Majlis pernikahan kami akhirnya berakhir.Aku sudah mandi dan menukar pakaian untuk berehat.Begitu juga dengan Aryan.Malam ini kami bermalam di rumah Aryan.Belum sempat aku memanjat birai katil, Aryan sudah menyapa.
"Oii..kau perempuan dekat kafe hari tu kan?" soal Aryan, dingin.Aku sekadar mengangguk.Kecut perut dibuatnya."Kau sengaja perangkap aku kan?" "Perangkap?perangkap apa?saya tak buat ape² pon lah" balasku. "Kalau kau tak buat apasal kau tak bantah je pernikahan ni?!!" sembur Aryan.
"Saya dah banyak kali bantah tapi abah tetap nak saya kahwin jugak" ujarku sayu.Cecair jernih yang berada di tubir mata aku tahan."Penipu!!!Kau nak harta aku je kan?
Maklumlah..orang biasa macam kau ni tak layak nak jejak kaki dekat rumah banglo" ujar Aryan sinis.Hati
ku terasa bagai ditikam dan ditusuk.
Aku dihina oleh suami sendiri!!Aryan menarik rambutku kasar.. "Aku benci kau!!!Disebabkan kau, aku dah tak bebas..Kau dengar sini baik², aku taknak kau sibuk dalam hal aku..Kau faham tak?!!!" tengking Aryan lalu menolak kepalaku kasar.Suara seakan tersekat.Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan sahaja. "Dan lagi satu, kau jngan tidur atas katil aku..aku jijik dengan kau..kau pergi tidur atas kerusi sana!!" arah Aryan.Dengan lemah, aku melangkah ke arah sofa panjang yang terletak di sebelah biliknya.Aryan mencampakkan satu bantal sahaja kepadaku.
Aku memerlukan selimut kerana suhu di dalam bilik itu sungguh sejuk.
Aku melihat Aryan baring dengan mata yang tertutup rapat menghadap ke arahku.Pasti Aryan belum tidur. "Assalamualaikum, Aryan" ucapku tapi dapat didengari oleh Aryan.
Aryan menukar posisinya dengan menukar arah membelakangiku.
Sedih hatiku.Takkan dengar suara aku pon dia nak menyampah?Apa yang aku tau, Aryan memang sengaja tidak menjawab salamku.Aku tidak menyangka malam pertama kami akan menjadi seteruk ini.
Akhirnya, aku pun terlena dibuai mimpi.**********
Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Aku melihat Aryan masih tidur.Aku bergerak ke arah Aryan untuk mengajaknya solat subuh bersama sama. "Aryan, bangun Aryan.Kita solat subuh sama²" kejutku sambil menepuk lembut lengannya.Aryan merentap lengannya kasar. "Kau nak solat, solatlah..tak payah nak ajak aku!!!" marah Aryan.Aku terus menuju ke bilik air dengan hati yang kecewa untuk berwuduk.
Selesai solat, aku pun berdoa.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa² ku dan ibu bapaku.Dan kau ampunilah dosa² suamiku.Kau panjangkanlah usia dia.Kau bukakanlah hatinya untuk menerima diriku walaupun diriku nampak hina dimatanya.Aku mengakui, aku sudah jatuh cinta kepadanya ya Allah.Sesungguhnya, dialah tempatku bermanja, dialah yang akan mencari nafkah untuk diriku, dialah yang akan menjadi ketua keluarga kami dan sesungguhnya dialah yang akan menjadi bapa kepada anak² kami ya Allah" rintih Mia sambil menangis teresak esak."Ya Rahim, kau jadikanlah diriku seorang isteri yang solehah, yang mendengar segala arahan suaminya yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.Kau jadikanlah Aryan seorang suami yang soleh, baik, dan penyayang.Sesungguhnya kaulah yang mendengar rintihan ku ya Allah.Sesungguhnya kaulah tempat ku meminta pertolongan.Amin ya Rabbal A'lamin" aku mengaminkan doaku.Hatiku sedikit tenang apabila dapat mengadu pada yang Esa.
**********
Takde P.O.V
Di sepanjang doa yang dibaca oleh Mia, Aryan mendengar segala rintihan isterinya.Hatinya sedikit terharu dan sedih dengan apa yang didengarinya.Perlahan lahan, air mata jantannya mengalir.Setitis.Dua titis.Tetapi hatinya tetap ego untuk terus mendera Mia.Hatinya tetap mengatakan Mia lah puncanya dia tidak dapat berseronok lagi di kelab.
