Bab 1

136 7 0
                                    

saeng il chuk ha ham ni da
saeng il chuk ha ham ni da
sarang ha neun Moon Ji Hee~
saeng il chuk ha ham ni da  

Genap usia Moon Jihee yang pertama. Gelak tawa memeriahkan suasana majlis hari jadinya. Memang menjadi adat orang Korea untuk menyambut hari lahir yang pertama secara besar-besaran. Moon Jinyoung sebagai bapa tidak lekang dengan senyuman menyambut dan melayani tetamu. Myoung Mina juga begitu. Mina berasa teruja melihat anaknya. Memang benar, Jihee seorang anak yang tidak banyak ragam.

Seminggu kemudian, Jinyoung membuat keputusan yang agak merisaukan Mina. Dia memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan berpindah ke Malaysia kerana Jinyoung baru sahaja dinaikkan pangkat dan harus menyertai beberapa pegawai lain untuk bekerja dia Malaysia.

"Apa awak suda buat keputusan yang betul? Kenapa harus berpindah ke sana? Tidak ke awak boleh terus bekerja disini?" luah Mina.

"Saya hanya mengikut arahan,sayang. Tak perlu risau. 5 tahun sahaja. Tolonglah setuju untuk ikut saya. Tak tak boleh berpisah dengan awak dan Jihee." pujuk Jinyoung.

"Baiklah. Demi awak. Tetapi ingat, saya tidak 100% rela."

Jinyoung merasa lega. Dengan persiapan selama 3 bulan sebelum ke Malaysia, Mina dengan senyap-senyap belajar Bahasa Melayu. Mujur terdapat beberapa pelajar dari Malaysia yang sudi mengajarnya. Jam menunjukkan jam 9 pagi. Dijadualkan penerbangan mereka dari Incheon International Airport ke KLIA 2 adalah pada jam 12 tengah hari. Barang telah dibawa secukupnya. Jihee merasa bosan lalu terlelap dalam dukungan ayahnya.

"Awak tidak lapar ke?" tanya Mina pada suaminya. Masih dalam fasa belajar, Mina dengan yakinnya bertanya pada suaminya.

"Apa yang awak cakap?" tanya Jinyoung yang hairan.

"Itu Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan orang Malaysia. Okay tak?" lagak Mina sambil menjungkitkan kening.

"Wah well-prepared ye awak. Siap dah belajar bahasa mereka bagai."

"Yeah saya jadi jatuh cinta dengan bahasa mereka. Lepas awak cakap kita akan pindah ke Malaysia, saya terus buat research. Senanglah nanti."

Jinyoung berasa bangga dengan isterinya. Pada masa yang sama, dia berasa lega kerana isterinya sudi mengikutnya dan tidak berasa seperti terpaksa. Diusap lembut kepala Jihee, masih lena dibuai mimpi. 

"Appa, panas. Panas" keluh Jihee. Sudah memerah kulit anaknya menahan terik mentari.

"Nae ddal, Malaysia memang panas. Sabar lah ye." pujuk Jinyoung.

Mina tidak berkata apa-apa. Ya, sememangnya Malaysia panas tetapi dia sangat sukakan cuaca disini. Seperti di Hawaii katanya XD. Jinyoung telah menempah Uber untuk membawa mereka ke rumah baru mereka.

"Cantiknya Malaysia. Tak seperti yang saya gambarkan. Bahkan lebih baik!" kata Mina dengan terujanya. Jinyoung tidak lekang senyum melihat gelagat isterinya.

"Jihee, macam mana? Suka?" tanya Jinyoung pada anak kecilnya.

Jihee menggeleng-gelengkan kepala. Tanda tidak setuju. Jinyoung sedikit kecewa. Iyalah, Jihee kini merupakan keutamaanya kini. Dia pastilah nak yang terbaik untuk anaknya itu.

"Awak jangan risau. Lama-kelamaan seronoklah dia. Senyum sikit sayang." pujuk Mina. Sememangnya dipanjang dia dari KLIA 2 sehingga ke rumah barunya, dia tidak lekang dengan senyuman. Dia juga mengambil beberapa gambar sebagai koleksi dalam albumnya.

..........

Setiba sahaja dirumah baru, Mina melirik setiap inchi ruang dalam rumah itu. Sungguh mewah. 

"Pandai awak cari rumah" puji Mina. Jinyoung tersipu malu.

Tiba-tiba, terdengar bunyi anak-anak kecil bermain di luar rumah. Mina menjenguk. Kanak-kanak itu dalam lingkungan umur Jihee, jadi dia biarkan sahaja Jihee bermain dengan mereka. Tidak lama selepas itu, datang beberapa orang wanita yang tinggal bersebelahan.

"Hai, where are you from?" tanya seorang wanita muda. Disebelahnya terdapat seorang wanita lingkungan 40-an.

"Eotteokhae? No no I don't know English. Uh Korea! Yeah Korea." terang Mina. Dia sememangnya tidak tahu berbahasa Inggeris.

"Owh awak orang Korea" jawab gadis itu dalam bahasa Korea. Mina berasa teruja. Dia tidak menyangka bahawa ada orang di situ tahu berbahasa Korea.

"Yeah saya orang Korea. Baguslah ada awak. Sekurang-kurangnya, tidak terlalu kekok saya untuk berbual." kata Mina.

"Tidak mengapa. Saya Aina. Ini ibu saya, Rosnah.Selamat berkenalan. Ada apa-apa boleh dibantu?" tanya Aina.

"Owh tidak mengapa. Semua telah dikemas. Awak boleh bantu saya Bahasa? Saya ada belajr sedikit sewaktu di Korea. Boleh?"

"Boleh sangat! Wah ibu Aina ajar orang Korea lah ahaha."

Mereka bertiga meneruskan perbualan mereka. Mina berasa seronok. Sekurang-kurang dia ada teman berborak. Tidaklah terlalu sunyi nanti. Baginya, orang Malaysia sangat ramah dan murah dengan senyuman. Dia telah mulai jatuh cinta dengan Malaysia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Excuse Me Mr 'Perahsantan'Where stories live. Discover now