BEBAS

11 1 0
                                    

Hari ni aku bebas. Hari yang aku tunggu sejak 5 tahun duduk dalam neraka ini. Aku dah bersedia nak mulakan hidup baru yang normal dan bahagia bersama adik perempuanku Eve dan kawan kawanku Harry & Edward. Banyak banduan lain tak puas hati dengan aku sebab hari ni aku dah dibebaskan sepenuhnya.
Aku tidak sabar sabar nak berjumpa dengan keluarga. Alangkah bahagianya dan senang hati aku pada hari ni.

Aku dijemput oleh Harry di balai.
Dia yang kelihatan excited menunggu aku untuk keluar.
Kami saling berpelukan sebaik saja aku keluar dari sana. Aku hanya menahan tangisan kerana aku tidak percaya yang aku dah dibebaskan.

Sebaik saja selesai kami pun menuju ke kereta Harry.Kami naik kereta itu.
Harry memasukkan kunci dan menekan enjin.

*vrommmmm*

Aku tersenyum.Aku mula berangan angan. Harry tanya aku...

"Jake. Apa yang kau fikirkan? "

Aku hanya duduk diam dan memikirkan kenangan sewaktu aku dipenjarakan.

"Ah. Tiada apa apa lah. Aku cuma gembira yang aku dah bebas.Aku dapat jumpa kau. Edward, Eve. Harini lah hari yang aku tunggu tunggu selama 5 tahun"

Harry cuma tersenyum.
Lalu kami pun pergi. Aku cuma memerhatikan pemandangan dari tingkap kereta.
5 tahun aku dikurung.Sekarang dunia dah berubah. Maju. Macam macam benda aku belum tahu.
Aku kena menyesuaikan diri dengan dunia yang baru ni.
Benda yang aku fikirkan hanyalah adik perempuanku. Aku harus jaga dia.

TAKDIRWhere stories live. Discover now