Pantas dia mengelap air matanya.Dia tidak bersedia untuk menerima Mia sebagai isterinya.Dia ingin melepaskan amarahnya terhadap Mia.Dia segera menutup rapat matanya apabila Mia sudah bangun untuk melipat sejadah dan telekungnya.
**********
Aryan P.O.V
Aku melihat dengan ekor mataku yang Mia sedang menghampiriku.Mia duduk disebelah birai katil menghadapku.Aku menutup rapat mataku.Kepalaku diusap Mia penuh kasih.Hatiku cuba menahan perasaan yang aku sendiri tidak tahu.Mungkin sebak barangkali.
"Aryan, mulai harini saya akan panggil awak 'abang'.Sebab abang suami Mia.Dan Mia isteri abang.Mia nak abang tahu, yang Mia sayang dan cintakan abang.Nanti kalau ade peluang, kita solat sama²..Mia nak pergi masak sarapan untuk abang.Abang tidurlah dulu..Mimpi Mia tau" aku terdengar suara Mia tergelak kecil.Sangat ayu dan sangat ikhlas kata² yang keluar dari bibirnya.
Aku melihat Mia sudah keluar dari bilik.Menyiapkan sarapanku barangkali.Aku segera duduk dan menyandarkan kepalaku di kepala katil.Aku memegang dadaku.Mengapa hatiku terasa berdebar?Kenapa aku rasa seperti sayang dekat dia?Tak!!!Aku tak boleh sayang dia..Sebabkan dia aku terpaksa berjauhan dengan Airin.Tapi hatiku sedikit terusik dengan kata² Mia.Aku tersenyum apabila mengingati semula ayat terakhir Mia yang dibicarakannya sebentar tadi.
**********
Takde P.O.V
Setelah lengkap berkemeja, Aryan turun ke bawah.Dari tangga Aryan dapat menghidu aroma bau nasi goreng yang dimasak oleh Mia.Namun, Aryan tetap tidak berlembut hati.Baginya,dialah punca dirinya berpisah dengan Airin.Perasaan sebentar tadi sudah lupus.
"Abang, meh sarapan.Mia dah siapkan ni" ujar Mia. "Sape suruh kau panggil aku abang hah?!!Jijik aku dengar tau tak!!" marah Aryan.
"Salah ke Mia panggil abang, abang..abang kan suami Mia" balas Mia perlahan. "Lantak kau lah nak panggil aku ape pon..tapi kau kena ingat..aku takkan pernah anggap kau ni isteri aku..kau ni perempuan simpanan aku je..Faham tak?!!" kata Mia sambil menunjal kepalaku.
Air mata cuba di tahan. "Takpe..Mia tetap nak panggil abang..meh la sarapan..Mia dah siapkan sarapan" kata Mia.Cuba berlagak biasa walaupun hati sedang menderita. "Kau masak apa?" tanya Aryan. "Mia masak nasi goreng kampung..abang cubalah rasa" jawab Mia sambil menarik kerusi untuk suaminya.
Aryan duduk dan mula menyuap satu sudu nasi goreng kampung yang dimasak oleh isterinya. 'Sedap' puji Aryan dalam hati. "Macam mana abang?Sedap tak Mia masak?" tanya Mia, teruja untuk mengetahui reaksi Aryan. "Mmm..Bolehlah..nanti kurangkan sikit garam" kata Aryan lalu bangun berkira kira hendak pergi ke pejabatnya.
'Aikk...masin ke?' tanya Mia dalam hati lalu menyuapkan satu sudu sisa nasi goreng kampung Aryan. 'Sedap je..mmm lantaklah' desis Mia..Dia terus mengejar Aryan yang sudah sampai di pintu utama. "Abang!!!" jerit Mia. "Apa lagi?!!" tanya Aryan dengan suara yang sedikit meninggi.
Mia terus berhenti ber'manja'. "Mia nak salam abang" jawab Mia.Hatinya sayu dan kecewa.Selepas menyalami tangan Aryan, Aryan terus menegur "kau tak payah salam aku pun takpe sebab kau ni perempuan simpanan aku je" kata Aryan dengan malas.Dia terus memboloskan diri ke dalam kereta BMW nya dan terus meluncur pergi.Mia sangat kecewa dan sedih apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Aryan.
Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Kerana Kau..
RomanceOk hakak tukar sinopsis😅 Macam ni kisahnya...... Jodoh diaturkan oleh keluarga dapat membuahkan kebahagiaan kepada pasangan sejoli. Sekejap baik, sekejap naik angin.Dia sendiri tak tahu apa malangnya.Jika begini Tuhan berikan dugaan yang berat untu...