Aku pun bersajak dengan penuh gaya dan emosi depan guru-guru itu, tidak mempedulikan mangkuk ayun tu. Aku dapat merasakan pandangan dia, bagai hendak menembusiku. Orang nak bersajak pun tak aman,hancur keamanan dunia¡
Selesaiku bersajak, aku pun berdiri di bahagian tepi barisan para hakim, menunggukan Selly yang sangat la tergendut ni. Mataku meliar ke arah lembaga itu tadi, hendak melihat jika dia sudah pergi ataupun belum. Nampaknya nasib tidak menyebelahiku, dia masih ada di situ¡ Dia memandang ke arahku dan menepuk-nepuk tangannya dengan perlahan sambil menunjukkan giginya yang errrrr... tak boleh dikatakan putih itu.
Aku mengerutkan muka dan dahiku, dan dengan perlahannya memusingkan kepalaku ke arah yang bertentangan. (Macam dalam cerita-cerita seram tu)
"Amira!" Dia berbisik dengan nada tegas,cuba untuk mendapatkan perhatianku,
Haih, dia masih berkeras jugak nak bercakap dengan aku walaupun ada cikgu-cikgu ni dekat sini? Memang sah akal dah senget ni....
Aku tidak membalas kerana sudah tidak tahan dengan karenah dia yang sangatlah errrr itu.
"Wey Amira, saya dah sudah, jom! Cikgu cakap dah boleh kembali semula ke kelas" Tiba-tiba Selly muncul di sebelahku.
"Ok, jom!" Aku segera menarik tangan Selly dan memecut ke kelas, sampai nak terjatuh tangga.
"Fuih, semangat dia lari, semata-mata nak larikan diri dari aku.. Hmm boleh masuk maraton ni" Lembaga yang sangat ditakuti Amira itu berkata sebelum mengambil tempat duduknya di meja belakang sekali di pusat sumber itu.
Tanpa disedari, ada seseorang sedang memerhatikan dia dengan mata berapi penuh cemburu dan kemarahan.
"Tak apa kau Muammar, aku lepaskan kau kali ni"
~¤•◆TO BE CONTINUE◆•¤~
YOU ARE READING
Jangan Sayang Muammar
Teen FictionHai,nama saya Amira Afifah. Pernah tak kamu minat seseorang tapi seseorang itu tak minat kamu? Selalu kan? Welp,dalam kes saya ni lain sikit. Ada seorang budak ni tak habis-habis kacau saya. Aduh.... Eh eh ada interview ke ni? Muammar,jangan sibuk...