Kira mengomel seorang diri sambil cuba mencuci kesan air oren di baju sekolahnya yang tertumpah di kantin tadi. Air oren tadi tertumpah kerana Kira terlanggar seseorang tadi. Bukan terlanggar, more to dilanggar sebenarnya. Huh!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Kira mengeluh. Kesan oren dok ada lagi pulak. Nak masuk kelas lambat, Cikgu Fatimah tu jenis pantang sikit orang masuk kelas lambat. Ah, redha ja la. Bukan ada orang tengok pun.
"Huish, apahal baju kau ni, basah ja ni,"tegur Tini, kawan yang duduk di sebelah Kira.
"Tadi, aku terlanggar sorang budak ni. Dah la kerek, tak reti nak mintak maaf. Laju ja dia blah. Tak pasal-pasal habis basah baju aku".
"Akira! Dah habis ka belum cakap tu? Tak cukup ka waktu rehat tadi boleh bersembang, masa kelas saya jugak nak bersembangnya," marah Cikgu Fatimah. Habis semua mata di dalam ke kelas itu memandangnya. F*ck!
Tini dekat sebelah tertawa mengekek apabila Kira kena marah dengan cikgu.
"Maafkan saya cikgu". Kira tertunduk, mula menumpukan kepada papan hitam di hadapan.
********
Semasa berjalan untuk ke arah tempat parking motor, Kira ternampak kelibat seseorang yang dia kenali. Seseorang yang menyebabkan baju sekolahnya ada kesan oren.
"Ha! Budak tu la yang buat air oren aku tumpah ni,"kata Kira sambil menundingkan jari ke arah seseorang yang baru keluar dari surau kepada Tini.
"Mana? Yang pakai baju librarian tu?"
"Ha! Yang tu la!"
"Ohh, dok marah lagi ka ni?"
"Tak dak la, biarlah. Balik nanti, basuh, hilang la kot" Kira dan Tini terus ke arah motornya.
"Weh, budak tu datang sini la"
"Eh, awak. Awak ka yang tadi terlanggar kawan saya kat kafeteria tadi? Tadi, masa kat kelas lagi, punya la dia bising, merungut"
Serius la Tini! Kenapa kau buat macam ni kat aku? Babi la sial.
Bulat mata Kira memandang Tini, tak percaya apa yang kawannya telah lakukan. Perempuan itu terkebil-kebil memandang Tini dan Kira.
"Oh! Kau?!! Eh, kau yang tercangak tengah jalan, orang nak lalu. Nasib air ja tau yang tumpah, bukan sambal nasi lemak ka pa". Fuh, laju semburan kata-kata oleh perempuan itu.
"Okay, first of all, aku dah malas fikir ok. Benda dah jadi, dia ni ja ha yang buat teruk. Apapun, aku nak mintak maaf"kata Kira.
"Tahu pun salah sendiri,"tambah perempuan itu lagi. Eh, perempuan ni, lebih nampak.
"Bukan salah aku semua okay. Kau boleh ja kot nak jalan tepi, ni nak jugak langgar orang"
"Excuse me, laluan tu kecik ja kot, kau expect apa? Dok tengah-tengah jalan lak tu"
"Kau boleh ja kot tegur aku, instead of langgar aku"
"Guys,.."Tini cuba masuk untuk meleraikan pertelingkahan kata antara Kira dan perempuan itu.
"Kau diam! Kau punca kot, kalau kau tak bagitau apa-apa kat perempuan ni, tak jadi macam ni"
"Excuse me, kau panggil aku perempuan?"
"Excuse me, excuse me. Dah kau perempuan kot dan aku tak tau nama kau pun"
"Jun, nama aku Jun"
"Guys! Aku mintak maaf, benda air tumpah ja kot, relaks la"
Jun dan Kira diam. Memandang sesama sendiri.
"Sorry"kata Kira cuba mengalah.
"Sorry jugak"
*********
YOU ARE READING
First love. [COMPLETED]
RomanceIni cuma kisah biasa, mengenai dua perempuan yang saling cinta buat pertama kali namun kenyataan, fakta kehidupan tidak menyelebahi. I'm so bad at writing synopsis, just read this story okay. Thanks 😊