14

4.5K 303 2
                                    

Aku ada masa lagi 5 hari. Hari aku semakin tiba. Wajah aku sudah bertambah pucat. Tapi semua tak perasan.

Aku berjalan perlahan menuju ke kelas. Aku tahu aku tak larat. Tapi aku tetap teruskan perjalanan aku. Aku tak mahu sesiapa risaukan aku.

"Sini aku papah kau" kata Jungkook.

Pinggang aku dia peluk. Aku hanya mampu mengikut saja.

"Jangan kau tolong sangat dia ni. Berlakon saja" sinis Taehyung.

"Hyung!" Marah Jungkook.

Aku menahan lengan dia. Aku mengeleng perlahan. Aku rela kena hina dengan Taehyung dan Saena. Aku sudah tak larat nak bergaduh.

"Kwenchana Hana okay" kata aku dengan senyuman lemah.

Baru beberapa aku langkah dada aku mula sesak. Aku batuk kuat. Aku menekup mulut aku dengan tangan. Cecair warna merah mula mengalir.

"Yah! Kau ok?" Soal Jungkook.

Belum sempat aku berkata-kata pandangan aku kabur. Aku jatuh tapi aku terasa tubuh aku disambut oleh seseorang. Pandangan terus aku gelap.

HURT [ C ]Where stories live. Discover now