5M

22 1 3
                                    

"Mar, kau tak rasa ke si Amira tu garang sangat? Macam mana kau boleh ada hati kat dia ya?"

Muammar dan kawan-kawannya sedang ulangkaji untuk peperiksaan sekarang ni, sedang-sedang tekun membaca tu, tiba-tiba Rafiq menimbulkan isu tentang Amira. Entah ulangkaji ke tidak sebenarnya tu.

Orang kata mereka ni budak pandai,selalu baca buku,baik perangainya, tak pernah terlibat dengan apa-apa masalah disiplin. Tapi kan.... ada pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi gini...."Don't judge a book by it's cover", hah itu la pepatah yang sepatutnya menggambarkan mereka. Nampak je rajin,baik, tekun belajar, tapi sebenarnya mereka ni nak tunjuk hero je, ceh hero la sangat.

"Garang tu....memang dia garang, tapi kau perasan tak-"

"Perasan apa????" Belum sempat dia habis bercakap, Haikal menyampuk.

"Eih kau ni, bagi la aku habis cakap dulu"

"Hah sambung, sambung"

"Kau perasan tak, dia tu garang dengan lelaki je. Dengan lelaki, garang macam singa tapi bila dengan perempuan, lembut je...macam teddy bear"

"Agaknya dia tu takut ke dengan lelaki, mana la tahu. Perempuan ni memang berjaga-jaga sikit kalau pasal lelaki ni" Uish, dasyat Daniel ni, entah dari mana la dia tahu tu.

"Wuih, girlfriend kau macam tu ke sampai kau tahu macam-macam ni?" Rafiq menanyakan soalan, curiga akan dari mana Daniel tahu perkara-perkara itu.

"Eh eh kau, Fatin tak ada la sampai camtu ok. Aku tahu dari kakak aku la, dia tak habis-habis membebel kat aku pasal isu girlfriend boyfriend ni. Nasib baik tak pecah gegendang telinga aku" Ini dah macam bukan study untuk periksa je ni, ini dah macam mesyuarat ahli-ahli tingkap.

"Hmmmm tapi kan, segarang mana pun dia boleh jadi, aku tetap tak kan lepaskan dia dari genggaman aku. Dia tu bagaikan mawar yang berduri, cantik untuk dilihat, tapi perit untuk disentuh. Pandangan dia bagaikan api, mencairkan hatiku yang diibaratkan ais ini-"

"Euw, ok sudah-sudah la tu dengan ayat-ayat tu. Too cheesy la" Haikal membuat muka tak puas hati. Biasa la, jealous kan....tak ada seorang pun budak perempuan yang nak kat dia, katanya tak kena dengan cita rasa mereka.

"Eleh, tahula kau jealous, tak ada orang nak kat kau. Biarkan la Ammar tu, dia nak beromantik sikit. Kau tu apa tahu, romantik pun kau tak tahu" Amboi, sedap betul mulut Daniel ni, main cakap je apa dia nak.

"Eh, please la-"

"Aku rasa kan, dari kau orang berborak, baik lah buka dan baca buku sejarah tu. Takkan kau nak dapat fail lagi" Chip yang baru tiba, menyampuk gosip-gosip mak jemah mereka itu.

"Ah, ya la Cikgu Chip" Daniel menyindir Chip yang baru memberi nasihat itu.

-^-

Mira,kau tak perlu balas cintaku, aku cuma nakkan perhatian sahaja dari kau. Tolonglah sedar akan kehadiranku ini, aku tak mintak banyak, cuma itu sahaja.

Aku pasti ada sebab kenapa kau jadi begini, dan aku akan siasat apakah sebabnya

~¤•◆TO BE CONTINUE◆•¤~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Sayang MuammarWhere stories live. Discover now