"Kau nak sambung study apa ar nanti lepas spm?"tanya Jun kepada Kira. Mereka sedang mengulangkaji bersama, Tini belum tiba lagi.
"Hmm, aku nak jadi doktor. Kau?"
"Aku? Aku nak jadi photographer".
"Serius la? Kau cerdik kot, kenapa nak jadi photographer?"
"Haha. Apa? Yang tak pandai ja ka boleh jadi photographer? Racist la kau ni, tak patut la. Ramai ja aku kenal yang pandai, talented pasal ni".
"Bukan racist la. Pada pandangan aku la, kau budak straight A kot, tak rasa rugi ka tak belajar course yang tough-tough sikit?"
"Photography quite tough okay. I love photography so much. Aku suka benda-benda seni ni"
"Guys, sorry sangat-sangat sebab datang lambat, tetiba period tadi,"kata Tini, suara termengah-mengah.
"Haha, relaks la, kitorang tak start lagi study,"balas Kira.
************
Tini sudah pun pulang, tinggallah Kira dan Jun berjalan sambil berbual kosong menuju ke tempat parking motor. Kira dan Jun datang sekali hari ni kerana motor Jun tayar pancit.
Jun memandang seseorang dan memandang Kira berulang kali. Kira perasan akan perilaku Jun itu.
"Kau ni dok tengok apa ni?"
"Tu mamat dalam keta tu, dok tengok kau la aku rasa. Scary pun ada gak".
Kira memandang lelaki yang dimaksudkan oleh Jun. Kira tergelak.
"Tu abang aku la. Jom aku kenalkan kau dengan dia. Dia usya pelik tu sebab dia tak kenal kau lagi".
Jun yang masih blur-blur pun mengikuti Kira berjumpa dengan abangnya.
"Along usya apa tadi? Kesian kawan angah takut tadi, ingat perogol bersiri".
"Apa muka along ni ada gaya perogol bersiri ka pa?"
Kira dan Jun tergelak dengan kenyataan yang abang Kira itu.
"Along, ni Jun, kawan sekolah angah. Jun, this is my only brother, Akram".
Jun memberi senyuman kepada Akram, tanda perkenalan. Begitu juga dengan Akram.
"Selalu kawan-kawan Kira panggil along jugak. So, kalau Jun nak panggil along pun tak kisah. Si Tini tak join korang ka ni?"
"Tak, Tini dah gerak balik dulu".
"Oh okay, ni along mai nak bagitau, yang along nak pi sabah 4 5 hari. Duit dah letak tempat biasa. Jaga diri tu, jangan lupa kunci pintu apa semua tau"
Kira terkejut. "Along nak pergi dah ka ni? Cepatnyaa,"kata Kira, nada sedikit mengeluh.
Tiba-tiba Akram menepuk dahinya, dia terlupa akan sesuatu.
"Sorry ar angah. Along betul-betul lupa. Nanti along beli hadiah baik punya okay".
"Hurm, baiklah". Kira sedikit hampa.
"Along pegi dulu. Bye, jaga diri. Bye, Jun. Tolong la tengok-tengokkan si Kira ni okay".
Jun sekadar mengangguk. Dia melihat Kira dan Akram bersalaman sebelum kereta Akram pergi meninggalkan mereka. Jun melihat wajah suram Kira. Kenapa dia ni?
"Are you okay?"
"No, I'm not".
"Why?"
"Hurm, just forget it".
*************
YOU ARE READING
First love. [COMPLETED]
RomanceIni cuma kisah biasa, mengenai dua perempuan yang saling cinta buat pertama kali namun kenyataan, fakta kehidupan tidak menyelebahi. I'm so bad at writing synopsis, just read this story okay. Thanks 😊