menggaru kepala lalu masuk ke dalam bilik Sehun dengan wajah yang masam. "Kau letak dekat mana? Bukan ke Sohee dah susun elok stokin kau dalam almari tu?" Sehun memandang sayu wajah Chanyeol. "Memanglah Sohee dah susun untuk Sehun tapi dia kan cuti jadi semua benda tak teraturlah sekarang ni."

Chanyeol terdiam sejenak. "...Sohee cuti?"

Sehun memandang Chanyeol dengan perasaan tidak percaya. "Hyung tak tahu? Sohee minta cuti dekat Xiumin hyung." Chanyeol memandang lantai lalu mengeluh. "Kenapa dia mintak cuti?" Sehun mengangkat bahu, tidak tahu mengapa Sohee meminta cuti padahal dia baru sahaja menjadi orang gaji mereka untuk beberapa minggu. Chanyeol mengeluh lalu melabuhkan punggung di katil Sehun. Mereka seharusnya bingung. Tiada angin tiada ribut, Sohee meminta cuti. 

Kembali ke rumah Hoseok-

3rd Person POV

Knock knock. 

Pintu bilik Sohee diketuk. Sohee segera bangun lalu membuka pintu, Hoseok sedang berdiri di depannya. "Umm..." Hoseok menggaru kepala, membuatkan dia jadi comel. "Kau dah makan ke?" Sohee mengangguk kepala, 

Krukkkk~ 

Hoseok ketawa. Penipuannya jelas dan nyata. Perutnya yang berkeroncong membuatkan Hoseok mengangkat sebelah keningnya. "Kau tipu aku hahaha. Dah jom makan." kata Hoseok lalu ke dapur. Sohee mengeluh kecewa dengan perutnya lalu mengikut Hoseok ke dapur. "Kau nak masak apa?" Hoseok memandang Sohee buat seketika lalu meneruskan sesi memasaknya. Sohee menghampiri Hoseok lalu mengjenguk apa yang Hoseok sedang masak. "Sedapnya ramyeon." Hoseok ketawa. "Memang ah sedap ramyeon kot." Sohee mengangguk lalu memerhatikan Hoseok dari belakang. "Kau nak aku tolong apa-apa tak?"

"Tolong ambilkan mangkuk dan sudu dekat dalam almari kaca." balas Hoseok tanpa memandang Sohee.

Sohee mengangguk lalu bergerak ke almari kaca dan mengambil beberapa buah mangkuk dan sudu sebelum meletakkanmya diatas meja. "Duduklah makanan dah siap." kata Hoseok sebelum meletakkan periuk ramyeon diatas meja. Sohee menepuk tangan dengan hasil masakan Hoseok. "Daebak!" Hoseok ketawa kecil lalu duduk berhadapan dengan Sohee. Hoseok terus membuka penutup ramyeon dan keluarlah asap ramyeon yang sedap tu. Sohee menghidu ramyeon dan terus mengambil mangkuk dan sudunya. "Ok Ok jom makan." Hoseok mengangguk lalu mengambil mangkuk dan sudu dan makan.

Sohee dan Hoseok sangat rancak berbual kosong sambil makan ramyeon sehinggakan tidak sedar ada seseorang sedang memerhatikan mereka dengan perasaan yang marah. Lelaki itu mengenggam penumbuknya dengan erat sambil merenung tajam dua orang manusia yang sedang makan itu.

"jadi inilah sebab kau minta cuti Sohee. Aku akan pastikan yang kau takkan keluar lepas ini."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now