Jun

6.1K 115 0
                                    

Pelik. Kenapa aku rasa something bila rapat dengan Kira? First, masa aku naik motor dengan dia waktu kunci aku hilang. Dan tadi, masa aku terpegang tangan dia. Apa ni, ya Tuhan. Aku suka dia ka? Huish, tak mungkin la.

"Jun? Are you okay?"tanya Amin. Jun tersedar dari lamunannya. Jun memandang Amin. Pelik.

"Bila masa kau ada sini?"

"Eh, kan tadi aku dah bagitau yang aku jaga blok ni, yang kau ni, kenapa tak pegi rehat?"

Amin, pengawas sekolah. Tugas dia hari ni, untuk pantau blok ni, nak elak ada orang mencuri ka apa. Jun mengangguk. Baru dia teringat semula. Teruk lamunan Jun kali ni.

"Aku nak siapkan keja ni, aku tak curi la, tak percaya, kau tunggu sini kejap, nak siap dah ni,"balas Jun sambil menunjukkan bukti yang dia sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Mujurlah ada Kira yang membantunya melukis tadi.

"Ya la, aku tunggu kau". Dah lama aku tunggu kau, Jun. Kau ja yang tak nampak.

**********

(Masih ingat kisah Jun ingat abang Kira, Akram ada niat jahat, dan di situlah, dia berkenalan dengan Akram. Pada awal-awal study group tu)

Jun sampai awal di kafe itu, semangat nak study group kononnya padahal semangat sebab ada Kira. Dari kejauhan, dia lihat Kira dan Tini sedang bergelak ketawa.

Apa yang seronok sangat tu? Main tampar-tampar lak. Haish, apahal aku nak marah-marah ni. Relaks Jun. Relakss.

Tiba-tiba Jun teringat kisah di mana Kira batalkan plan nak study sebelum ni semata-mata sebab tiada Tini. Rasa panas kembali hatinya.

Apahal aku nak jealous pulak ni. Come on, Jun. Chill. Dorang dah nak masuk. Neutral please.

Jun memberi senyuman kepada Kira dan Tini yang baru masuk ke dalam kafe dan berjalan menghampirinya.

*************

Kedengaran Amin memberi salam dari luar rumah Jun berulangkali, Jun dari dalam rumah berulang kali menjerit, "Kejap, kejap!"

Jun keluar dengan termengah-mengah. "Kau ni, tak reti nak sabar ka pa?"

Amin tersengih. "Saja nak tengok kau tak terurus. Dah siap kan, jom".

Jun setuju dengan Amin untuk keluar sekali kerana Jun sudah lama teringin nak pergi tengok wayang cerita Now You See Me 2. Jun dah ajak Kira tapi Kira cakap dia tak tengok sekuel pertama filem itu lagi, jadi dia menolak ajakan Jun itu.

Sementara menunggu Amin belikan popcorn, Jun sempat scroll twitter kejap. Dan di situlah dia terlihat tweet Kira yang teringin nak makan tomyam.

Jun memandang Amin dan tweet Kira silih berganti. Screw this! I'm going.

Jun menepuk bahu Amin, "Kenapa? Ada yang tak kena ka?" Amin lihat wajah gusar Jun.

"I'm so sorry. Kawan aku, ada masalah. Aku nak pergi kat dia ni".

"Really? Apa jadi? Kita pergi sekali la".

"Tak payah. Aku sorang pegi pun takpa. Kau pegi la tengok movie. I'm so sorry Amin".

"But..." belum sempat Amin meneruskan kata-kata, Jun sudah pun menoleh pergi meninggalkannya. "This is your favorite movie, and you promised me, Jun".

Amin pun mengambil keputusan untuk menonton wayang sendirian dengan penuh kesenduan. Fikirannya masih melayang. Ada kala dia memandang disisi, tiada Jun di tepi.

First love. [COMPLETED]Where stories live. Discover now