"Kira, you tak bagitau I yang you pilih nak sambung study oversea?"kata Jun, marah. Dia tidak tahu kekasih hatinya sudah mendapat tawaran untuk ke Sheffield dari Madam Hasnah dan bukan dari mulut Kira sendiri.
Kira yang sedang baring sambil membaca buku diatas lantai bilik hostel pun terbangun memandang Jun. Kira dan Jun sama-sama masuk matrikulasi.
"You tahu mana ni?"tanya Kira.
"Dari Madam Hasnah, dia suruh I bagi borang you ni. Kenapa tak beritahu I?!"marah Jun.
"I do want to tell you. Tapi you kan selalu sibuk, weekend ja you selalu balik, masa bila I nak bagitau you".
"Alasan kan you ni, our room just a block away. You have my number, everyday we texted and talked, you still kata tak dak masa nak bagitau?"
Kira diam. Dia tahu apapun alasan dia bagi, sudah terang lagikan bersuluh yang dia salah. Tak perlulah dia berdolak dalih.
"I want to break up with you"
Jun terdiam. Kira menunduk. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Yang dia tahu, itu keputusan yang terbaik.
"Why?"tanya Jun. Air matanya mula bertakung, tunggu masa saja untuk menitis.
"I can't love you anymore, kita akan terpisah jauh. You're here, and I'll be in another country. Now or later, fate will break us apart Jun".
"That's it? You promised me, we'll be as long as we can. Takat ni ja you mampu fight for our relationship?"
"I can't stand the fact we can't meet each other. I'm not that strong Jun. Eventually we will meet someone else".
Jun sudah menitis air matanya. Kira masih mengawal perasaannya.
"I don't want anyone else Kira. I love you. It will always be you. I ingat you akan fight untuk kita. I was wrong. You let distance tears us apart!"
Kira diam. Dia rela menelan semua caci maki dari Jun. Asalkan....
***************
"Kamu bagitau Jun yang kamu datang sini?" tanya mama Jun.
Kira menggeleng kepala. "Dia busy buat assignment kat library. Kenapa aunty nak jumpa saya hari ni?"
Kira melihat wajah mama Jun. Pucat, tak bermaya. Entah kenapa pagi tadi, mama Jun telefon dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya, seorang sahaja.
"Aunty tahu kamu dengan Jun macam mana. Aunty datang sini, nak mintak sendiri, kamu putuskan hubungan kamu dengan dia. Aunty cakap dengan Jun, dia kata dia tak dak apa dah dengan kamu, tapi aunty tahu, kamu masih berdua.." kata mama Jun, terbatuk-batuk. Kira masih khusyuk mendengar setiap bait kata.
"Aunty nak mintak kamu, tolonglah lepaskan Jun. Aunty cuma ada dia ja Kira. Aunty dah tak larat dengan kata orang sekeliling pasal Jun, aunty dah tak dak daya Kira. Tolong aunty, Kira".
Kira terdiam, tunduk. Dia dengar esakan mama Jun. Esakan seorang ibu. Pedih. Kecewa. Marah. Sedih. Fikirannya kusut.
"Bagi saya masa aunty". Itu saja kata-kata Kira sebelum dia bangun dan meninggalkan kedai makan itu.
Lama sebenarnya Kira berfikir. Dia sendiri sebenarnya meminta mama Jun untuk selalu mengarahkan Jun balik ke rumah setiap minggu. Dia inginkan masa sendiri tanpa Jun. Dalam pada masa yang sama, dia menerima tawaran sambung belajar ke luar negara yang pada mulanya dia menolak kerana ingin masuk universiti yang sama dengan Jun. Dia jugak sengaja menyuruh Madam Hasnah memberikan borang itu melalui Jun, kerana dia tidak keberanian untuk memberitahu hal itu sendiri.
Kerana itulah, Kira menguatkan hatinya untuk berpisah dengan Jun walaupun sebenarnya hatinya sedikit pun tak rela untuk lepaskan Jun, namun kerana permintaan ibu kepada kekasih hatinya itu, dia terpaksa relakan.
***************
Kira memandang Jun berlalu keluar dari biliknya sambil mengelap air matanya. Kira rebah terduduk di lantai.
Dia memegang hatinya. Pedih sangat rasanya hatinya sekarang. Bagai ditumbuk-tumbuk, di hentak-hentak. Air matanya yang ditahan-tahan, akhirnya mengalir. Laju.
Maafkan aku Jun. Kenyataan ini memang pedih, namun siapa kita untuk melawan takdir. Aku akan sentiasa sayang kau. Ingat tu selalu.
*****************
YOU ARE READING
First love. [COMPLETED]
RomanceIni cuma kisah biasa, mengenai dua perempuan yang saling cinta buat pertama kali namun kenyataan, fakta kehidupan tidak menyelebahi. I'm so bad at writing synopsis, just read this story okay. Thanks 😊