Part 7
"Terima kasih wei sebab lepak ngan aku,belanja aku novel,makan and dengar aku membebel..hahhahahaha" Ucap Julianna sebelum keluar dari kereta Ziqriel.
"No problemlah sis..Thanks juga belanja wayang tadi." Balas Ziqriel.
"No prob bro.. Hati2 drive tu.Tak payah nak merayau lagi,balik rumah rehat." Sempat Julianna membebel.
"Baik,puan" Balas Ziqriel sambil tangannya menggayakan tabik.
"Sejak bila pula,aku dapat title 'Puan' ni..Excuse me, i'm still single and not available..So,it should be Miss okay. Dah pi balik sana,menyakitkan hati pula" Ujar Julianna dengan bengang.
"Ok..Bye~~ " Ziqriel hanya tersengih nakal apabila dapat mengusik sahabatnya itu. Dia terus menaikan tingkap keretanya ,sengaja menyakitkan hati sahabatnya itu.
Julianna terus membuka pagar rumahnya sementara Ziqriel menunggunya dihadapan rumah bagi memastikan Julianna masuk dengan selamat. Ziqriel hanya memerhatikan gerak-geri Julianna yang membuka kunci pagar rumahnya. Sebelum Julianna menutup pintu rumahnya dia sempat melambai ke arah Ziqriel seperti seorang kanak2. Entah kali ke berapa hatinya terusik dengan sifat manja Julianna yang tidak disengajakan. Setelah dia melihat Julianna selamat masuk ke dalam rumah dia terus memecut keretanya pulang.
-----------------------------------------
Baru sahaja Julianna baru hendak menutup pintu,tiba2 kedengaran satu suara menyapanya.
"Assalamu'alaikum..Baru balik ke Jul..? Lewatnya kau balik,tak manis anak dara keluar sampai malam2 gini" Sapa suara itu dengan selamba.
'Eh,macam mana dia tau nama aku..? Ah,ni mesti pasal mamat ni dengar Ziq panggil nama aku tadi' Desis hati Julianna.Perlahan-lahan dia ke arah suara berkenaan yang kedengaran dari rumah sebelah.
Terperanjat beruk Julianna apa bila melihat Muhammad Faris yang lebih dikenali sebagai Faris atau Ayis yang tersengih. Manakan Julianna boleh lupakan musuh zaman sekolahnya itu,Faris rakan sekelasnya dan juga merupakan salah seorang pelajar bermasalah disekolahnya. Pantang berjumpa pasti ada yang tak kena.
"Faris..??" Tanya Julianna untuk mendapatkan kepastiannya yang lebih jelas.
"Ye la,habis tu siapa..? Takkan kau dah lupa muka aku yang handsome ni..hahahahhaah." Puji Faris sendiri.
'Wah, tak habis2 masuk bakul,angkat bakul sendiri mamat ni..Tak ubah2..' Desis hati kecil Julianna.
"Sejak bila kau duduk sini?" Tanya Julianna
"Sejak hari ni la,aku tinggal dengan sepupu aku.." Jawab Faris
"By the way,siapa lelaki tu..? Boyfriend kau ke..?? Tapi macam kenal,macam Ziq kan..Wah,tak sangka ada yang nak dengan kau eh..Malang betul lelaki yang jadi laki kau kan..hahahahhah" Kata2 Faris memang tak pernah tidak menyakitkan hati dari dulu.Mulutnya ibarat duri yang tajam yang akan terus tertusuk ke dalam hati sesiapa yang mendengarnya.
"Mulut kau memang puaka betul dari dulu kan..? Susahkan hidup kau ke aku ada boyfriend ke tak ada ke,aku dah kahwin ke belum, kau siapa nak ramal masa depan bakal laki aku malang ke tak..!! Dah la kau,layan kau buat aku tambah dosa aku je.." Tengking Julianna yang bengang dengan kata2 sinis Faris sebentar tadi dan Julianna terus bergegas masuk ke dalam rumah dan terus menghempas pintu rumahnya.
Entah mengapa walaupun dia rasa serba salah sedikit dengan Julianna tapi pada waktu yang sama dia gembira apabila melihat muka marah gadis itu..Padanya,ekspresi itu memang khas untuk dirinya.
'Nampak tak tidur nyenyaklah aku malam ni..Jul kenapa kau comel sangat..?! Nak gugur iman aku ni..Ya Allah..~~' Hati kecil Faris berbisik bahagia sambil dia jalan meluru masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
YANG MANA..??
RomanceNur Julianna Natasya seorang perempuan yang ada sedikit perwatakan lelaki..Kasar tetapi masih menjaga batas pergaulan dengan kaum adam..Disebabkan itu,ramai kaum adam selesa berkawan dengannya menyebabkan timbul konflik apabila kawan karibnya,rakan...