YANG MANA..??

4 0 0
                                    

Part 6

"Eh mak cik, apa yang kau menungkan tu..?? Takkan dah rindu aku,aku pi order makanan kejap je kot..??" Usik Ziq yang melihat sahabat karibnya termenung jauh.

" Aduuhh..~~" Ziq mengerang kesakitan apabila kakinya tidak pasal2 menjadi mangsa sepakan percuma dari Julianna.

"Padan muka..Tu la mulut puaka sangat,siapa suruh?!!" Marah Julianna

"Ala,nak sweet2 pun tak boleh.." Rajuk Ziq

"Eeeyuuww,siapa nak layan seyh..Geli siot aku dengar..Dah la,tak payah nak merajuk bagai,geli aku. Aku dah lapar ni wei.." Rungut manja Julianna  secara tak sengaja mencairkan hati Ziq .

'Ya Allah, kau kuatkanlah iman hamba-Mu ini.' Bisik hatinya.

Sejujurnya,bukan Julianna tak tahu yang sebenarnya Ziqriel Raihan mempunyai perasaan terhadapnya. Dia tahu tapi dia tidak mahu membangkitkan isu itu kerana risau akan hubungan persahabatannya dengan Ziqriel akan terputus kerana janggal. Dia tak mahu itu berlaku,hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin, takkan hanya disebabkan perkara itu hubungan mereka renggang.Lagipun, dia selesa bersama Ziqriel kerana hanya Ziqriel yang betul2 memahami watak dirinya yang berbagai itu dan tidak pernah minta dia untuk berubah menjadi 'perempuan melayu terakhir'.

"Ya Allah,budak ni.Dia berangan lagi. Kau dah kenapa Cik Nur Julianna Natasya Binti Johari oiii..?" Tegur Ziqriel melihat Julianna termenung jauh.

"Wei...." Panggil Julianna sepatah.

"Mende..??" Sahut Ziqriel sepatah.

"Aku macam pernah nampaklah lelaki tu......tapi........kat mana eh..?" Tanya Julianna kepada Ziqriel yang baru menyuapkan ayam goreng kedalam mulutnya.

"Shiapeww..?" Tanya Ziqriel semula kepada Julianna dengan mulutnya yang sedang penuh.

"Eh,serabailah kau..Makan habiskan dulu baru cakaplah." Marah Julianna yang sememangnya menjaga etika ketika makan.Dia memang pantang dengan orang yang tidak menjaga etika ketika sedang makan.

Ziqriel hanya tersengih,lalu menelan makanan yang berada didalam mulutnya.

"Siapa doh..Mamat yang kat kedai buku tu ke??" Tanya Ziqriel.

Julianna hanya mengangguk kerana mulutnya telah disumbat dengan makanan.

"Silap2,senior sekolah kau kot..Maklumlah kaukan artis kat sekolah dulu.." Perli Ziqriel sambil tersengih seperti kerang busuk.

Julianna sudah bersedia untuk menyepak kaki Ziqriel namun, Ziqriel sempat mengelak. Julianna pula malas hendak melayan sahabatnya yang sememangnya kaki 'mengusik' itu. 

Namun memang tidak dinafikan dia memang terkenal disekolahnya. Bukan terkenal dengan kejelitaannya seperti pelajar perempuan lain disekolahnya tapi dia terkenal sebagai 'pengawas gila'. Semua orang disekolah kenal akan Julianna kerana ketegasan dan berani mati. Sudah banyak kali dia menangkap pelajar yang cuba untuk ponteng sekolah, merokok, bergaduh, membuli, senang cakap dialah yang akan menguruskan semua masalah yang tidak dapat dihentikan oleh pengawas lain. Disebabkan itu,dia mempunyai ramai musuh dikalangan pelajar bermasalah, diugut dan dimaki sudah menjadi kebiasaan Julianna ketika bertugas, namun dia tidak pernah mengambil berat kerana dia tahu mereka tidak akan mengapa-apakan dia.

Tapi secara tak langsung dia juga disegani dikalangan guru2,pengawas dan rakan2 sekolahnya bukan hanya kerana dia mejalankan tugas sebagai seorang pengawas dengan baik, namun dia juga agak baik dalam pelajaran. Selain itu, dia juga banyak menyertai aktiviti di sekolah kerana pada Julianna, dia tidak mahu ketinggalan sebarang aktiviti yang diadakan disekolah kerana menganggap ianya sebagai satu pengalaman berharga dan dia juga sebenarnya ingi membuktikan yang saiz dan lelah bukan penghalang untuk seseorang itu untuk melakukan sebarang aktiviti.

"Lantaklah,time aku pikir macam ni memang aku takkan ingat Nanti masa aku buat benda lain mesti ingat." Ujar Julianna yang sudah berputus asa untuk 'menyelongkar' memorinya. Dan mereka berdua terus menikmati ayam goreng dihadapan mereka dengan khusyuk.

YANG MANA..??Where stories live. Discover now