Bab 5: First Plan.

500 15 2
                                    

Sohee POV

Mataku yang berat mula dibuka.

Aku melihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih awal tetapi aku tetap kena bangun sebab takut akan tertidur lalu bangun lambat sekali lagi.

Aku melihat ke luar tingkap, masih gelap dan suram. Aku membuat aktiviti regangan diatas katil sebelum mandi.

Selepas mandi, aku memakai t-shirt hitam dan seluar pendek paras lutut. Rambutku pula diikat gaya messy updo, salah satu gaya yang aku suka sebelum turun ke dapur.

Oleh kerana aku selalu masak untuk ibuku, aku sudah biasa dengan dapur.

"Nak masak ape eh?" soalku sambil merenung kandungan didalam peti sejuk.

"Masak nasi goreng jelah."

.

.

.

.

.

.

"Dah siap pun." kataku sambil meletakkan semangkuk besar nasi goreng diatas meja. Aku mengambil 9 pinggan dan cawan dari almari untuk diletakkan diatas meja. Tidak lupa juga 9 sudu dan garfu.

"Apa yang aku tinggal eh?" soalku skali lagi sambil merenung hidangan diatas meja.

"AIR!!" aku menekup mulutku dengan serta-merta.

Tolonglah jangan bangun.

Aku membuat air oren yang manis. Aku melihat jam di telefon ku. Sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi.

"Masa untuk kejutkan diorang." monolog ku.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku telah mengejut semua orang kecuali seorang....

Xiumin.

Tanganku bergeletar disaat aku mengetuk pintu biliknya.

"Tu-Tuan, b-bangun."

Tiada respons.

Aku mengeluh sekejap sebelum melangkah kedalam biliknya.

Biliknya agak bersepah dimana aku takkan suka kerana aku akan selalu masuk kedalam biliknya.

Aku melihat dia sedang tidur dengan nyenyak di atas katil. Aku mrenung wajahnya yang seperti bayi.

"Comel..."

APA YANG AKU MEREPEK NI. SOHEE, JANGANLAH MEREPEK PAGI-PAGI BUTA NI.

"Tu-Tuan, bangunlah. Sarapan dah siap." aku bisik pada telinganya dengan nada yang perlahan.

Aku melihat dia sedang merungut seperti bayi, dimana ia amat comel.

SOHEE, sedarlah dari fantasi mu.
Aku menampar pipiku dengan perlahan.

Aku mengeluh sekali lagi dan mengambil keputusan untuk duduk di tepi katilnya.

"Tuan-" kataku terhenti apabila tangan Xiumin menarik tanganku agar aku terbaring disebelahnya.

"Sohee-ah. Mana ciuman pagi oppa?"

Ciuman pagi?

"Tu-tuan, tolonglah. Saya takkan ci-cium orang macam itu sahaja. Tuan mandilah cepat nanti takut makanan habis." kataku sebelum bangun dari katilnya dan beredar ke bilik makan.

~Di bilik makan~

"Sedapnya awak masak."

"Siapa yang awak ajar masak?"

"Nanti awak bolehlah masak untuk keluarga kita nanti."

Pipiku merah kerana mendengar semua pujian yang diberikan oleh mereka.

Kemudian Xiumin datang ke bilik makan dan duduk ditempatnya.

"Xiumin hyung, makanlah. Sedap Sohee masak." kata Kai sambil menikmati nasi goreng yang aku masak.

Xiumin mengambil sesuap nasi dan dimasukkan kedalam mulutnya. Dia mengunyah buat seketika lalu matanya membesar.

"Sohee-ah, sedapnya makanan yang awak masak ni." Xiumin memuji ku membuatkan diriku menjadi malu.

Selepas mereka makan, aku mula mengambil pinggan mereka. Ia agak berat tetapi aku cuba untuk mengangkatnya juga.

Kemudian,

Benda yang aku takuti berlaku...

~Pringg

Serpihan pinggan-pinggan bertaburan diatas lantai. Aku pula kaku kerana berada di tengah kawasan berkaca.

Aku boleh saja menyapu kaca itu ke tepi tapi aku menjadi tunggul. "SOHEE! Awak okey?" Aku memandang Xiumin dengan perasaan takut.

Kemudian, Xiumin menanggalkan kotnya lalu menyapu kaca-kaca yang berselerak itu ke tepi. "Lain kali hati-hati. Nanti kau cedera, siapa yang nak masak nasi sedap-sedap?" kata Xiumin sambil menarik tanganku. Aku pula masih lagi beku, terkejut dengan perkara yang terjadi.

"Sohee?" Kata Xiumin sambil melambai tangannya di hadapan aku. Tapi aku masih lagi memandang lantai. "Hyung, Baekhyun rasa dia masih lagi shock dengan kejadian pinggan pecah." Kata Baekhyun dengan risau. Kemudian Xiumin mengangkat aku, membuatkan orang lain cemburu dengan perbuatan Xiumin. "Eh, tu-tuan, sa-saya ok. Ta-Tak perlu angkat saya begini." Kataku setelah kembali kepada realiti.

Kemudian, Xiumin memandang aku lalu berkata, "Saya memang teringin nak lakukan perkara ini." Mendengar kata-kata Xiumin tadi membuatkan pipiku menjadi merah. Aku memandang tempat lain, malu untuk memandang Xiumin semula. Xiumin tersenyum melihat aku menjadi malu dihadapannya. "Berapa lama lagi hyung nak angkat dia?" Kata Sehun sambil melipat tangannya. Xiumin memandang Sehun lalu ketawa kecil. Selepas itu, barulah Xiumin menurunkan aku.

"Nan-Nanti saya sa-sapu kaca ni ya?" kataku sambil bermain jari. Xiumin dan yang lain mengangguk. Kemudian, semua orang beredar dari situ, meninggalkan aku sendirian. "Malunya aku tadi." kataku sambil menggengam erat tangan ku. Aku mengeluh lalu mengambil penyapu untuk menyapu pinggan-pinggan yang berkecai.

Tiba-tiba aku terfikir, "kenapa mereka berlaku baik terhadap aku? Bukankah semalam mereka melayan aku seperti hamba?" Aku ingat hanya Baekhyun sahaja yang baik, rupa-rupanya mereka semua baik orangnya. Kemudian, aku mula menyapu kaca-kaca yang berkecai untuk dimasukkan ke dalam tong sampah.

Escape. (EXO Dorm)Where stories live. Discover now