4M

12 1 0
                                    

Hmm~ hah~ udara begitu segar hari ni, seperti hari-hari lain. Harini aku sampai awal ke sekolah, maklumla makcik yang pandu van tu hantar kami awal. Aku mengeluarkan buku ceritaku yang bertajuk 'Highway'. Sejujurnya aku tak minat pun cerita-cerita hantu ni, biasalah, dasar penakut sejati. Imaginasiku ni memang melampaui realiti sikit.

Aku membawa diri ke perpustakaan, dah biasa baca buku di situ kalau-kalau ada masa lapang. Aku duduk di meja belakang sekali kerana meja-meja lain sudah dipenuhi oleh budak-budak sesi pagi.

Aku melihat tempat duduk penumpang belakangku melalui cermin hadapan, tiada apa. Tetapi aku dapat merasakan suatu perasaan membuak-membuak di dadaku. Ia adalah ketakutan. Aku ketepikan perasaan itu jauh-jauh dan bersangka baik sahaja dan meneruskan perjalananku ke tempat kerja.

Selepas beberapa minit kemudian,aku terasa bagaikan ada orang perhatikanku dari belakang. Aku tidak berani untuk memandang, takut-takut akan ternampak penumpang lain. Meremang bulu romaku.

"Kakak~" Aduhai, benda ni bercakap dengan aku pulak..., aku berbisik dalam hati.

"Kakak tahu tak mana mama saya~"

"A-adik... maaf ya. Ka-kak tak tahu" Aku memberanikan diri untuk bercakap, tapi tidak berani menoleh.

"Boleh kakak hantar Ayish balik? Ayish rindu mama. Hikhikhik...." Bunyi yang dikeluarkan olehnya kedengaran sangat mengerikan, tetapi sedih pada masa yang sama juga.

Aku memberanikan diri untuk menoleh juga.

!!!!!

Lembaga kanak-kanak itu tiada muka, hancur terus!! Tangannya.... astarghfirullahalazim, patah riuk....

Aik... nape tetiba gelap ni?? Tadi aku rasa elok saja ada budak dengan cikgu, ni dah tak ada orang?? Lama sangat ke aku baca buku ni? Terlebih fokus ke??

Aku memandang ke sekitar pusat sumber yang gelap gelita ini. Terasa seperti watak di dalam novel-novel hantu itu. Aku menoleh ke arah suis lampu, walaupun gelap, aku boleh nampak yang suis itu sengaja ditutup, bukan masalah wayar atau apa-apa. Aku mengerakkan kaki menuju ke suis itu.

Sreet

Aku berhenti. Bunyi kerusi?? Ada orang nak permainkan aku ke??

"Kalau ada sesiapa nak takutkan aku, baik kau berhenti sekarang¡" Aku menyuarakan suara hatiku.

Aku menekan suis lampu itu.

HARGH!!!!

"ARGH!!" Aku menumbuk sumber bunyi itu. Tindak balasku memang sangat cepat.

"Aduh! Sakit la!"

Haih budak ni lagi?

"Padan muka, kacau aku lagi, nasib tak patah hidung kau tu, dah la aku nak duduk kat dataran,nak baca buku pun susah. Belah la kau" Aku pun keluar, meninggalkan manusia itu berseorangan dengan hidungnya yang sakit la sangat itu.

"Haih, salah ke aku nakkan perhatian kau Amira?"

~¤•◆TO BE CONTINUE◆•¤~

Jangan Sayang MuammarWhere stories live. Discover now