Hari terakhir.
Kini tubuh aku penuh dengan wayar. Kepala aku semakin botak. Rambut aku banyak gugur. Aku hanya bergantung pada mesin. Rupa aku tak ubah macam mayat hidup. Tubuh aku juga sama. Kurus dan tak berisi.
"Maafkan saya Tuan Jung. Anak tuan dah tak ada harapan lagi. Tuan boleh berjumpa dengan dia buat kali terakhir" ujar Seokjin dan berlalu pergi.
Tuan Jung menangis. Dinding hospital disandar. Dia menyesal. Menyesal atas layanan dia pada Hana.
"Aku masuk dulu" kata Hoseok dingin.
Aku terdengar pintu dibuka dari luar. Tapi aku tak mampu nak membuka mata aku. Aku lemah. Derap langkah itu berhenti tepi aku.
"Saeng ni oppa. Oppa tahu saeng dengar. Oppa cuma nak cakapkan gumawo sebab jadi saeng yang terbaik untuk oppa. Oppa tahu masa kita sangat sekejap. Oppa tahu Hana banyak menderita selama ini. Oppa izinkan Hana pergi. Ingatlah bahawa Jung Hoseok sentiasa sayangkan Jung Hana. My lovely saeng" kata Hoseok.
Aku terasa dahi aku dicium lembut. Aku tahu oppa tengah tahan tangis dia. 'My lovely oppa'.
"Hana ini omma. Maafkan omma sebab abaikan Hana. Omma tahu omma bukan ibu yang baik. Omma pilik kasih. Omma memang teruk. Tapi ingatlah yang omma sayangkan Hana. Pergilah nak. Omma izinkan. Omma sayangkan kamu Jung Hana" ujar omma dalam tangisan
Aku rasa kedua pipi aku basah. Aku sayangkan omma juga.
"Ini appa. Appa minta maaf. Appa tahu selama ini appa selalu tengking Hana. Appa tahu Hana banyak pendam perasaan. Appa nak kamu tenang di sana. Appa sentiasa sayangkan kamu" appa mengucup dahi aku.
"Hana ni unnie. Unnie nak minta maaf. Unnie harap Hana tenang disana".
"Hana ni aku Taehyung. Aku harap kau maafkan aku. Tenanglah disana. Jangan lupakan kami semua".
"Noona ni Kookie. Kookie sayangkan noona. Kookie dah tak kuat. Kookie tahu noona tak boleh nak bersama kami. Kookie just nak cakap Kookie sayangkan Hana noona" Jungkook memeluk tubuh kaku aku.
Tak lama itu pandangan aku terus gelap. Akhir sekali aku terdengar bunyi mesin. Tiada lagi suara-suara orang kesayangan aku. Aku dah pergi. Pergi jauh dari sini.
'Hurt!' .
YOU ARE READING
HURT [ C ]
Short StoryAku sakit! Tapi tak ada siapa tahu! Aku suka dia! Tapi aku tak boleh bersama dengan dia! Aku hanya pendam perasaan aku! Masa aku terlalu singkat... Aku akan pergi.... My first story... maaf kalau tak best... dah cuba yang terbaik... maaf kalau ada t...